Saturday, 29 August 2015

2ND trip Backpacker

ASSALAMUALAIKUM

Yahoo...alhamdulilah sekarang Michi tengah menghitung hari nak ke luar negara. Ada rezeki juga kali nie. Walaupun dah lama nak gi jalan -jalan.

Last minute planning by kawan hiking Michi jugak Ms Bella thank Bella sebab ajak sama -sama walaupun kita gamble ja ala -ala trip backpacker gitu. Walaupun still Michi berasa was-was dengan keadaan pergolakkan di Thailand, insyallah harap -harap semuanya ok. Oppss kantoi sudah...

Ha2 kali nie Michi akan menyertai trip backpacker ke Krabi pulak. Memang dah lama Michi teringin nak pegi sini. Alang-alang dah orang ajak nasib baik Michi sempat dapat beli tiket murah pada bulan Mei hari tue.


Insyallah, ada kesempatan next entri Michi akan ceritakan pulak pasal preparation yang perlu ada sebelum ke luar negara ala - ala backpacker gitu.

Apabila Lipas bersarang di telinga

Di Beijing Doktor di wilayah Guangdong terkejut apabila menemui 26 lipas yang bersarang di dalam telinga seorang lelaki.
Lelaki dikenali sebagai Li, 19, mendapat rawatan selepas terasa gatal dan sakit pada telinga kanannya ketika tidur.

Doktor yang memeriksa telinganya terkejut menemui puluhan serangga kecil di dalamnya dan percaya lipas betina menghuni organ itu sejak beberapa minggu lalu sebelum bertelur di situ.
Dr Yang Jing dari Hospital Chang’an Xiaobian di Dongguan berkata: “Kami melihat objek berbentuk serangga melitupi liang telinganya sepenuhnya lalu mengeluarkan lipas itu.
“Pemeriksaan lanjut menemui 25 anak lipas.”
Menurutnya, secara keseluruhan doktor mengeluarkan 26 lipas merangkumi ‘ibu’ dengan 25 anak lipas sebesar nyamuk kecil.


Lipas antara serangga paling tahan lasak dan ada spesies mampu hidup beberapa bulan dengan hanya sumber terhad.
Serangga itu gemarkan tempat gelap serta panas, sama seperti liang telinga manusia.

Sumber : Harian Metro

Bukit Saga & Bukit Apek with Bella

ASSALAMUALAIKUM SEMUA

Waduh sudah lama Michi tidak berkesempatan untuk menulis blog. Nak katakan busy tidak lah juga tetapi disebabkan penyakit M***S yang banyak sangat akhirya sunyi sepi jer blog Michi nie..he3.

Okey, entry kali nie Michi nak bercerita sedikit sebanyak pengalaman Michi menaiki Bukit Saga bersama sahabat hiking Michi Ms Bella. Oleh kerana Michi hanya bercuti pada hari Rabu, tiba - tiba sahabat Michi ajak naik Bukit Saga last minute punya planning kerana kebetulan beliau jugak cuti pada hari tersebut. Apa lagi Michi pun ok sahaja lah ( tapi dalam hati cuak habis) ha3 sebabnya Michi dah lama tak hiking takut jugak la badan nie krem sana & krem sini tak ke naya nanti. Tapi Michi tawakal ja lah.


Sebenarnya, Michi dan Bella penah naik Bukit Saga nie dulu tapi hanya sampai peak sahaja, kami juga diberitahu jika meneruskan perjalanan lagi boleh pergi ke waterfall tetapi oleh kerana kesuntukkan masa sebab Bella akan pulang ke Batu Pahat jadi kami hanya naik sampai di peak sahaja (ini kisah 2 or 3 tahun lepas).

Al kisahnya, oleh kerana rumah kami berdekatan sebelah Cheras jadi kami deside untuk mengikut laluan yang kami pernah naik dahulu iaitu ikut Bukit Apek trekking melalui Batu 9 Hulu Langat  melalui Tman Ceupec, Venice Hill dan Cheras Awana. Sebab Michi tak penah naik sebelah Ampang jadi tak tau la jalan, Bella pulak katanya lupa jalan..hik..hik..

Sewaktu memulakan pendakian, cuaca agak berjerebu sikit tetapi kami bernasib baik cuaca hanya mendung sahaja dan tidak terlalu panas. Selepas melepasi bukit yang pertama alangkah terkejutnya Michi apabila tanah dikawasan Bukit tersebut habis ditarah oleh jentera - jentera berat, sedih mata memandang.


Pemandangan ketika hendak mendaki bukit



Pemandangan ketika berada di atas bukit

Kami meneruskan perjalanan sehingga ke peak, alhamdulilah walaupun Michi sedikit semput tapi still lagi boleh bergerak..he3..walaupun mendaki hari biasa tetapi ramai jugak yang mendaki Bukit Saga.


Ini gambar ketika berada di peak.Alhamdulilah walaupun ramai orang mendaki tetapi kebersihan tetap dijaga.

Sebenarnya, selum sampai ke waterfall kami dah terlajak turun ke section 3A dimana kami telah turun ke bawah lagi. Tetapi, kami bernasib baik apabila ada ramai orang dikawasan tersebut dan sempat bertanya kedudukkan  laluan yang perlu kami ambik untuk ke waterfall.

Kami diberitahu, laluan ke waterfall sudah terlepas jadiknya kami kena berpatah balik semula. Tapi bila diamati balik peta yang dilukiskan di section 3A memang kami tersasar dari laluan. Hu3..dugaan...kami terpaksa berpatah balik semula keatas dan mendaki balik semula. Mujurlah perjalan tak sampai dalam 30 minit.



Akhirnya, kami sampai di waterfall, walaupun sekali lagi kami tersilap memilih jalan ke waterfall sebabnya kami diberitahu ada 2 jalan untuk ke waterfall tapi kami memilih untuk turun kebawah terus kerana tidak mengetahui yang mana satu jalan yang betul. Tada..nie picture air kat waterfall yang sempat Michi ambik rasa tenang sahaja melihat air jernih turun melalui batu-batu.Ini waterfall tidak boleh mandi ya kerana tiada kawasan untuk mandi, berkemungkinan sebenar - benar waterfall yang dimaksudkan adalah laluan yang kekiri.






Ha2 nie minah mana nie..budget menikmati keindahan alam..kih..kih

Kami bertolak pulang pada pukul 11.45 pagi dan sampai betul di stating point sewaktu azan Zohor.
Alhamdulilah, walaupun berdua sahaja tetapi hasrat kami tercapai jugak untuk ke waterfall. Insyallah next time boleh pegi lagi kemungkinan boleh ikut Ampang pulak kan.