Thursday, 21 May 2015

Resepi simple Fettuccine Carbonara cremy

Alahai...mulut Michi nie..ada jer teringin nak makan sesuatu kali nie. Memandang kan semalam Michi rest day Michi keluar pergi tengok wayang sesorang..almaklumlah bujang layan sorang - sorang pun boleh jadi...pegi mana? jeng jeng..mana lagi kalau bukan Paradigm Mall jew...paling dekat dengan rumah dan yang penting mudah jew nak parking okey.

Next cerita...ok nie bahan - bahan yang Michi usha dekat Tesco yer youolls...dekat hujung - hujung bulan nie dengan budget yang ciput Michi cuma guna bahan - bahan nie jer..kata nak sempoi kan,,,

Bahan - bahan :

1 balang kaca sos Prego Carbonara Cendawan (tengah sale dalam rm6 camtu)
1 packet Fettuccini (jenama kimball dalm rm3 camtu)
1 packet hotdog ayamas (dalm rm3 camtu)
sedikit lada hitam
3 helai daun bay (nie sesaja testing beli yang kering satu packet dalm rm2 jew)
1 ulas bwang putih
1 biji bawang besar bombay
minyak masak or olive oil (Michi guna olive oil)
garam & gula


Cara -cara :

1) Panaskan air dan rebus spageti fettuccine sehingga kembang & toskan.

2) Panaskan kuali, masukkan sedikit olive oil, tumiskan bawang putih dah bawang besar Bombay sehingga layu.

3) Kemudian, masukkan daun bay dan juga hotdog yg dipotong nipis - nipis..tumis agak - agak hotdong macam garing sikit.

4) Masukkan sos Prego Carbonara, satu cawan air (agak -agak nak cair or pekat) kemudian masukkan lada hitam dan perasakan degan gram or gula. Kacau sehingga mendidih dan tutup kan api. Siap untuk dihidangkan.


Tadaa.. Michi siap tapau bawa ke tempat keje untuk lunch...

Hotel terbesar di Tanah Suci


Di Jeddah, sebuah hotel yang dijangka terbesar di dunia yang meliputi 10,000 bilik , 70 restoran, pusat membeli - belah dan juga dilengkapi helipad akan dibina di bandar Suci Mekah...alhamdulilah..nampaknya selepas ini banyak lah kemudahan yang disediakan. Diharap, dapatlah memudahkan jemaah - jemah haji pada akan datang.

Projek AS$3.5 bilion (RM13 billion) ini dijangka siap dalam tempoh dua tahun. Hotel yang akan dinamakan Abraj Kudai ini dirancang dibina dikawasan seluas 291,000 meter persegi. Ia juga akan mempunyai suite diraja , surau dan pusat konvensyen di 12 menara berasingan. Tumpuan utama hotel itu ialah kubah utama yang dijangka terbesar dan tertinggi di dunia. Disebabkan tapak hotel ini hanya 1.6 km dari Masjidil Haram, ia dijangka menempatkan jutaam jemaah.

Namun, bagi tetamu yang ingin menginap disini, mereka haruslah memiliki akaun bank yang kukuh kerana sasaran hotel itu adakah golongan yang mampu tinggal di hotel empat bintang di 10 menara dan lima bintang di dua lagi menara. Nampaknya hotel sebegini khas direka untuk orang berkemampuan ja la yer...

Dari segi seni bina, Abraj Kudai kelihatan mirip bagunan 1930 -an. Areen Hospitality yang berpusat di London, diberi kepercayaan untuk mereka bahagian dalamanya.


Sumber : Harian Metro

Rezeki ke 2 mangga harumanis

Malam Selasa yang lepas, selepas balik dari keje la kiranya memandangkan esoknya restday, Michi dok kemas - kemas la bilik. Itu jerlah keje Michi lagi dasyat kalau penyakit MALAS datang seminggu sekali jer kemas bilik..ish..ishh idok la gitu... sebenarnya hari - hari Michi kemas.
Takkan nak jadi gurl - gurl macam tu kot...ieew...paham - paham sendiri jer la you olss..

Tiba - tiba...jeng..jeng..alamak angah call la pulak..cuak nie..ish..ish apehal la plak tiba - tiba call memalam pulak nie..tak penah - penah nak call tiba-tiba call mengejut..ehem Michi pun angkat la phone baru jer bagi salam terus angah tanya tengah buat ape? bz tak? ada kat rumah tak? ok dalam masa 10minit angah sampai..pap..trus letak tepon tak sempat nak tanya da....

Korang jangan risau k....nie bukan pakwe Michi @ boy friend yer....angah nie a.ka abang aku yang number 2...ha..ha..

selepas 10 minit....



Angah call...ok arahan diterima kena turun kebawah sekarang maklumlah Michi nie dok flat jer..hari-hari naik turun tangga ja...

Ghupa - ghupanya rezeki aku malam nie...alhamdulilah  ..thank you angah..love you..muuuahha..kerana teringatkan adikmu perempuan yang sorang nie..kui..kui...


Michi dapat 3 biji mangga Harumanis


Nie yang kena kupas malam tue jugak..nyum-nyum sedap...



Okey kepada penggemar buah Mangga Harumanis nie minggu ini Mara telah mengadakan Karnival Jualan & Pameran Harumanis @ KL di Medan Mara pada 20 hingga 22 Mei 2015. Jom apa lagi marilah kita pergi serbu....