Sunday, 3 May 2015

Cinta Terindah

Kadang- kadang membuatkan aku rasa

tenang & bahagia....

Namun cinta di dunia hanyaLah sementara.

Apa yang terjadi adalah disebaliknya

Bagaikan hentaman....

Kerana cinta...

Aku kalah, aku menjadi trauma & aku tidak bahagia.

Kerana inilah aku sedar bahawa cinta didunia bukanlah cinta hakiki & hanya sementara.

Berpalinglah kamu sebelum terlambat,


Kerana cintaiLah kamu kearah cintaNya

Kepada Rasullah SAW dan Allah SWT yang maha esa.

Kupercaya dengan adanya CINTA ini,

Hidupku lebih bererti, tenang, damai & menemui kebahagiaan.

Selamat tinggal CINTA sementara..

Kudoakan kau ketemui CINTA bahagia yang dirindui selalu....wassalm

~ Nukilan : HanaMichiMichi ~

Kenangan Terindah

Aku merasakan kebahagian bila bersamamu..
Walaupun beribu batu tetap utuh kurasakan perhubungan kita,
Walaupun seringkali dilanda onak dan duri,
Aku sangat mempercayai Mu..

Kenangan yang lalu mengembalikan aku kepada memori
yang lama tidak dapat kulupakan..
Disaat kau mengenaliku hanyalah sebagai sahabat.

Hampir membuatkan ku ketawa sendirian bila
mengenangkan kepada kenangan yang lalu....
Walaupun perhubungan kita tidak seperti yang lain
namun aku bersyukur kau menerimaku seadanya...

Kuharap kamu tidaklah memarahi ku,
Sewaktu dulu selepas perkenalan kita seusia setahun
aku telah berjaya mengenakan kamu.
Sejak detik itu aku tahu kamu adalah orangNya...

Walaupun terdapat kejanggalan dalam perhubungan kita,
aku tahu aku boleh menerima & kau jugak boleh menerimanya..


Mengembalikan kenangan lalu membuatkan
kadang-kadang aku berasa hendak ketawa...

Kenangan terindah....

Namun kini aku pasrah,
Jika andainya tiada lagi kenangan terindah diantara kita
Aku redha....aku bersyukur kerana aku masih lagi mengingati kenangan terindah
semasa dahulu...
Semoga kenangan terindah ini masih terpahat diingatanku sehingga ke hujung nyawaku...wassalam

~ NukilAn : HanMichiMichi ~