Thursday, 24 September 2015

Kesian kanak-kanak ini belajar tidak kira tempat

ASSALAMUALAIKUM

Di Manila, gambar seorang budak perempuan duduk atas penghadang jalan dengan berkaki ayam sambil menyiapkan kerja sekolahnya mencetuskan simpati pengguna Internet selepas dikongsikan di Facebook.
 
Imej itu dirakam penduduk tempatan di Filipina yang dikongsikan seorang lelaki bernama James Co di laman Facebooknya sebelum mendapat lebih 12,000 ‘like.’
Laporan media tempatan menyebut budak itu dikenal pasti sebagai Cielo Gonzales dan beberapa gambar turut menunjukkan dia bersama kakaknya Jenalyn membuat kerja sekolah di atas kotak kadbod di tepi jalan yang sibuk.
 
Gambar Cielo yang menjadi viral di internet
 
Kedua-duanya nampak comot dalam temuramah itu dengan wanita dipercayai ibu mereka duduk berhampiran.
Cielo yang membuat latihan menulis juga menunjukkan kepada kamera hasil kerjanya.
Seorang pengguna Facebook berkata: “Saya kagum dengan semangat tinggi kanak-kanak ini.
“Saya harap ada pihak, sama ada pertubuhan atau yayasan yang mampu membimbingnya supaya berjaya dalam pelajaran. Moga Tuhan merahmatinya.”
Julai lalu, juga di Filipina, seorang pelajar perubatan Joyce Torrefranca berkongsi gambar seorang budak lelaki Daniel Cabrera membuat kerja rumah di tepi jalan dengan cahaya lampu dari restoran makanan segera McDonald’s.
 
Gambar itu turut mencetuskan simpati orang ramai dan laman Facebook diwujudkan untuk mengumpul wang yang berjaya mengutip 234,134 peso (RM21,800) untuk pendidikannya.
 
Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment