Friday, 29 May 2015

Cara manual menghilangkan "whitehead" dan "blackhead" menggunakan telur

Assalamualaikum semua, actually sepatutnya post kali nie Michi buat pada 2 hari lepas tetapi memandangkan sibuk sikit so baru sempat hari nie untuk post. Hari Rabu yang lepas merupakan rest day Michi, tersangat lah boring tiba - tiba Michi terasa nak pakai mask apa lagi dalam peti ais ada lagi telur ayam so makanya jadilah Michi buat mask sorang - sorang.

Ok kali nie Michi just nak bagi petua untuk hilangkan "whitehead" dan juga "blackhead". Ternyata petua nie sangat menjadi okey. Tetapi sebelum tue sedikit info mengenai : -



WHITEHEAD 

Nama perubatan di sebut Closed Comedo. ia adalah jerawat yang terdiri daripada minyak dan kulit serum mati dan tersumbat di liang pori - pori muka. Ia boleh ditakrifkan sebagai sesuatu yang kecil, tompok  putih yang terbentuk di dalam kulit dimana sel-sel kulit tersumbat dan menutup folikel rambut (sebab itu is dipanggil Closed Comedo).

BLACKHEAD

Nama perubatan di sebut Open Comedo. Ia adalah lebihan minyak dan kulit yang terkumpul pada kelenjar 'Sebaceous'. Pengoksidaan akan berlaku apabila terdedah kepada udara, tindak balas ini menyebabkan warna hitam lebihan minyak tersebut bertukar menjadi hitam. Oleh sebab itu, hanya bahagian atas saja yang berwarna hitam.

Mula - mula korang semua kena la sediakan barang - barangya dulu ya :

1) Sebiji telur diambil putihnya sahaja
2) Kapas muka yg berbentuk segiempat
3) Gunting


cara - caranya, sebelum membuat proses ini pastikan muka dicuci dan dibasuh dengan air suam supaya liang - liang terbuka sedikit. Selepas itu barulah ambik kapas putih letak kan putih telur dah terus tampal ke muka. Seelok - eloknya boleh menggunakan gunting untuk potongkan kapas supaya menjadi kecil.


Alahai muka ku dah macam pakai topeng muka dah nie..pastikan semua muka dilitupi degan kapas putih ya. Jangan main cincai - cincai nanti muka berkedut. Time nie korang kena la rehatkan diri jangan gelak - gelak dan bercakap. Karang  berkedut pulak muka ya...tunggu sehingga betul - betul kering ya.

Jeng - jeng...


Ini topeng mask Michi selepas ditarik dan hasilnya ..



Nampak tak tue..kan dah keluar mencanak tue...terbukti memang berkesan...


Lagi gambar....


Lagi gambar...



hu2 heppy nya Michi...sekurang- kurangnya menggunakan cara manual takde la banyak kos yang dikeluarkan..dan ternyata terbukti berkesan.

*  Tetapi if si pemakai merasakan mukanya terasa gatal better jangan try sebab sesetengah muka orang mempunyai alah pada telur. So up to you ja lah. Pastikan selepas menggunakan mask ini bilas muka dengan air dan gunakan pelembab muka agar muka tidak nampak kering dan kusam.

* Apply dalam 2 minggu sekali sahaja