Saturday, 17 October 2015

TRIP TO KRABI (DAY 3 - 16/9/2015)

ASSALAMUALAIKUM

Waa...sudah hari ketiga Michi berada di Ao Nang nie...nampaknya hari ini cuaca macam mendung dan hujan renyai -renyai ja. Setelah puas tidur semalaman, Michi terjaga dalam pukul 5am mcam tue. Kat sini pukul 5am cuaca memang dah nampak cerah sikit macam pukul 7am di Malaysia.

Walaupun tak confident dengan keadaan cuaca, Michi dan member bersiap - siap jugak untuk melakukan aktiviti menjelajah pulau hari ini. In case, plan cancel disebabkan cuaca maka kena lah ada plan B gitukan..

TRIP TO KRABI (DAY 3 - 16/9/2015)

07:00am
- Bangun pagi siap-siap, sarapan ala kadar (nescafe ja dan pisang (10 bhat - beli kat kauter lobi lapaq sangat nie).

08:30am
- Tunggu sehingga van datang tapi tak sampai-sampai jugak. Cuaca pulak sekejap hujan renyai sekejap hujan lebat. Terpaksa telefon agent untuk mengetahui status aktivivti hari nie. Nampaknya semua aktivi yang melibatkan laut terpaksa dicancelkan atas sebab-sebab cuaca yang tidak mengizinkan.
- Kami diberitahu boleh datang semula ke tempat untuk berbincang balik semula mengenai aktivivti. Apa yang bagusnya di sini, untuk pakage kita boleh minta untuk refund semula atau pun tukar kepada aktiviti lain (hanya untuk keaadan tertentu shaja ya, bukan suka-suka nak refund gitu).

09.30am
- Hujan reda sedikit, dan kami pun bergerak keluar dari hotel untuk ke tempat agent. Sebelum tue kami singgah sarapan pagi di sebuah kedai makan. Alhamdulilah jumpa juga kedai yang masak nasi lemak dan roti canai. Harga breakfast seorang 80 bhat. Michi makan nasi lemak ayam goreng dan juga air the panas ja. Kat sini jangan terkejut ya kalau diorng bancuh air mereka akan letak susu pekat banyak. So pandai -pandai lah minta tambah air. Setiap meja akan disediakan teko berisi air panas.

- Tuan kedai pun seorang yang peramah dan pandai berbahasa melayu. Selepas diselidik rupanya mereka datang dari Sungai Golok.


10.00am
- Kami bergerak ke tempat agent untuk berbincang balik mengenai aktivi samada untuk refund ataupun postpone keesokkan harinya.

- Oleh kerana, kami mempunyai baki sehari ja lagi, kami decide untuk melakukan aktivi ke pulau postpone kepada keesokkan harinya. Harap-harap keadaan cuaca mengizinkan. If tak, terpaksalah repeat ke next trip...ha..ha.. insyallah (dalam perancangan).

- Makanya, aktiviti hari ini tukar ke plan B iaitu bershopping untuk membeli saguhati kepada kawan-kawan dan juga family. Barang -barang souvinier  Michi habis dalam 520 bhat. Itupun Michi hanya sempat beli key chain / fridge magnet dan juga purse gitu.

- Oleah kerana kekurangan duit, Michi terpaksa tukar rm60 yang berbaki dalam wallet. Dapat la dalam 500 bhat lebih camtu.

01:30pm
-Singgah makan di kedai (beli pengkek pisang - 50 bhat seorang) ja untuk alas perut.


02.00pm
- Jalan di sekitar Ao Nang Beach dah berpatah balik.


- Sempat singgah beli hot dog gerai tepi jalan (20 bhat seorang).
 


03.00pm
- Bertolak balik pulang ke Hotel Miti. Singgah di kedai berhampiran untuk membeli pisang untuk alas perut pada keesokkan harinya. Harga pisang dalam 30 bhat (10 bhat seorang).

06.00pm
- Selepas puas berehat, kami keluar untuk mencari makan malam pula. Dengan keaadaan cuaca renyai -renyai dan sejuk kami memilih untuk makan di kedai berhampiran Masjid Ao Nang.

- Michi memilih untuk makan Somtam dan nasi putih ja. Agak mahal sebenarnya, memandangkan masing - masing dah penat berjalan kami makan sahaja di kedai ini. Harga makan 100 bhat.


08.00pm
- Balik ke hostel dan rehat.
- Sebelum sampai ke hotel Michi sempat beli sekilo buah dokong berharga 30 bhat (10 bhat seorang).

09.00pm
- Aktiviti bebas.. Ape lagi Michi layan Internet kejap di lobi sebelum naik ke bilik dan tidur.

Total Cost :

10 bhat - pisang sebijik
80 bhat - sarapan nasi lemak ayam + air teh
520 bhat - suvinier (keychain + fridge magnet + beg kecil)
50 bhat - lunch (pancake)
20 bhat - hot dog (share 20 bhat x 3 orang)
10 bhat - pisang sesikat (share 10 bhat x 3 orang)
100 bhat - makan malam (somtam + nasi putih)
10 bhat - buah dokong ( share 10 bhat x 3 orang)

Jumlah : 800 Bhat


Sekian...sambung next entri...

TRIP TO KRABI (DAY 1 - 14/9/2015)
TRIP TO KRABI (DAY 2 - 16/9/2015)
TRIP TO KRABI (DAY 4 - 17/9/2015)
TRIP TO KRABI (DAY 5 - 18/9/2015)

No comments:

Post a Comment