Thursday, 24 September 2015

TRIP TO KRABI (DAY 2 - 15/9/2015)

ASSALAMUALAIKUM

Hari kedua berada di Aonang sangatlah terasa tenangNya. Ketika jam menunjukkan pukul 6 pagi keadaan di sini sudah cerah berbanding di Malaysia. Aktiviti hari ini adalah untuk pergi ke Hot Spring Waterfall, Amerald Pool, Tiger Cave Templer & Elephant Trekking (pakage K) wokey.

Untuk memudahkan group Michi yang tak seberapa ramai nie kami decide ambik full day aktiviti sebab include dengan makanan tengahari. So nanti tak payah lah tercari-cari makanan kan.

Cuaca pagi ni mendung - mendung ja ala-ala nak hujan gitu. Walhal memang baru lepas hujan pun..hik..hik. Okey tak nak panjang kan cerita nie Michi buatkan tentatif hari kedua Michi berada di Krabi.

TRIP TO KRABI (DAY 2 - 15/9/2015)

07:00am
- Bangun pagi siap-siap, sarapan ala kadar (buah dokong + nescafe).

08:30am
- Mini van datang pickup ambil group Michi dulu. Lepas tue pergi ke hotel lain yang berdekatan untuk pickup tourist lain. Kali ini group Michi penuh dengan Mat Salleh yer. Ada 2 orang jer couple Indian.

09.30am
- Bertolak ke Hot Spring Waterfall mengambil masa lebih kurang sejam lebih sebabnya jauh kot tempat tue 63KM...hu..hu.../ lambat bertolak sebab ada group Mat Salleh 4 orang lambat (ayoish geram pulak Michi).

10:45am
- Sampai di Hot Spring Waterfall diberi masa lebih kurang 45 minit untuk meneroka kawasan hot spring nie. Tempat oklah bagi Michi. Cuma keadaan toilet agak kurang memuaskan. Michi dan kawan - kawan jalan - jalan ja dan ambik gambar.
- Air taklah panas mana pun. Suam-suam kuku ja. Port nak mandi penuh dengan tourist Mat Salleh jadi tak rasa nak mandi pun. Sempat beli air kelapa 30bhat.

Hot Spring Waterfall

11.30am
- Bergerak ke Amerald Pool lebih kurang 10 minit dari Hot Spring Waterfall.

Amerald Pool - boleh mandi yer


11.45pm
- Sampai sahaja di Amerald Pool kami diberi masa sehingga pukul 12.30pm untuk melakukan aktiviti.
- Tempat memang cantik terbaik boleh mandi. Tapi kami tak mandi pun sebab tujuan kami nak ke Blue Pool jadi kena menapak lebih kurang dalam 800meter dari kolam air di Amerald Pool. Subahanallah tak rugi kepada sesiapa yang pergi ke Blue Pool sebab tempat ni cantik sangat.

With Pinky Crocs

Blue Pool



01.00pm
- Makan tengahari yang disediakan di restoran di Amerald Pool. Lupa nak ambik picture restoran sebab time nie hujan lebat tiba-tiba.

01:45pm
- Bergerak ke Tiger Cave Temple.

 


02:15pm
- Sampai sahaja di Tiger Cave Templer, mula start trekking ke puncak lebih kurang 1260 anak tangga yang agak mencanak. (serius semput giler/hanya yang stamina ok ja boleh naik).
 
- Akhirnya Michi sampai ke puncak lebih kurang pukul 3pm. Masa yang diberi hanyalah sehingga 3.30 petang. Selepas 10 minit tangkap gambar view Michi start turun bersama Ms Bella sebabnya Ms Han tak naik sampai atas.

1260 anak tangga peluh ketiak den...ha2

03:30pm
- Bergerak Elephant Trekking. Hoyee setiap elephant nie akan naik dua orang, bila time Michi redha jer la naik sorang-sorang gitu kan. Tapi sangat adventure jugaklah sebabnya  Michi  x penah naik elephant di Malaysia.
- Michi sempat share seorang 20bhat untuk membeli pisang untuk diberikan kepada gajah dan jugak gambar untuk kenangan naik gajah 150bhat.

Picture Ms Bella & Ms Han
04.30pm
- Bertolak pulang ke hotel masing - masing

06.30pm
- Ape lagik keluar mencari makan malam gitu (nasi goreng ayam + air teh) 80 bhat.

09:00pm
- Tidur / aktiviti bebas.

Total Cost :

30 bhat - air kelapa fresh
20 bhat - share seorang beli pisang untuk gajah
150 bhat - gambar kenangan bersama gajah
80 bhat - nasi goreng ayam + air the

Jumlah : 280 Bhat

Sekian...sambung next entri...

TRIP TO KRABI (DAY 1 - 14/9/2015)
TRIP TO KRABI (DAY 3 - 16/9/2015)
TRIP TO KRABI (DAY 4 - 17/9/2015)
TRIP TO KRABI (DAY 5 - 18/9/2015)

Untungnya.. guna 11 kereta mewah "tambat" kekasih

ASSALAMUALAIKUM

Di Beijing, seorang lelaki menggunakan kaedah unik dengan menggunakan kereta mewah yang disusun dalam bentuk hati ketika melamar teman wanitanya nyata berjaya.
Lelaki berkenaan yang berhenti belajar di sebuah universiti, namun cukup kaya selepas menjadi Ketua Pegawai Eksekutif syarikat sehingga mampu menyewa 11 kereta mewah itu semata-mata untuk melamar kekasihnya.

Kereta disusun berbentuk love
 
Pasangan itu bercinta sejak di sekolah menengah dan gadis terbabit kini pelajar di Universiti Guangzhou. Mereka jatuh cinta ketika menjalani latihan ketenteraan.
Ketika melamar teman wanitanya, si lelaki meletakkan kereta mewah berkenaan supaya membentuk lambang hati sebelum membunyikan hon dan muzik dengan kuat untuk menarik perhatian kekasihnya supaya keluar ke balkoni biliknya.
 
Gadis berkenaan turun menemuinya sebaik melihat usaha kekasihnya itu dan terus bersetuju selepas lelaki itu melutut dan melamarnya.
 
Sumber : Harian Metro

Kesian kanak-kanak ini belajar tidak kira tempat

ASSALAMUALAIKUM

Di Manila, gambar seorang budak perempuan duduk atas penghadang jalan dengan berkaki ayam sambil menyiapkan kerja sekolahnya mencetuskan simpati pengguna Internet selepas dikongsikan di Facebook.
 
Imej itu dirakam penduduk tempatan di Filipina yang dikongsikan seorang lelaki bernama James Co di laman Facebooknya sebelum mendapat lebih 12,000 ‘like.’
Laporan media tempatan menyebut budak itu dikenal pasti sebagai Cielo Gonzales dan beberapa gambar turut menunjukkan dia bersama kakaknya Jenalyn membuat kerja sekolah di atas kotak kadbod di tepi jalan yang sibuk.
 
Gambar Cielo yang menjadi viral di internet
 
Kedua-duanya nampak comot dalam temuramah itu dengan wanita dipercayai ibu mereka duduk berhampiran.
Cielo yang membuat latihan menulis juga menunjukkan kepada kamera hasil kerjanya.
Seorang pengguna Facebook berkata: “Saya kagum dengan semangat tinggi kanak-kanak ini.
“Saya harap ada pihak, sama ada pertubuhan atau yayasan yang mampu membimbingnya supaya berjaya dalam pelajaran. Moga Tuhan merahmatinya.”
Julai lalu, juga di Filipina, seorang pelajar perubatan Joyce Torrefranca berkongsi gambar seorang budak lelaki Daniel Cabrera membuat kerja rumah di tepi jalan dengan cahaya lampu dari restoran makanan segera McDonald’s.
 
Gambar itu turut mencetuskan simpati orang ramai dan laman Facebook diwujudkan untuk mengumpul wang yang berjaya mengutip 234,134 peso (RM21,800) untuk pendidikannya.
 
Sumber : Harian Metro

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 2015

ASSALAMUALIKUM

Dikesempatan ini Michi ingin mengucapkan selamat hari raya Aidiladha maaf zahir dan batin. Yang pulang ke kampung menaiki kereta jagan lah lupa, ingat orang tersayang ye...berhati - hati semasa memandu.

Sob..sob..tak dapat den nak balik sebabnya cuti dah habis...takper -takper bulan depan walaupun raya dah lepas den nak balik jugak kampung...kih..kih...