Thursday, 14 May 2015

Pulut mangga Ala Thai bersama sambal bilis

Sebenarnya dua /tiga minggu lepas Michi selalu search pasal buah - buahan tempatan yang bermusim sekarang. Akhirnya buah mangga Harumanis yang menjadi pilihan.



Oleh kerana musim buah ini diantara hujung bulan April - awal bulan Jun, dan Michi teringin nak makan member Michi telah membeli melalui order online lebih kurang 3 KG jugak la..itupun Michi diberitahu setelah buah baru ja sampai melalui kurier. Cayalah En Saiful...

Tima kasih to en Saiful..ahaks..


Wah dah alang -alang dah sampai apa lagi. Besoknya pagi- pagi Michi ber tukang dekat dapur nak siapkan resepi nie..Alhamdulilah menjadi..ngeh..ngeh..Maaflah lah ye..gambar tengah masak takde sebab x sempat nak snap picture.

Lagipun Michi busy nak bersiap ke tempat kerja lagi. So agak kalut sikit la.

Hidangan untuk 6 -7 orang makan :

Bahan - bahan yang diperlukan:

Resepi A - Pulut 

Beras Pulut (Michi guna brand FLORAL - 1KG)
1 cawan santan pekat  (basuh dan toskan sekurang - kurangnya dua jam)
Sedikit gram
Sedikit gula

Resepi B - Kuah Santan

1 cawan santan pekat
2 sudu tepung jagung (pekatkan kuah)
2 sudu besar gula (terpulang nak letak lebih @ kurang)
Daun pandan (untuk wangian kuah)

Resepi C - Sambal bilis

20 tangkai cili kering*
2 biji bawang besar*
4 biji bawang putih*
Ikan bilis
Sedikit minyak masak
Sedikit air asam jaya
Garam
Gula

Cara -cara memasak:

1) Kukus pulut 10 - 20 minit sehingga masak. Sementara pulut tengah dikukus panaskan 1 cawan santan pekat bersama sedikit garam dan gula dengan api yang perlahan sehingga pecah minyak.

2) Angkat pulut kedalam bekas yang lain dan campurkan bersama - sama santan yang dipanaskan tadi dan gaul sehingga sekata supaya pulut nampak lebih bersinar.

3) Pastikan pulut dikaul rata dengan santan dan kukus semula pulut tersebut. Setelah masak bolehlah api ditutup.

4) Bahan - bahan B, panaskan santan bersama bancuhan tepung jagung dan juga daun pandan (wangian). Perasakan dengan gula (depend pada selera nak manis atau pun tidak sebabnya buah mangga pun dah manis). Pastikan kuah dikacau sehingga menjadi pekat dan bolehlah di tutup api

5) Bahan - bahan C (*) di kisar halus. Masukkan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar tadi sehingga pecah minyak.

6) Masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula.

7) Masukkan ikan bilis dan masak sehingga kuah menjadi pekat.

8) Buah mangga dikupas dah sedia dihidang mengikut citarasa masing - masing.


No comments:

Post a Comment