Sunday, 30 August 2015

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke - 58

ASSALAMUALAIKUM

Kepada rakan - rakan sekelian yang berada jauh atau yang dekat. Sebelum terlambat Michi ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 58. Semoga kehidupan kita di Malaysia aman damai dan sejahtera selalu. Amin...




Oleh kerana Malaysia menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos 2015 yakni pada hari ini. Tema hari kemerdekaan pada tahun ini adalah Sehati Sejiwa, #SehatiSejiwa. Tema ini telah di umumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Di atas merupakan logo kemerdekaan bagi tahun 2015. LOGO ini juga  menampilkan bentuk hati dan didalamnya terdapat peta Malaysia.

#SehatiSejiwa melambangkan kesepaduan, kekitaan, kesefahaman dan kemanusian bagi seluruh rakyat Malaysia tak kira di mana mereka berada. Semangat  perpaduan itu, sentiasa wujud dalam diri mereka.