Sunday, 10 May 2015

Beruang berjalan seperti manusia

Vientiane (Laos): Seekor beruang yang suka berdiri dan berjalan seperti manusia kini menjadi tarikan di sebuah pusat perlindungan haiwan di sini.
Beruang itu juga popular di Internet selepas seorang pengunjung memuat naik video haiwan itu berjalan di laman perkongsian video YouTube.
Seorang pengunjung yang juga doktor haiwan, Eliza Jinata berkata, dia sangat terkejut dan kagum melihat beruang itu berdiri seperti manusia.
Katanya, haiwan itu tidak suka merangkak seperti beruang lain dan lebih gemar meniru pergerakan manusia.


“Kali pertama datang ke pusat perlindungan ini saya sangat terkejut melihat kelakuan beruang itu.
“Pada mulanya saya menyangka haiwan itu manusia yang memakai kostum beruang,” katanya.
Ujarnya, pekerja pusat perlindungan memberitahu beruang itu diselamatkan dari sebuah ladang selepas ia dikurung sejak kecil.
“Selepas dibawa ke pusat perlindungan ini, beruang itu selalu berdiri untuk mengambil makanan yang diberikan oleh pelawat.
“Kerana sudah biasa berdiri, beruang itu tidak mahu lagi merangkak.
“Beruang itu juga biasa bertemu dengan manusia sehingga ia meniru pergerakkan mereka,” jelasnya.
Menurutnya, beruang liar biasanya akan berdiri untuk menghidu dan melihat dengan lebih jauh sebelum kembali merangkak seperti biasa.

Summary : Wah dasyat-dasyat nie..jarang Michi dekat binatang boleh berjalan seperti manusia. Tapi bila difikirkan maybe boleh jadik jugak sebabnya bila manusia selalu bagi makanan binatang akan berdiri tepi pagar lama-lama akan jadi habit kan...so percayalah...

 Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment