Thursday, 24 September 2015

TRIP TO KRABI (DAY 2 - 15/9/2015)

ASSALAMUALAIKUM

Hari kedua berada di Aonang sangatlah terasa tenangNya. Ketika jam menunjukkan pukul 6 pagi keadaan di sini sudah cerah berbanding di Malaysia. Aktiviti hari ini adalah untuk pergi ke Hot Spring Waterfall, Amerald Pool, Tiger Cave Templer & Elephant Trekking (pakage K) wokey.

Untuk memudahkan group Michi yang tak seberapa ramai nie kami decide ambik full day aktiviti sebab include dengan makanan tengahari. So nanti tak payah lah tercari-cari makanan kan.

Cuaca pagi ni mendung - mendung ja ala-ala nak hujan gitu. Walhal memang baru lepas hujan pun..hik..hik. Okey tak nak panjang kan cerita nie Michi buatkan tentatif hari kedua Michi berada di Krabi.

TRIP TO KRABI (DAY 2 - 15/9/2015)

07:00am
- Bangun pagi siap-siap, sarapan ala kadar (buah dokong + nescafe).

08:30am
- Mini van datang pickup ambil group Michi dulu. Lepas tue pergi ke hotel lain yang berdekatan untuk pickup tourist lain. Kali ini group Michi penuh dengan Mat Salleh yer. Ada 2 orang jer couple Indian.

09.30am
- Bertolak ke Hot Spring Waterfall mengambil masa lebih kurang sejam lebih sebabnya jauh kot tempat tue 63KM...hu..hu.../ lambat bertolak sebab ada group Mat Salleh 4 orang lambat (ayoish geram pulak Michi).

10:45am
- Sampai di Hot Spring Waterfall diberi masa lebih kurang 45 minit untuk meneroka kawasan hot spring nie. Tempat oklah bagi Michi. Cuma keadaan toilet agak kurang memuaskan. Michi dan kawan - kawan jalan - jalan ja dan ambik gambar.
- Air taklah panas mana pun. Suam-suam kuku ja. Port nak mandi penuh dengan tourist Mat Salleh jadi tak rasa nak mandi pun. Sempat beli air kelapa 30bhat.

Hot Spring Waterfall

11.30am
- Bergerak ke Amerald Pool lebih kurang 10 minit dari Hot Spring Waterfall.

Amerald Pool - boleh mandi yer


11.45pm
- Sampai sahaja di Amerald Pool kami diberi masa sehingga pukul 12.30pm untuk melakukan aktiviti.
- Tempat memang cantik terbaik boleh mandi. Tapi kami tak mandi pun sebab tujuan kami nak ke Blue Pool jadi kena menapak lebih kurang dalam 800meter dari kolam air di Amerald Pool. Subahanallah tak rugi kepada sesiapa yang pergi ke Blue Pool sebab tempat ni cantik sangat.

With Pinky Crocs

Blue Pool



01.00pm
- Makan tengahari yang disediakan di restoran di Amerald Pool. Lupa nak ambik picture restoran sebab time nie hujan lebat tiba-tiba.

01:45pm
- Bergerak ke Tiger Cave Temple.

 


02:15pm
- Sampai sahaja di Tiger Cave Templer, mula start trekking ke puncak lebih kurang 1260 anak tangga yang agak mencanak. (serius semput giler/hanya yang stamina ok ja boleh naik).
 
- Akhirnya Michi sampai ke puncak lebih kurang pukul 3pm. Masa yang diberi hanyalah sehingga 3.30 petang. Selepas 10 minit tangkap gambar view Michi start turun bersama Ms Bella sebabnya Ms Han tak naik sampai atas.

1260 anak tangga peluh ketiak den...ha2

03:30pm
- Bergerak Elephant Trekking. Hoyee setiap elephant nie akan naik dua orang, bila time Michi redha jer la naik sorang-sorang gitu kan. Tapi sangat adventure jugaklah sebabnya  Michi  x penah naik elephant di Malaysia.
- Michi sempat share seorang 20bhat untuk membeli pisang untuk diberikan kepada gajah dan jugak gambar untuk kenangan naik gajah 150bhat.

