Thursday, 24 September 2015

Untungnya.. guna 11 kereta mewah "tambat" kekasih

ASSALAMUALAIKUM

Di Beijing, seorang lelaki menggunakan kaedah unik dengan menggunakan kereta mewah yang disusun dalam bentuk hati ketika melamar teman wanitanya nyata berjaya.
Lelaki berkenaan yang berhenti belajar di sebuah universiti, namun cukup kaya selepas menjadi Ketua Pegawai Eksekutif syarikat sehingga mampu menyewa 11 kereta mewah itu semata-mata untuk melamar kekasihnya.

Kereta disusun berbentuk love
 
Pasangan itu bercinta sejak di sekolah menengah dan gadis terbabit kini pelajar di Universiti Guangzhou. Mereka jatuh cinta ketika menjalani latihan ketenteraan.
Ketika melamar teman wanitanya, si lelaki meletakkan kereta mewah berkenaan supaya membentuk lambang hati sebelum membunyikan hon dan muzik dengan kuat untuk menarik perhatian kekasihnya supaya keluar ke balkoni biliknya.
 
Gadis berkenaan turun menemuinya sebaik melihat usaha kekasihnya itu dan terus bersetuju selepas lelaki itu melutut dan melamarnya.
 
Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment