Saturday, 5 September 2015

Lelaki paling pendek di Dunia meninggal dunia

ASSALAMUALAIKUM

Di Kathmandu seorang warga Nepal, Chandra Bahadur Dangi yang telah disahkan oleh Guinness Book of World Records sebagai lelaki paling pendek di dunia, meninggal dunia di Kepulauan Samoa, wilayah Amerika di Pasifik Selatan pada Jumaat.

Guinness World Records mengiktiraf Dangi sebagai lelaki terpendek di dunia pada 26 Februari 2012. Beliau berukuran 54.6 sm (21.5 inci) tinggi, dan ketika pengesahan oleh pasukan Guinness itu dilakukan, beliau berumur 72 tahun.

Bersamas Sultan Kosen dari Turki (orang paling tertinggi di dunia)

Dangi yang berasal dari Dang, daerah di sebelah barat Nepal berada di Amerika untuk lawatan singkat, meninggal dunia semasa menjalani rawatan fenomena di hospital, kata pengurusnya Thaneshwar Guragain, yang juga pemegang rekod dunia Guinness.

Dangi berumur 75 tahun.

Selepas jatuh sakit, Dangi dimasukkan ke Lyndon B. Johnson Tropical Medical Centre di Pago Pago, kepulauan Samoa dan menghembuskan nafas terakhir pada tengah hari Jumaat, kata Guragain.    

“Saya amat sedih dengan kematiannya.

“Pihak hospital berkenaan sedang menyediakan sijil kematian sebelum menyerahkan mayat Dangi kepada keluarga atau wakil mereka,” kata Guragain.

Selain menjadi lelaki terpendek, Dangi juga memegang rekod orang dewasa terpendek dunia yang pernah diukur.

Sumber : Sinar Harian

No comments:

Post a Comment