Picture Ms Bella & Ms Han
04.30pm
- Bertolak pulang ke hotel masing - masing

06.30pm
- Ape lagik keluar mencari makan malam gitu (nasi goreng ayam + air teh) 80 bhat.

09:00pm
- Tidur / aktiviti bebas.

Total Cost :

30 bhat - air kelapa fresh
20 bhat - share seorang beli pisang untuk gajah
150 bhat - gambar kenangan bersama gajah
80 bhat - nasi goreng ayam + air the

Jumlah : 280 Bhat

Sekian...sambung next entri...

TRIP TO KRABI (DAY 1 - 14/9/2015)
TRIP TO KRABI (DAY 3 - 16/9/2015)
TRIP TO KRABI (DAY 4 - 17/9/2015)
TRIP TO KRABI (DAY 5 - 18/9/2015)

Untungnya.. guna 11 kereta mewah "tambat" kekasih

ASSALAMUALAIKUM

Di Beijing, seorang lelaki menggunakan kaedah unik dengan menggunakan kereta mewah yang disusun dalam bentuk hati ketika melamar teman wanitanya nyata berjaya.
Lelaki berkenaan yang berhenti belajar di sebuah universiti, namun cukup kaya selepas menjadi Ketua Pegawai Eksekutif syarikat sehingga mampu menyewa 11 kereta mewah itu semata-mata untuk melamar kekasihnya.

Kereta disusun berbentuk love
 
Pasangan itu bercinta sejak di sekolah menengah dan gadis terbabit kini pelajar di Universiti Guangzhou. Mereka jatuh cinta ketika menjalani latihan ketenteraan.
Ketika melamar teman wanitanya, si lelaki meletakkan kereta mewah berkenaan supaya membentuk lambang hati sebelum membunyikan hon dan muzik dengan kuat untuk menarik perhatian kekasihnya supaya keluar ke balkoni biliknya.
 
Gadis berkenaan turun menemuinya sebaik melihat usaha kekasihnya itu dan terus bersetuju selepas lelaki itu melutut dan melamarnya.
 
Sumber : Harian Metro

Kesian kanak-kanak ini belajar tidak kira tempat

ASSALAMUALAIKUM

Di Manila, gambar seorang budak perempuan duduk atas penghadang jalan dengan berkaki ayam sambil menyiapkan kerja sekolahnya mencetuskan simpati pengguna Internet selepas dikongsikan di Facebook.
 
Imej itu dirakam penduduk tempatan di Filipina yang dikongsikan seorang lelaki bernama James Co di laman Facebooknya sebelum mendapat lebih 12,000 ‘like.’
Laporan media tempatan menyebut budak itu dikenal pasti sebagai Cielo Gonzales dan beberapa gambar turut menunjukkan dia bersama kakaknya Jenalyn membuat kerja sekolah di atas kotak kadbod di tepi jalan yang sibuk.
 
Gambar Cielo yang menjadi viral di internet
 
Kedua-duanya nampak comot dalam temuramah itu dengan wanita dipercayai ibu mereka duduk berhampiran.
Cielo yang membuat latihan menulis juga menunjukkan kepada kamera hasil kerjanya.
Seorang pengguna Facebook berkata: “Saya kagum dengan semangat tinggi kanak-kanak ini.
“Saya harap ada pihak, sama ada pertubuhan atau yayasan yang mampu membimbingnya supaya berjaya dalam pelajaran. Moga Tuhan merahmatinya.”
Julai lalu, juga di Filipina, seorang pelajar perubatan Joyce Torrefranca berkongsi gambar seorang budak lelaki Daniel Cabrera membuat kerja rumah di tepi jalan dengan cahaya lampu dari restoran makanan segera McDonald’s.
 
