Sunday, 18 October 2015

TRIP TO KRABI (DAY 4 - 17/9/2015)

ASSALAMUALAIKUM

Oleh kerana aktiviti ke Pulau ditunda ke hari ke-4. Kami terpaksa buat plan C, dimana selepas bangun pagi Michi dapati cuaca sekejap mendung dan jugak hujan renyai - renyai.

Lagipun pagi nie Kami terpaksa checkout awal andai kata aktivi kelaut dapat diteruskan. Harap-harap dapat jugak ke Pulau-pulau (mood hopefull + redha)...Alhamdulilah cuaca kembali pulih walaupun mendung sikit - sikit. Selepas confirm dengan agent aktiviti hari ini diteruskan juga (mood happy gitew).

TRIP TO KRABI (DAY 4 - 17/9/2015)

07:00am
- Bangun pagi siap-siap, sarapan ala kadar (nescafe + pisang + biskut).

08:30am
- Checkout awal, sebab last checkout pukul 11am. Nasib baik la hotel membenar tinggalkan beg di store buat sementara sambil menunggu jip kecil pickup untuk ke jeti.

chekout dari bilik

09.00am
- Bertolak ke jeti, berhenti sekejap di hadapan beberapa hotel dan guest house and pickup pelancong yang lain.

09:30am
- Menaiki speed boat bertolak ke pulau Bamboo Island. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit. Oleh kerana excited Michi duduk di hadapan bot (padahal dalam hati nerveous). Alhamdulilah Michi takde mabuk laut. Bagi yang mabuk laut, please ya bawa la ubat-ubat.

3 orang gadis pinggiran..muahaa
 

10:15am
- Sampai di Bambo Island..cantek sungguh pantai..tapi Michi decide untuk tidak Mandi disini mengenangkan laut still bergelora. Ambik gambar view dan sebagainya sahaja. Apa yang Michi buat ialah mengelilingi kawasan pulau. Masa diberi hanya sehingga upkul 11am sahaja.







11:00am
- Bertolak ke Viking Cave. Disini hanya boleh tengok view sahaja. Menurut pemandu pelancong  ada sejarah tersendiri kenapa gua ini diberi nama Viking cave. Michi tak dengar sangat pun penjelasan..ha2.



11:20am
Bergerak ke Pileh Bay. Terletak lebih kurang 10 minit dari Viking Cave. Pileh Bay merupakan kawasan Lagoon, tersangatlah cantik dan kawasan ini dikeliling bukit batu yang menghalang dari angina laut. Disini Michi sempat bermandi manda sekejap.


11.45am
- Bertolak ke Monkey Beach. Kawasan ini dinamakan Monkey Beach disebabkan terdapatnya monyet-monyet ya ataupun kera.

12:15pm
- Bertolak ke Phi phi Done untuk menjamu selera. Restoran ini menghidangkan makanan dalam bentuk bufei. Bagi Michi yang tengah kelaparan memang melantak la. Makanan pun memang sedap-sedap belaka.Memang puas hati.

chalet yang ada di Phi Phi Done

makanan tengahari first round
 

01:40pm
- Bertolak ke Hin Klang. Disini, pelancong dibenarkan untuk snokeling sepuas hati. memang terbaik cuma waktu ini Michi risaukan cuaca yang mendung jadinya hanya Mandi untuk puaskan hati sahaja.



03:00pm
- Bertolak pulang jeti Ao Nang.

04:15pm
- Sampai di hotel dan bersiap-siap menukar pakaian bersih (fuh nasib baik ada toilet).
- Kami decide untuk bergerak ke Airport Krabi ketika malam. Memandang bas last pukul 6pm dengan keadaan yang penat kami deside  untuk menaiki van sahaja. Bayaran van hanyalah 150 bhat seorang sama macam harga tambang bas.
- Selepas menempah transport dengan bantuan staff di hotel, Michi dan Bella keluar untuk membeli makanan dah tapau untuk makan di air port nanti. Kami order nasi goreng ikan masin berharga 70 bhat seorang.
- Dengan duit yang tinggal berbaki kami menghabiskan duit untuk membeli pancake (40 bhat seorang) untuk mengalas perut sementara menunggu van pada pukul 6pm nanti.

Pancake peanut butter


06:00pm
- Bertolak ke Air port Krabi.

08:00pm
- Sampai di Airport kami bergerak mencari port yang sesuai untuk lepak tidur waktu malam.
- Check in menggunakan kiosk AirAsia yang disediakan.
- Makan malam / aktiviti bebas.




Sekian...sambung next entri...

Total Cost :

40 bhat - Pancake peanut butter
70 bhat - Nasi goring ikan masin
150 bhat - Tambang van (seorang)

Jumlah : 260 Bhat


TRIP TO KRABI (DAY 1 - 14/9/2015)
TRIP TO KRABI (DAY 2 - 16/9/2015)
TRIP TO KRABI (DAY 3 - 17/9/2015)
TRIP TO KRABI (DAY 5 - 18/9/2015)

No comments:

Post a Comment