Thursday, 21 May 2015

Hotel terbesar di Tanah Suci


Di Jeddah, sebuah hotel yang dijangka terbesar di dunia yang meliputi 10,000 bilik , 70 restoran, pusat membeli - belah dan juga dilengkapi helipad akan dibina di bandar Suci Mekah...alhamdulilah..nampaknya selepas ini banyak lah kemudahan yang disediakan. Diharap, dapatlah memudahkan jemaah - jemah haji pada akan datang.

Projek AS$3.5 bilion (RM13 billion) ini dijangka siap dalam tempoh dua tahun. Hotel yang akan dinamakan Abraj Kudai ini dirancang dibina dikawasan seluas 291,000 meter persegi. Ia juga akan mempunyai suite diraja , surau dan pusat konvensyen di 12 menara berasingan. Tumpuan utama hotel itu ialah kubah utama yang dijangka terbesar dan tertinggi di dunia. Disebabkan tapak hotel ini hanya 1.6 km dari Masjidil Haram, ia dijangka menempatkan jutaam jemaah.

Namun, bagi tetamu yang ingin menginap disini, mereka haruslah memiliki akaun bank yang kukuh kerana sasaran hotel itu adakah golongan yang mampu tinggal di hotel empat bintang di 10 menara dan lima bintang di dua lagi menara. Nampaknya hotel sebegini khas direka untuk orang berkemampuan ja la yer...

Dari segi seni bina, Abraj Kudai kelihatan mirip bagunan 1930 -an. Areen Hospitality yang berpusat di London, diberi kepercayaan untuk mereka bahagian dalamanya.


Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment