Sunday, 18 October 2015

Lirik lagu : Rindu Padamu (Yasin)

ASSALAMUALAIKUM

Dikala keseorangan sambil mendegar lagu ini terasa sesuatu di dalam lubuk hatiku....Aku hanya mampu bertawakal, dan berserah kepada Nya...hanyalah dia yang mengetahui....AMIN...


LIRIK LAGU :-

Rindu PadaMU

Tiada sehari yang berlalu,
Tanpa ku mengingati Mu,

Rindu.. pada Mu,
Ku sentiasa mendambakan,
Kasih dan sayangmu,

Semalam aku bermimpi,
Di dalam hujan ku berlari,
Berlari, mencari, memanggil - manggil
nama Mu,
Nama Mu yang sempurna,
Ku harap, dan ku berdoa,
Semoga dapat.. bersua dengan Mu.

** Tiada kata yang dapat kugambarkan,
Perasaan yang.... ku alami...,

Cintaku ini, tiada ber belah bahagi,
Cinta yang suci dan abadi.

Arduwuillahirahmani... arju la tinsani,
Fi Qulil Aw Qotil nafsi wa fuadi,
Lakaya maliki.

Apakah aku di terima,
Atau kau akan membiarkan saja,
Kerana ku berdosa,
Jangan biar ku terhina,
Ku merayu pada Mu.

** repeat

Tiada kata yang dapat kugambarkan,
Perasaan yang.... ku alami...,

Cintaku ini, tiada ber belah bahagi,
Cinta yang suci dan abadi.

Ohh...

** repeat

Tiada kata yang dapat kugambarkan,
Perasaan yang.... ku alami...,

Cintaku ini, tiada ber belah bahagi,
Cinta yang suci dan abadi.






Sekian ......

Rindu serindu - Nya

ASSALAMUALAIKUM

Ha..ha.cam pelik pulak kan tajuk entri gitew. Takdelah ape pun, dua minggu lepas Michi pulang ke Kampung setelah sekian lama okey tak balik. Last balik Hari raya Aidilfitri ja.

Memandang kan kedua orang tua Michi pun kurang sihat begitu jugak Grand father and grand mother sebelah mak pun kurang sihat. Selepas nie Michi rasa nak kena balik tiap-tiap bulan gitew.

Pulang lah ke kampung selagi kita ada masa dan juga kesihatan yang baik. Takkan nak tangguh - tangguh kan. Rindu nye nak balik kampong kat Kuala Ketil....

Tambah-tambah ada anak sedara gurl yang comel gitew..ahaks...cepatlah masuk bulan November..

Sekian.

TRIP TO KRABI (DAY 5 - 18/9/2015)

ASSALAMUALAIKUM

Tidur di aiport merupakn kenangan yang tak dapat Michi lupakan. Nasib baik pilihan tempat melepak Michi dah kawan - kawan berdekatan toilet dan juga kerusi. At least dapat juga berehat seketika. Airport di Krabi tidaklah sebesar mana.

Ketika malam susananya menjadi sepi tetapi selepas pukul 3am suasana akan menjadi bising kerana ramai pasangger yang mula datang untuk check in awal.

TRIP TO KRABI (DAY 5- 159/2015)

05:00m
- Bangun pagi siap-siap, sarapan ala kadar (pisang + biskut).

07:55am
- Bersiap ke balai pelepasan.

08:25am
- Berlepas ke KLIA.

 



RUMUSAN:-

Trip ke KRABI amatlah memuaskan tetapi sebelum ke sini pastikan anda lihat dulu ramalan keaadaan cuaca. Sesuai untuk bakal-bakal pengantin untuk berbulan madu dan juga kepada yang menggemari sukan lasak.

Untuk mencari makanan HALAL amat mudah disini. Kerana sepanjang perjalanan anda akan dapati banyak kedai HALAL.

Wifi, event kedai yang kecik pun mereka memang ada memasang wifi. So pengunaan Internet jaganlah risau, memang sentiasa ada disini.


ANGGARAN TOTAL:-

RM281 (harga tiket Air Asia) + day 1 + day 2 + day 3 + day 4 = RM 841 seorang (anggaran)

 

Total Cost :

Tiada cost

Jumlah : 0 Bhat


TRIP TO KRABI (DAY 1 - 14/9/2015)
TRIP TO KRABI (DAY 2 - 16/9/2015)
TRIP TO KRABI (DAY 3 - 17/9/2015)
TRIP TO KRABI (DAY 4 - 18/9/2015)

TRIP TO KRABI (DAY 4 - 17/9/2015)

ASSALAMUALAIKUM

Oleh kerana aktiviti ke Pulau ditunda ke hari ke-4. Kami terpaksa buat plan C, dimana selepas bangun pagi Michi dapati cuaca sekejap mendung dan jugak hujan renyai - renyai.

Lagipun pagi nie Kami terpaksa checkout awal andai kata aktivi kelaut dapat diteruskan. Harap-harap dapat jugak ke Pulau-pulau (mood hopefull + redha)...Alhamdulilah cuaca kembali pulih walaupun mendung sikit - sikit. Selepas confirm dengan agent aktiviti hari ini diteruskan juga (mood happy gitew).

TRIP TO KRABI (DAY 4 - 17/9/2015)

07:00am
- Bangun pagi siap-siap, sarapan ala kadar (nescafe + pisang + biskut).

08:30am
- Checkout awal, sebab last checkout pukul 11am. Nasib baik la hotel membenar tinggalkan beg di store buat sementara sambil menunggu jip kecil pickup untuk ke jeti.

chekout dari bilik

09.00am
- Bertolak ke jeti, berhenti sekejap di hadapan beberapa hotel dan guest house and pickup pelancong yang lain.

09:30am
- Menaiki speed boat bertolak ke pulau Bamboo Island. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit. Oleh kerana excited Michi duduk di hadapan bot (padahal dalam hati nerveous). Alhamdulilah Michi takde mabuk laut. Bagi yang mabuk laut, please ya bawa la ubat-ubat.

3 orang gadis pinggiran..muahaa
 

10:15am
- Sampai di Bambo Island..cantek sungguh pantai..tapi Michi decide untuk tidak Mandi disini mengenangkan laut still bergelora. Ambik gambar view dan sebagainya sahaja. Apa yang Michi buat ialah mengelilingi kawasan pulau. Masa diberi hanya sehingga upkul 11am sahaja.







11:00am
- Bertolak ke Viking Cave. Disini hanya boleh tengok view sahaja. Menurut pemandu pelancong  ada sejarah tersendiri kenapa gua ini diberi nama Viking cave. Michi tak dengar sangat pun penjelasan..ha2.



11:20am
Bergerak ke Pileh Bay. Terletak lebih kurang 10 minit dari Viking Cave. Pileh Bay merupakan kawasan Lagoon, tersangatlah cantik dan kawasan ini dikeliling bukit batu yang menghalang dari angina laut. Disini Michi sempat bermandi manda sekejap.


11.45am
- Bertolak ke Monkey Beach. Kawasan ini dinamakan Monkey Beach disebabkan terdapatnya monyet-monyet ya ataupun kera.

12:15pm
- Bertolak ke Phi phi Done untuk menjamu selera. Restoran ini menghidangkan makanan dalam bentuk bufei. Bagi Michi yang tengah kelaparan memang melantak la. Makanan pun memang sedap-sedap belaka.Memang puas hati.

chalet yang ada di Phi Phi Done

makanan tengahari first round
 

01:40pm
- Bertolak ke Hin Klang. Disini, pelancong dibenarkan untuk snokeling sepuas hati. memang terbaik cuma waktu ini Michi risaukan cuaca yang mendung jadinya hanya Mandi untuk puaskan hati sahaja.



03:00pm
- Bertolak pulang jeti Ao Nang.

04:15pm
- Sampai di hotel dan bersiap-siap menukar pakaian bersih (fuh nasib baik ada toilet).
- Kami decide untuk bergerak ke Airport Krabi ketika malam. Memandang bas last pukul 6pm dengan keadaan yang penat kami deside  untuk menaiki van sahaja. Bayaran van hanyalah 150 bhat seorang sama macam harga tambang bas.
- Selepas menempah transport dengan bantuan staff di hotel, Michi dan Bella keluar untuk membeli makanan dah tapau untuk makan di air port nanti. Kami order nasi goreng ikan masin berharga 70 bhat seorang.
- Dengan duit yang tinggal berbaki kami menghabiskan duit untuk membeli pancake (40 bhat seorang) untuk mengalas perut sementara menunggu van pada pukul 6pm nanti.

Pancake peanut butter


06:00pm
- Bertolak ke Air port Krabi.

08:00pm
- Sampai di Airport kami bergerak mencari port yang sesuai untuk lepak tidur waktu malam.
- Check in menggunakan kiosk AirAsia yang disediakan.
- Makan malam / aktiviti bebas.




Sekian...sambung next entri...

Total Cost :

40 bhat - Pancake peanut butter
70 bhat - Nasi goring ikan masin
150 bhat - Tambang van (seorang)

Jumlah : 260 Bhat


TRIP TO KRABI (DAY 1 - 14/9/2015)
TRIP TO KRABI (DAY 2 - 16/9/2015)
TRIP TO KRABI (DAY 3 - 17/9/2015)
TRIP TO KRABI (DAY 5 - 18/9/2015)

Saturday, 17 October 2015

TRIP TO KRABI (DAY 3 - 16/9/2015)

ASSALAMUALAIKUM

Waa...sudah hari ketiga Michi berada di Ao Nang nie...nampaknya hari ini cuaca macam mendung dan hujan renyai -renyai ja. Setelah puas tidur semalaman, Michi terjaga dalam pukul 5am mcam tue. Kat sini pukul 5am cuaca memang dah nampak cerah sikit macam pukul 7am di Malaysia.

Walaupun tak confident dengan keadaan cuaca, Michi dan member bersiap - siap jugak untuk melakukan aktiviti menjelajah pulau hari ini. In case, plan cancel disebabkan cuaca maka kena lah ada plan B gitukan..

TRIP TO KRABI (DAY 3 - 16/9/2015)

07:00am
- Bangun pagi siap-siap, sarapan ala kadar (nescafe ja dan pisang (10 bhat - beli kat kauter lobi lapaq sangat nie).

08:30am
- Tunggu sehingga van datang tapi tak sampai-sampai jugak. Cuaca pulak sekejap hujan renyai sekejap hujan lebat. Terpaksa telefon agent untuk mengetahui status aktivivti hari nie. Nampaknya semua aktivi yang melibatkan laut terpaksa dicancelkan atas sebab-sebab cuaca yang tidak mengizinkan.
- Kami diberitahu boleh datang semula ke tempat untuk berbincang balik semula mengenai aktivivti. Apa yang bagusnya di sini, untuk pakage kita boleh minta untuk refund semula atau pun tukar kepada aktiviti lain (hanya untuk keaadan tertentu shaja ya, bukan suka-suka nak refund gitu).

09.30am
- Hujan reda sedikit, dan kami pun bergerak keluar dari hotel untuk ke tempat agent. Sebelum tue kami singgah sarapan pagi di sebuah kedai makan. Alhamdulilah jumpa juga kedai yang masak nasi lemak dan roti canai. Harga breakfast seorang 80 bhat. Michi makan nasi lemak ayam goreng dan juga air the panas ja. Kat sini jangan terkejut ya kalau diorng bancuh air mereka akan letak susu pekat banyak. So pandai -pandai lah minta tambah air. Setiap meja akan disediakan teko berisi air panas.

- Tuan kedai pun seorang yang peramah dan pandai berbahasa melayu. Selepas diselidik rupanya mereka datang dari Sungai Golok.


10.00am
- Kami bergerak ke tempat agent untuk berbincang balik mengenai aktivi samada untuk refund ataupun postpone keesokkan harinya.

- Oleh kerana, kami mempunyai baki sehari ja lagi, kami decide untuk melakukan aktivi ke pulau postpone kepada keesokkan harinya. Harap-harap keadaan cuaca mengizinkan. If tak, terpaksalah repeat ke next trip...ha..ha.. insyallah (dalam perancangan).

- Makanya, aktiviti hari ini tukar ke plan B iaitu bershopping untuk membeli saguhati kepada kawan-kawan dan juga family. Barang -barang souvinier  Michi habis dalam 520 bhat. Itupun Michi hanya sempat beli key chain / fridge magnet dan juga purse gitu.

- Oleah kerana kekurangan duit, Michi terpaksa tukar rm60 yang berbaki dalam wallet. Dapat la dalam 500 bhat lebih camtu.

01:30pm
-Singgah makan di kedai (beli pengkek pisang - 50 bhat seorang) ja untuk alas perut.


02.00pm
- Jalan di sekitar Ao Nang Beach dah berpatah balik.


- Sempat singgah beli hot dog gerai tepi jalan (20 bhat seorang).
 


03.00pm
- Bertolak balik pulang ke Hotel Miti. Singgah di kedai berhampiran untuk membeli pisang untuk alas perut pada keesokkan harinya. Harga pisang dalam 30 bhat (10 bhat seorang).

06.00pm
- Selepas puas berehat, kami keluar untuk mencari makan malam pula. Dengan keaadaan cuaca renyai -renyai dan sejuk kami memilih untuk makan di kedai berhampiran Masjid Ao Nang.

- Michi memilih untuk makan Somtam dan nasi putih ja. Agak mahal sebenarnya, memandangkan masing - masing dah penat berjalan kami makan sahaja di kedai ini. Harga makan 100 bhat.


08.00pm
- Balik ke hostel dan rehat.
- Sebelum sampai ke hotel Michi sempat beli sekilo buah dokong berharga 30 bhat (10 bhat seorang).

09.00pm
- Aktiviti bebas.. Ape lagi Michi layan Internet kejap di lobi sebelum naik ke bilik dan tidur.

Total Cost :

10 bhat - pisang sebijik
80 bhat - sarapan nasi lemak ayam + air teh
520 bhat - suvinier (keychain + fridge magnet + beg kecil)
50 bhat - lunch (pancake)
20 bhat - hot dog (share 20 bhat x 3 orang)
10 bhat - pisang sesikat (share 10 bhat x 3 orang)
100 bhat - makan malam (somtam + nasi putih)
10 bhat - buah dokong ( share 10 bhat x 3 orang)

Jumlah : 800 Bhat


Sekian...sambung next entri...

TRIP TO KRABI (DAY 1 - 14/9/2015)
TRIP TO KRABI (DAY 2 - 16/9/2015)
TRIP TO KRABI (DAY 4 - 17/9/2015)
TRIP TO KRABI (DAY 5 - 18/9/2015)