Monday, 18 May 2015

Drama Hidupku, Solatku Matiku

Pada hari malam Sabtu yang lepas, semasa Michi rehat -rehat gitu tiba - tiba housemate Michi baru balik dari kerja bergegas kat TV tukar ke channel Astro Maya HD.

Terkejut jugak Michi, ingatkan nak buat ape rupanya memang dia kejar balik sebab nak tengok satu telemovie nie. Sebelum nie memang Michi ada perasan  iklan untuk telemovie nie maklumlah pelakonya hebat - hebat jugaklah. Jadi Michi tak kisah pun dan sama- sama layan sekali tengok drama nie.


Nie sinopsisnya ; 

Hidupku Solatku Matiku itu menyingkap keperitan hidup dialami oleh Nordin iaiatu watak Sharnaaz dengan tabah. Penyakit kustanya membuatkannya dihina oleh orang kampung.

Sejak dari itu, solat menjadi perisainya. Solat sunat pula menjadi penawarnya bilamana ihsan hati jemaah kampung sebelah tanpa prejudis membenarkannya menjadi sebahagian jemaah mereka.

Bukan itu sahaja, Nordin diuji diberi isteri seperti Lela yang kerap menggegarkan ‘tiang arash’. Namun segalanya ditempuh dengan rela. 


Habis jer telemovie nie, beria - ria air mata Michi mengalir. Sedih - sedih sangat sampai terasa di kalbu sebabnya si Nordin (Sharnaz Ahmad) nie meninggal dunia di masjid tanpa sempat isterinya meminta taubat (Fasha Sandha)..Allahuakbar...lakonan adik Puteri Balqish pun tak kurang hebatnya sebabnye berlakon sebagai anak yang cacat.

Good job kepada pengarah & penerbit yang menerbitkan cerita sebegini, kerana boleh dijadikan iktibar pada yang sesiapa di luar sana.




No comments:

Post a Comment