Monday, 18 May 2015

Kembung goreng masak taucu

Assalamualaikum semua.. hari nie x de ape nak diceritakan, cuma kali ni Michi nak postkan resepi Ikan kembung masak taucu yang Michi sediakan semalam ya.

Punyalah teringin nak makan lepas balik jer dari kerja terus pegi kedai dekat rumah Michi..
Fuh nasib tak tutup lagik..he..he..

Bahan - bahan :

3 ikan kembung sederhana (1 - 2 orang)
sedikit garam
sedikit gula
sedikit serbuk kunyit
1 paket taucu
6 biji cili api (cabai melaka) - diketuk
1 biji bawang besar (Holland / Bombay)
2 biji bawang putih - cincang halus
1 sudu besar tepung jagung
sedikit daun bawang  - hiasan
sedikit minyak masak
sedikit lobak merah (saja Michi letak) - dihiris memanjang
sedikit air (untuk kuah)

Cara -cara :

1) Siang ikan kembung macam biasa ya. Masukkan sedikit garam dan serbuk kunyit dan gaulkan bersama. Goreng sehingga garing dan ketepikan.

2) Gunakan semula minyak yang digorengkan ikan tadi, kalau rasa banyak boleh kurangkan. tumiskan bawang putih yang dicincang halus sehingga naik bau dan masukkan pes taucu.

3) Selepas sebati, masukkan lobak merah dan sedikit air & sedikit bancuhan tepung jagung, kemudian masukkan bawang besar yang dipotong (dibelah enam). Masukkan juga cili padi yang diketuk. Perasakan jugak dengan garam dan gula.

* Di ingatkan gram jagan terlalu banyak ya kerana taucu juga berasa masin. Jadik pandai - pandai lah agak- agak ya.

4) Panaskan sehingga mendidih, terpulang kepada anda untuk lebihkan kuah atau tidak tapi Michi bagi keringkan sikit kuahnya. Angkat dan terus curahkan ke atas ikan kembung yang digoreng tadi..

5) Hiaskan dengan menabur daun bawang.


Dan hasilnya ....


Tadaa....memang sedap...Oleh kerana Michi tengah diet nasi. Michi cuma ratah jer la..he..he..






No comments:

Post a Comment