Monday, 31 August 2015

Tip - tips sebelum ke luar negara Ala - ala Backpacker

ASSALAMUALAIKUM


Oleh kerana dalam masa lebih kurang 2 minggu lagi Michi akan ke overseas...ahaks padahal ke Thailand ja pun kan...gitu..keperluan mestilah amat dititik beratkan walaupun benda alah sekecil-kecilnya. Dibawah merupakan tip - tips ataupun check list yang perlu kawan - kawan sediakan sebelum ke overseas ya...

1) Passport

Okey yang ini amatlah penting ya. Kalau takde memang korang tak boleh keluar negara. Make sure check expired passport masing-masing. Harga passport terkini boleh check di bawah yer dan juga  refer sini KLIK  untuk keterangan lanjut.



2) Check list nama (blacklist)

Yang ini mestilah kena check terutamanya kepada peminjam - peminjam yang still ada hutang  dengan kerajaan ke ..ape- ape ke..KLIK SINI. Sebab kalau tak lepas you ollss yang rugi. Make sure before beli tiket check dulu status korang agar kemudian nanti x de la rasa kecewa gitu.

3) Pen

Yang ni bila sampai sesebuah negara mesti kena isi form. Pernah terjadi pada Michi dulu sewaktu travel ke Jogjakarta. Nasib ada bawak and share dengan member. Apa - apapun as a backup bawa jer satu.

4) International plug

Okey setiap negara, masing - masing ada kategorinya sendiri. Oleh kerana, Michi nak ke Thailand jadiknya bentuk plug tue macam gini yer. Jenis Negara Thailand ialah A,B & C ya. So if tak nak rugi dan sebagai backup Michi prefer better beli siap -siap sebelum fly.



5) Money Changer

Untuk penukaran duit, Michi prefer you olss tukar dulu siap - siap di sini kerana untuk memudahkan korang jugak kan.



6) Wet Tissue

Bagi Michi bendalah nie kena la spare jugak lah kan..kita tak tau tempat orang macamana. Tiba-tiba dibuatnya takde air susah korang jugak kan.



7) Maps

Yang nie depend pada you olls if kalau travel dalam satu tempat jer agak2 korang rasa macam boleh ingat sebab dah google kat internet so takperlulah. Tapi kalau yang travel 2 or 3 negara sekali travel ape salahnya beli as a backup. Bawah nie adalah kedudukan hotel yang member Michi tempah untuk penginapan nanti.



8) Booking penginapan

Yang nie wajib booking awal takut-takut last minute gamble tiba-tiba dibuatnya hotel full acaner tue kan tambah -tambah if time peak season. Lagipun booking awal korang boleh dapat price yang amat berpatutan dan jugak murah.

           a) List Agoda Hotel
           b) List Booking Hotel

9) Ubat - ubatan

Korang boleh ja bawa panadol, minyak balm or etc..etc..tambah - tambah yang mabuk laut tue bawa jugak ubat tahan mabuk (depend korang travel kemana).

10) Kasut & selipar

Pastikan korang memakai kasut yang sesuai if perjalanan yang jauh. Jangan pulak korang pakai high heel pulak noh...karang tak pasal - pasal mood travel hilang sebab kaki sakit. Yang pegi travel ke pantai or laut make sure spare satu sandle yang bersesuaian water proof gitu.

11) Sun glass

Ha..ha..yang ni depend pada you olls la..nak bawa boleh tak nak bawa pun boleh, okey.

12) Jajan or makanan

Kalau korang pegi travel tempat yang susah nak dapatkan makanan halal make sure bawa sedikit makan sebagai backup (maggi / biskut/ roti & etc etc) at least untuk mengalas perut ya.

So ini sahaja yang Michi dapat bagi tip - tip di harap dapat berguna untuk masa hadapan. Next entri sambung pulak ya..



Sunday, 30 August 2015

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke - 58

ASSALAMUALAIKUM

Kepada rakan - rakan sekelian yang berada jauh atau yang dekat. Sebelum terlambat Michi ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 58. Semoga kehidupan kita di Malaysia aman damai dan sejahtera selalu. Amin...




Oleh kerana Malaysia menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos 2015 yakni pada hari ini. Tema hari kemerdekaan pada tahun ini adalah Sehati Sejiwa, #SehatiSejiwa. Tema ini telah di umumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Di atas merupakan logo kemerdekaan bagi tahun 2015. LOGO ini juga  menampilkan bentuk hati dan didalamnya terdapat peta Malaysia.

#SehatiSejiwa melambangkan kesepaduan, kekitaan, kesefahaman dan kemanusian bagi seluruh rakyat Malaysia tak kira di mana mereka berada. Semangat  perpaduan itu, sentiasa wujud dalam diri mereka.

Saturday, 29 August 2015

2ND trip Backpacker

ASSALAMUALAIKUM

Yahoo...alhamdulilah sekarang Michi tengah menghitung hari nak ke luar negara. Ada rezeki juga kali nie. Walaupun dah lama nak gi jalan -jalan.

Last minute planning by kawan hiking Michi jugak Ms Bella thank Bella sebab ajak sama -sama walaupun kita gamble ja ala -ala trip backpacker gitu. Walaupun still Michi berasa was-was dengan keadaan pergolakkan di Thailand, insyallah harap -harap semuanya ok. Oppss kantoi sudah...

Ha2 kali nie Michi akan menyertai trip backpacker ke Krabi pulak. Memang dah lama Michi teringin nak pegi sini. Alang-alang dah orang ajak nasib baik Michi sempat dapat beli tiket murah pada bulan Mei hari tue.


Insyallah, ada kesempatan next entri Michi akan ceritakan pulak pasal preparation yang perlu ada sebelum ke luar negara ala - ala backpacker gitu.

