Saturday, 19 September 2015

Anak pemerintah DUBAI meninggal dunia

ASSALAMUALAIKUM

Di DUBAI (UAE) Anak kepada pemimpin Dubai dan abang sulung kepada pewaris Emiriah Arab Bersatu (UAE) meninggal dunia pada usia 33 tahun, semalam.‎
 
Agensi berita rasmi UAE, WAM melaporkan, Sheikh Rashid Mohammed‎‎ meninggal dunia akibat serangan jantung.
 
Sheikh Rashid merupakan anak sulung kepada‎ Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum dan isteri pertama, Sheikha Hind Maktoum. 

 

Selain peranannya sebagai pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed adalah Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE.
 
Sheikh Rashid adalah seorang ahli sukan berkuda.
 
Adindanya, Sheikh Hamdan adalah Putera Mahkota Dubai.
 
Mahkamah negara itu telah mengisytiharkan tiga hari untuk tempoh berkabung



Sumber : Sinar Harian



 

No comments:

Post a Comment