Saturday, 5 September 2015

Lelaki paling pendek di Dunia meninggal dunia

ASSALAMUALAIKUM

Di Kathmandu seorang warga Nepal, Chandra Bahadur Dangi yang telah disahkan oleh Guinness Book of World Records sebagai lelaki paling pendek di dunia, meninggal dunia di Kepulauan Samoa, wilayah Amerika di Pasifik Selatan pada Jumaat.

Guinness World Records mengiktiraf Dangi sebagai lelaki terpendek di dunia pada 26 Februari 2012. Beliau berukuran 54.6 sm (21.5 inci) tinggi, dan ketika pengesahan oleh pasukan Guinness itu dilakukan, beliau berumur 72 tahun.

Bersamas Sultan Kosen dari Turki (orang paling tertinggi di dunia)

Dangi yang berasal dari Dang, daerah di sebelah barat Nepal berada di Amerika untuk lawatan singkat, meninggal dunia semasa menjalani rawatan fenomena di hospital, kata pengurusnya Thaneshwar Guragain, yang juga pemegang rekod dunia Guinness.

Dangi berumur 75 tahun.

Selepas jatuh sakit, Dangi dimasukkan ke Lyndon B. Johnson Tropical Medical Centre di Pago Pago, kepulauan Samoa dan menghembuskan nafas terakhir pada tengah hari Jumaat, kata Guragain.    

“Saya amat sedih dengan kematiannya.

“Pihak hospital berkenaan sedang menyediakan sijil kematian sebelum menyerahkan mayat Dangi kepada keluarga atau wakil mereka,” kata Guragain.

Selain menjadi lelaki terpendek, Dangi juga memegang rekod orang dewasa terpendek dunia yang pernah diukur.

Sumber : Sinar Harian

Tip - tip Penukaran matawang asing

ASSALAMUALAIKUM
 
 
Selamat berhujung minggu semua. Hari ini Michi nak sharekan tip -tip penukaran mata wang asing dek kerana Michi nak ke Thailand jadik nya Michi tukar siap - siap.
 
Dengan kegawatan ekonomi sekarang Ringgit Malaysia semakin jatuh tapi apakan daya duit mesti kena tukar jugakkan.He..he..he...Oleh kerana trip kali nie Michi ke Krabi (Thailand) maka mata wangnya adalah dalam BHAT.

 
 BHAT merupakan matawang bagi Negara Thailand. Untuk pengiraan matawang nie takde la susah korang cuma tambah 0 jer kat belakang. Kiranya agak-agak la.
 
 Example :-
 
1 bhat       =  RM0.10
 
10 bhat     = RM1
 
100 bhat   = RM10
 
1000 bhat = RM100
 
 
Untuk kiraan penukaran/ curency setakat 4/09/2015 boleh refer table dibawah ini.
 
 

Example 1 (Penukaran RM300 kepada BHAT) :-
 
RM300 / 11.89 (Selling) x 100 = 2,523 BHAT
 
 
Example 1 (Penukaran RM300 kepada USD) :-
 
RM300 / 4.26 (Selling) x 1       = 70.42 USD
 
 
Example 2 (Penukaran BHAT kepada RM) :-
 
2,500 BHAT x 11.87 (Buying) / 100    = RM296.75
 
Example 2 (Penukaran USD kepada RM) :-
 
70 USD x 4.26 (Buying) /1                   = RM298.20
 
Dengan sedikit penerangan ini diharap anda semua faham la yer.. Lagi satu Michi syorkan if nak lagi murah jangan membuat penukaran di money changer di bank, bukan ape harga rate nye lagi mahal berbanding kedai money changer yang lain..he..he..if sape yang gigih macam Michi, Michi akan round dulu cari kedai Money Changer yang paling murah.he..he..maksudnya murah (nilai selling) tersebut. Ini kerana harga currency tiap - tiap hari akan sentiasa berubah depend kepada ekonomi dunia.