Thursday, 3 September 2015

Pengalaman renew Passport di UTC Pudu Central

ASSALAMUALAIKUM

Salam Jumaat semua...hari nie Michi nak ceritakan pengalaman membuat passport dua hari lepas di UTC Pudu Central. Dulu pada 4 tahun yang lepas, Michi penah jugak buat passport tapi oleh kerana tak brape tahu sangat cawang yang mana dekat Michi pegi buat dekat Sri Rampai jauh gitu padahal rumah Michi dekat jer dengan cawangan di Kelana Jaya..he2

Kali nie nak memudahkan keje Michi pegi je ke UTC Pudu Central sebab dah alang-alang turun ke KL gitu kan. Sewaktu Michi sampai lebih kurang dalam pukul 11.30am gitu sebabnya lambat Michi singgah ke KL Central kejap sebab ada urusan yang perlu di selesaikan.


Oleh kerana Michi pegi hari Rabu Michi ingat takder lah ramai orang tapi nampaknya silap jugak la..sewaktu sampai ramai pulak orang tambah -tambah dah dekat tengahari so timing dah dekat nak lunch so mestilah ramai orang. Walaupun ramai tapi nampaknya prosess berjalan dengan cepat walaupun Michi dapat passport baru pada pukul 2pm baru siap..

Tapi urusannya sangat mudah gitu, just bawa diri ja. Gambar passport pulak mereka akan ambik gambar di kaunter jugak (undersport yer) macam dulu - dulu gigih la kena prepare gambar berukuran passport gitu.



Tapi bagi yang first time, pastikan anda membawa salinan surat beranak dan juga fotokopi Kad pengenalan sebagai backup. Dulu masa Michi pegi buat di Sri Rampai nasib baik bawa surat beranak kesnye sebab Michi di lahirkan di Sarawak jadi mereka ingat parent Michi orang Sarawak juga kerana prosesnya akan mengambil masa seminggu untuk verify dan untuk siapkan passport. Jadiknya Michi explaint la parent orang semenanjung jew, kedua - duanya orang Kedah. So dalam 2 jam baru passport siap gitu.Fuh...


Akhirnya, siap jugak passport Michi...fuh excited pulak gitue..harap - harap semuanya akan berjalan dengan lancar...Amin.....

No comments:

Post a Comment