Sunday, 10 May 2015

Beruang berjalan seperti manusia

Vientiane (Laos): Seekor beruang yang suka berdiri dan berjalan seperti manusia kini menjadi tarikan di sebuah pusat perlindungan haiwan di sini.
Beruang itu juga popular di Internet selepas seorang pengunjung memuat naik video haiwan itu berjalan di laman perkongsian video YouTube.
Seorang pengunjung yang juga doktor haiwan, Eliza Jinata berkata, dia sangat terkejut dan kagum melihat beruang itu berdiri seperti manusia.
Katanya, haiwan itu tidak suka merangkak seperti beruang lain dan lebih gemar meniru pergerakan manusia.


“Kali pertama datang ke pusat perlindungan ini saya sangat terkejut melihat kelakuan beruang itu.
“Pada mulanya saya menyangka haiwan itu manusia yang memakai kostum beruang,” katanya.
Ujarnya, pekerja pusat perlindungan memberitahu beruang itu diselamatkan dari sebuah ladang selepas ia dikurung sejak kecil.
“Selepas dibawa ke pusat perlindungan ini, beruang itu selalu berdiri untuk mengambil makanan yang diberikan oleh pelawat.
“Kerana sudah biasa berdiri, beruang itu tidak mahu lagi merangkak.
“Beruang itu juga biasa bertemu dengan manusia sehingga ia meniru pergerakkan mereka,” jelasnya.
Menurutnya, beruang liar biasanya akan berdiri untuk menghidu dan melihat dengan lebih jauh sebelum kembali merangkak seperti biasa.

Summary : Wah dasyat-dasyat nie..jarang Michi dekat binatang boleh berjalan seperti manusia. Tapi bila difikirkan maybe boleh jadik jugak sebabnya bila manusia selalu bagi makanan binatang akan berdiri tepi pagar lama-lama akan jadi habit kan...so percayalah...

 Sumber : Harian Metro

Mood kelaut...Kantoi Diet

Assalamualaikum you olss...ngeh..ngeh...hu..today Full shift...alamatnye sampai ke tengahari mood den ke laut..sebab ape?? sob..sob..pagi tadi konon-konon nak diet tapi kantoi makan breakfast nasi lemak...alamatnya mengantuk sampai tengahari..sorry bos..tak leh tahan..kroh..kroh kejap...ha...ha...

Hari nie nak lunch kat mana pulak ye...bila dah keje area The Curve nie, dah tak tau nak makan kat mana dah..semua tempat makanan mahal-mahal up pulak kena add GST..adoiyai..terasa jugak la harga makanan jadik mahal.

Lin..oo Lin...dimanakah kau, dah pukul 4pm nie..nak lunch ape lagik...ahaks.Michi asal je lunch mesti ajak si budak kecik nie...dia jer la peneman di kala Michi nak gi makan...eh tetiba jer masuk pasal dak kecik nie..he2..


Moral of story terpaksa lah gi makan kat tempat yang biasa selalu makan Q Bistro (Tesco Mutiara Damansara). Selalunya, Michi akan order tosai tak pun tosai telur (fuh sedap nie korang patut mencuba) bagi Michi oklah tapi kalau makan nasi kandar harga mahal sikit la...terpulang pada you olss la.

Cuma hari nie kantoi lagi Michi belasah makan nasi kandar nasi separuh jer la plus ayam goreng rege dalam rm5.50..huk..huk mahal siot..apekan daya tak boleh nak order tosai sebabnye satu floor kedai bawah tesco tue gas memasak problem ..jadik x boleh nak masak...nasi ooh nasi hentam sajalah..

Sekian..