Apabila Lipas bersarang di telinga

Di Beijing Doktor di wilayah Guangdong terkejut apabila menemui 26 lipas yang bersarang di dalam telinga seorang lelaki.
Lelaki dikenali sebagai Li, 19, mendapat rawatan selepas terasa gatal dan sakit pada telinga kanannya ketika tidur.

Doktor yang memeriksa telinganya terkejut menemui puluhan serangga kecil di dalamnya dan percaya lipas betina menghuni organ itu sejak beberapa minggu lalu sebelum bertelur di situ.
Dr Yang Jing dari Hospital Chang’an Xiaobian di Dongguan berkata: “Kami melihat objek berbentuk serangga melitupi liang telinganya sepenuhnya lalu mengeluarkan lipas itu.
“Pemeriksaan lanjut menemui 25 anak lipas.”
Menurutnya, secara keseluruhan doktor mengeluarkan 26 lipas merangkumi ‘ibu’ dengan 25 anak lipas sebesar nyamuk kecil.


Lipas antara serangga paling tahan lasak dan ada spesies mampu hidup beberapa bulan dengan hanya sumber terhad.
Serangga itu gemarkan tempat gelap serta panas, sama seperti liang telinga manusia.

Sumber : Harian Metro

Bukit Saga & Bukit Apek with Bella

ASSALAMUALAIKUM SEMUA

Waduh sudah lama Michi tidak berkesempatan untuk menulis blog. Nak katakan busy tidak lah juga tetapi disebabkan penyakit M***S yang banyak sangat akhirya sunyi sepi jer blog Michi nie..he3.

Okey, entry kali nie Michi nak bercerita sedikit sebanyak pengalaman Michi menaiki Bukit Saga bersama sahabat hiking Michi Ms Bella. Oleh kerana Michi hanya bercuti pada hari Rabu, tiba - tiba sahabat Michi ajak naik Bukit Saga last minute punya planning kerana kebetulan beliau jugak cuti pada hari tersebut. Apa lagi Michi pun ok sahaja lah ( tapi dalam hati cuak habis) ha3 sebabnya Michi dah lama tak hiking takut jugak la badan nie krem sana & krem sini tak ke naya nanti. Tapi Michi tawakal ja lah.


Sebenarnya, Michi dan Bella penah naik Bukit Saga nie dulu tapi hanya sampai peak sahaja, kami juga diberitahu jika meneruskan perjalanan lagi boleh pergi ke waterfall tetapi oleh kerana kesuntukkan masa sebab Bella akan pulang ke Batu Pahat jadi kami hanya naik sampai di peak sahaja (ini kisah 2 or 3 tahun lepas).

Al kisahnya, oleh kerana rumah kami berdekatan sebelah Cheras jadi kami deside untuk mengikut laluan yang kami pernah naik dahulu iaitu ikut Bukit Apek trekking melalui Batu 9 Hulu Langat  melalui Tman Ceupec, Venice Hill dan Cheras Awana. Sebab Michi tak penah naik sebelah Ampang jadi tak tau la jalan, Bella pulak katanya lupa jalan..hik..hik..

Sewaktu memulakan pendakian, cuaca agak berjerebu sikit tetapi kami bernasib baik cuaca hanya mendung sahaja dan tidak terlalu panas. Selepas melepasi bukit yang pertama alangkah terkejutnya Michi apabila tanah dikawasan Bukit tersebut habis ditarah oleh jentera - jentera berat, sedih mata memandang.


Pemandangan ketika hendak mendaki bukit



Pemandangan ketika berada di atas bukit

Kami meneruskan perjalanan sehingga ke peak, alhamdulilah walaupun Michi sedikit semput tapi still lagi boleh bergerak..he3..walaupun mendaki hari biasa tetapi ramai jugak yang mendaki Bukit Saga.


Ini gambar ketika berada di peak.Alhamdulilah walaupun ramai orang mendaki tetapi kebersihan tetap dijaga.

Sebenarnya, selum sampai ke waterfall kami dah terlajak turun ke section 3A dimana kami telah turun ke bawah lagi. Tetapi, kami bernasib baik apabila ada ramai orang dikawasan tersebut dan sempat bertanya kedudukkan  laluan yang perlu kami ambik untuk ke waterfall.

Kami diberitahu, laluan ke waterfall sudah terlepas jadiknya kami kena berpatah balik semula. Tapi bila diamati balik peta yang dilukiskan di section 3A memang kami tersasar dari laluan. Hu3..dugaan...kami terpaksa berpatah balik semula keatas dan mendaki balik semula. Mujurlah perjalan tak sampai dalam 30 minit.



Akhirnya, kami sampai di waterfall, walaupun sekali lagi kami tersilap memilih jalan ke waterfall sebabnya kami diberitahu ada 2 jalan untuk ke waterfall tapi kami memilih untuk turun kebawah terus kerana tidak mengetahui yang mana satu jalan yang betul. Tada..nie picture air kat waterfall yang sempat Michi ambik rasa tenang sahaja melihat air jernih turun melalui batu-batu.Ini waterfall tidak boleh mandi ya kerana tiada kawasan untuk mandi, berkemungkinan sebenar - benar waterfall yang dimaksudkan adalah laluan yang kekiri.






Ha2 nie minah mana nie..budget menikmati keindahan alam..kih..kih

Kami bertolak pulang pada pukul 11.45 pagi dan sampai betul di stating point sewaktu azan Zohor.
Alhamdulilah, walaupun berdua sahaja tetapi hasrat kami tercapai jugak untuk ke waterfall. Insyallah next time boleh pegi lagi kemungkinan boleh ikut Ampang pulak kan.