Saturday, 16 May 2015

Melahap di Penyet Express IOI Putrajaya

Assalamualakum you olss...aik camner pulak Michi terfikir nak buat tajuk entri cam tue yer..ha2...oklah direct to the point jer lah yer..

Semalam Michi pegi IOI Putrajaya sesaja jalan - jalan degan somebody nie..kiranya nie kali ke -2 la dengan orang nie..he2  Michi panggil dia An jer..konon - konon satu hari nie dia akan belanja Michi la kan sempena ape? nanti Michi akan ceritakan pada next entri yer...

Selepas berdansa sekejap, eh berdansa pulak..ha3...lepas main ais keating kat IOI Putraya perut pun dah terasa lapar bebenor..oleh kerana sebelum nie Michi penah makan dekat foodcourt level paling atas Michi rasa macam x best la pulak sedap kurang sedap.

Jadiknya, Michi ajak si An nie gi makan dekat Express Penyet. Alang - alang dah teringin nak makan ayam penyet kitaorang pun pegi ja la makan kat situ.


Antara menu - menu yang disediakan.


Nie set Michi pilih Set C Lele Penyet (Catfish) / si An pulak order Set A Ayam Penyet (Chicken). Picture before makan yer.


Nie air Milo Dinasour and Happy Soda (tak pastila pulak kenapa nama air letak nama macam tue)


Nie picture after makan..nampak tak betapa pelahapnyer Michi..lincin makan sedap sampai menjilat jari...OMG (tak buat ok..kat rumah jer boleh buat) ha..ha.. Si An pon ckap kata sedap.


Harga nie ha tengok resit, bagi Michi untuk dua orang oklah berbaloi - baloi lagipun memang sedap pun..



Kat mana nak cari? nie Michi sertakan alamat dan juga cawangan - cawangnya. 

Michi bagi rate 9/10 bintang. Kepada sesaper yang berjalan di IOI Mall boleh la singgah yer..tak rugi pun mencuba.Thank to An sebab belanja makan lunch kali nie...la..la..la..

No comments:

Post a Comment