Gambar itu turut mencetuskan simpati orang ramai dan laman Facebook diwujudkan untuk mengumpul wang yang berjaya mengutip 234,134 peso (RM21,800) untuk pendidikannya.
 
Sumber : Harian Metro

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 2015

ASSALAMUALIKUM

Dikesempatan ini Michi ingin mengucapkan selamat hari raya Aidiladha maaf zahir dan batin. Yang pulang ke kampung menaiki kereta jagan lah lupa, ingat orang tersayang ye...berhati - hati semasa memandu.

Sob..sob..tak dapat den nak balik sebabnya cuti dah habis...takper -takper bulan depan walaupun raya dah lepas den nak balik jugak kampung...kih..kih...

Sunday, 20 September 2015

TRIP TO KRABI (DAY 1 - 14/9/2015)

ASSALAMUALAIKUM

Hoyee...Michi sudah selamat sampai ke Tanah air dua hari lepas...ha2...rindunya masakan Malaysia.
Okey taknak panjang - panjangkan cerita. Di sini Michi nak ceritakan serba sedikit tentang perjalanan Michi bersama - sama kawan Michi semasa berada berada di Krabi.

Day 1 (14/9/2015 - Monday)

03.35am
- Michi bertolak ke Bangsar untuk mengambil member Michi namanya Ms Bella.

04:00am
- Bertolak ke KLIA 2.

05:00am
- Menunggu seorang lagi member Ms Han.

06:00am
- Bergerak menuju ke balai perlepasan.



07:00am
- Flight berlepas ke Krabi.

07:00am
- Oleh kerana waktu di Krabi lewat sejam dari waktu Malaysia jadinya flight AK866 tiba di
  Krabi lebih kurang pukul 07:00am jugak.

08:15am
- Selepas semunya selesai, Michi bergerak ke kaunter shuttle bas untuk membeli tiket ke AoNang yang berharga 150 bhat. Nasib menyebelahi kami kerana bas masih belum bergerak.
- Oleh kerana cuaca tidak menentu dah hujan, perjalan ke Ao Nang beach berasa sangat lama. Mengambil masa sekitar sejam 15 minit.


09.30am
- Sampai di hotel MITI, check in adalah pada pukul 2pm jadinya selepas berbincang kami
  meminta untuk meninggalkan beg di hotel sebelum check in.

10:15am
- Berjalan - jalan sekitar AoNang mencari pakage untuk melakukan aktiviti sepanjang berada di Ao Nang. Dinasihatkan untuk pergi ke Ao Nang beach kerana di sepanjang perjalanan kedai di situ banyak pakage yang murah dah harga yang berpatutan.
- Kami bersepakat memilih pakage ke Phi phi Island (1000 bhat/seorang) & pakage K (full day tour) - Emerald Pool / Hot Spring Waterfall / Tiger Cave Templer & Elephant Trekking (1400 bhat/ seorang).

Package Phi Phi Islands

Package K
11.30am
- Breakfast + lunch sekali (100 bhat) seorang.

 
Nasi putih + ayam goring + sayur kerabu manga + air tea ais
 
satu-satunya Masjid yang ada di Ao Nang

12.30pm
- Bergambar dan berjalan sekitar pantai Ao Nang beach. Singgah 7 eleven beli mineral water (7 bhat). Michi jugak membeli dry bag 5 liter berharga (300 bhat).

01.15pm
- Bergerak pulang ke Hotel MITI. Michi singgah beli buah dokong (20 bhat).

02:00pm
- Check in hotel & melakukan aktivivit bebas ( ape lagi Michi tido jer la kan)..ha..ha...

QN saiz

Michi untung dapat tidur katil saiz QN sorang-sorang...ahaks...

Toilet + Bilik air


06:00pm
- Bersiap untuk makan malam (190 bhat seorang) + pancake chocolate (35 bhat).

Nasi putih + kari hijau + telur dadar + air magga
 
Pancake chocolate

08:00pm
- Pulang ke hotel MITI / aktiviti bebas .


Total Cost :

150 bhat - shuttle bas
2400 bhat - Phi phi islands & pakage K
100 bhat - lunch
7 bhat - air mineral
20 bhat - buah dokong
190 bhat - makan malam
300 bhat - dry beg (5 liter)
35 bhat - pancake banana + coklat

Jumlah : 3202 Bhat

Sekian ...sambung next entry..

TRIP TO KRABI (DAY 2 - 15/9/2015)
TRIP TO KRABI (DAY 3 - 16/9/2015)
TRIP TO KRABI (DAY 4 - 17/9/2015)
TRIP TO KRABI (DAY 5 - 18/9/2015)

Saturday, 19 September 2015

Anak pemerintah DUBAI meninggal dunia

ASSALAMUALAIKUM

Di DUBAI (UAE) Anak kepada pemimpin Dubai dan abang sulung kepada pewaris Emiriah Arab Bersatu (UAE) meninggal dunia pada usia 33 tahun, semalam.‎
 
Agensi berita rasmi UAE, WAM melaporkan, Sheikh Rashid Mohammed‎‎ meninggal dunia akibat serangan jantung.
 
Sheikh Rashid merupakan anak sulung kepada‎ Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum dan isteri pertama, Sheikha Hind Maktoum. 

 

Selain peranannya sebagai pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed adalah Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE.
 
Sheikh Rashid adalah seorang ahli sukan berkuda.
 
Adindanya, Sheikh Hamdan adalah Putera Mahkota Dubai.
 
Mahkamah negara itu telah mengisytiharkan tiga hari untuk tempoh berkabung



Sumber : Sinar Harian



 

Saturday, 5 September 2015

Lelaki paling pendek di Dunia meninggal dunia

ASSALAMUALAIKUM

Di Kathmandu seorang warga Nepal, Chandra Bahadur Dangi yang telah disahkan oleh Guinness Book of World Records sebagai lelaki paling pendek di dunia, meninggal dunia di Kepulauan Samoa, wilayah Amerika di Pasifik Selatan pada Jumaat.

Guinness World Records mengiktiraf Dangi sebagai lelaki terpendek di dunia pada 26 Februari 2012. Beliau berukuran 54.6 sm (21.5 inci) tinggi, dan ketika pengesahan oleh pasukan Guinness itu dilakukan, beliau berumur 72 tahun.

Bersamas Sultan Kosen dari Turki (orang paling tertinggi di dunia)

Dangi yang berasal dari Dang, daerah di sebelah barat Nepal berada di Amerika untuk lawatan singkat, meninggal dunia semasa menjalani rawatan fenomena di hospital, kata pengurusnya Thaneshwar Guragain, yang juga pemegang rekod dunia Guinness.

Dangi berumur 75 tahun.

Selepas jatuh sakit, Dangi dimasukkan ke Lyndon B. Johnson Tropical Medical Centre di Pago Pago, kepulauan Samoa dan menghembuskan nafas terakhir pada tengah hari Jumaat, kata Guragain.    

“Saya amat sedih dengan kematiannya.

“Pihak hospital berkenaan sedang menyediakan sijil kematian sebelum menyerahkan mayat Dangi kepada keluarga atau wakil mereka,” kata Guragain.

Selain menjadi lelaki terpendek, Dangi juga memegang rekod orang dewasa terpendek dunia yang pernah diukur.

Sumber : Sinar Harian

Tip - tip Penukaran matawang asing

ASSALAMUALAIKUM
 
 
Selamat berhujung minggu semua. Hari ini Michi nak sharekan tip -tip penukaran mata wang asing dek kerana Michi nak ke Thailand jadik nya Michi tukar siap - siap.
 
Dengan kegawatan ekonomi sekarang Ringgit Malaysia semakin jatuh tapi apakan daya duit mesti kena tukar jugakkan.He..he..he...Oleh kerana trip kali nie Michi ke Krabi (Thailand) maka mata wangnya adalah dalam BHAT.

 
 BHAT merupakan matawang bagi Negara Thailand. Untuk pengiraan matawang nie takde la susah korang cuma tambah 0 jer kat belakang. Kiranya agak-agak la.
 
 Example :-
 
1 bhat       =  RM0.10
 
10 bhat     = RM1
 
100 bhat   = RM10
 
1000 bhat = RM100
 
 
Untuk kiraan penukaran/ curency setakat 4/09/2015 boleh refer table dibawah ini.
 
 

Example 1 (Penukaran RM300 kepada BHAT) :-
 
RM300 / 11.89 (Selling) x 100 = 2,523 BHAT
 
 
Example 1 (Penukaran RM300 kepada USD) :-
 
RM300 / 4.26 (Selling) x 1       = 70.42 USD
 
 
Example 2 (Penukaran BHAT kepada RM) :-
 
2,500 BHAT x 11.87 (Buying) / 100    = RM296.75
 
Example 2 (Penukaran USD kepada RM) :-
 
70 USD x 4.26 (Buying) /1                   = RM298.20
 
Dengan sedikit penerangan ini diharap anda semua faham la yer.. Lagi satu Michi syorkan if nak lagi murah jangan membuat penukaran di money changer di bank, bukan ape harga rate nye lagi mahal berbanding kedai money changer yang lain..he..he..if sape yang gigih macam Michi, Michi akan round dulu cari kedai Money Changer yang paling murah.he..he..maksudnya murah (nilai selling) tersebut. Ini kerana harga currency tiap - tiap hari akan sentiasa berubah depend kepada ekonomi dunia.


Thursday, 3 September 2015

Pengalaman renew Passport di UTC Pudu Central

ASSALAMUALAIKUM

Salam Jumaat semua...hari nie Michi nak ceritakan pengalaman membuat passport dua hari lepas di UTC Pudu Central. Dulu pada 4 tahun yang lepas, Michi penah jugak buat passport tapi oleh kerana tak brape tahu sangat cawang yang mana dekat Michi pegi buat dekat Sri Rampai jauh gitu padahal rumah Michi dekat jer dengan cawangan di Kelana Jaya..he2

Kali nie nak memudahkan keje Michi pegi je ke UTC Pudu Central sebab dah alang-alang turun ke KL gitu kan. Sewaktu Michi sampai lebih kurang dalam pukul 11.30am gitu sebabnya lambat Michi singgah ke KL Central kejap sebab ada urusan yang perlu di selesaikan.


Oleh kerana Michi pegi hari Rabu Michi ingat takder lah ramai orang tapi nampaknya silap jugak la..sewaktu sampai ramai pulak orang tambah -tambah dah dekat tengahari so timing dah dekat nak lunch so mestilah ramai orang. Walaupun ramai tapi nampaknya prosess berjalan dengan cepat walaupun Michi dapat passport baru pada pukul 2pm baru siap..

Tapi urusannya sangat mudah gitu, just bawa diri ja. Gambar passport pulak mereka akan ambik gambar di kaunter jugak (undersport yer) macam dulu - dulu gigih la kena prepare gambar berukuran passport gitu.



Tapi bagi yang first time, pastikan anda membawa salinan surat beranak dan juga fotokopi Kad pengenalan sebagai backup. Dulu masa Michi pegi buat di Sri Rampai nasib baik bawa surat beranak kesnye sebab Michi di lahirkan di Sarawak jadi mereka ingat parent Michi orang Sarawak juga kerana prosesnya akan mengambil masa seminggu untuk verify dan untuk siapkan passport. Jadiknya Michi explaint la parent orang semenanjung jew, kedua - duanya orang Kedah. So dalam 2 jam baru passport siap gitu.Fuh...


Akhirnya, siap jugak passport Michi...fuh excited pulak gitue..harap - harap semuanya akan berjalan dengan lancar...Amin.....