Friday, 29 May 2015

Cara manual menghilangkan "whitehead" dan "blackhead" menggunakan telur

Assalamualaikum semua, actually sepatutnya post kali nie Michi buat pada 2 hari lepas tetapi memandangkan sibuk sikit so baru sempat hari nie untuk post. Hari Rabu yang lepas merupakan rest day Michi, tersangat lah boring tiba - tiba Michi terasa nak pakai mask apa lagi dalam peti ais ada lagi telur ayam so makanya jadilah Michi buat mask sorang - sorang.

Ok kali nie Michi just nak bagi petua untuk hilangkan "whitehead" dan juga "blackhead". Ternyata petua nie sangat menjadi okey. Tetapi sebelum tue sedikit info mengenai : -



WHITEHEAD 

Nama perubatan di sebut Closed Comedo. ia adalah jerawat yang terdiri daripada minyak dan kulit serum mati dan tersumbat di liang pori - pori muka. Ia boleh ditakrifkan sebagai sesuatu yang kecil, tompok  putih yang terbentuk di dalam kulit dimana sel-sel kulit tersumbat dan menutup folikel rambut (sebab itu is dipanggil Closed Comedo).

BLACKHEAD

Nama perubatan di sebut Open Comedo. Ia adalah lebihan minyak dan kulit yang terkumpul pada kelenjar 'Sebaceous'. Pengoksidaan akan berlaku apabila terdedah kepada udara, tindak balas ini menyebabkan warna hitam lebihan minyak tersebut bertukar menjadi hitam. Oleh sebab itu, hanya bahagian atas saja yang berwarna hitam.

Mula - mula korang semua kena la sediakan barang - barangya dulu ya :

1) Sebiji telur diambil putihnya sahaja
2) Kapas muka yg berbentuk segiempat
3) Gunting


cara - caranya, sebelum membuat proses ini pastikan muka dicuci dan dibasuh dengan air suam supaya liang - liang terbuka sedikit. Selepas itu barulah ambik kapas putih letak kan putih telur dah terus tampal ke muka. Seelok - eloknya boleh menggunakan gunting untuk potongkan kapas supaya menjadi kecil.


Alahai muka ku dah macam pakai topeng muka dah nie..pastikan semua muka dilitupi degan kapas putih ya. Jangan main cincai - cincai nanti muka berkedut. Time nie korang kena la rehatkan diri jangan gelak - gelak dan bercakap. Karang  berkedut pulak muka ya...tunggu sehingga betul - betul kering ya.

Jeng - jeng...


Ini topeng mask Michi selepas ditarik dan hasilnya ..



Nampak tak tue..kan dah keluar mencanak tue...terbukti memang berkesan...


Lagi gambar....


Lagi gambar...



hu2 heppy nya Michi...sekurang- kurangnya menggunakan cara manual takde la banyak kos yang dikeluarkan..dan ternyata terbukti berkesan.

*  Tetapi if si pemakai merasakan mukanya terasa gatal better jangan try sebab sesetengah muka orang mempunyai alah pada telur. So up to you ja lah. Pastikan selepas menggunakan mask ini bilas muka dengan air dan gunakan pelembab muka agar muka tidak nampak kering dan kusam.

* Apply dalam 2 minggu sekali sahaja



Monday, 25 May 2015

Lunch At The Manhattan FISH MARKET ( e-curve )

Assalamualaikum semua...kali nie Michi nak post pasal makana di The Manhattan FISH MARKET.

Michi bukanlah sangat pengemar makanan barat but if once dah teringin tambah pulak ada promotion why not try kan..


Ok bermula semalam sehingga hari ini (25 May - 26 May) The Mahanttan FISH Maket mengadakan promosi untuk set nya. Jadi semalam Michi pun try la.Kali nie Michi cuma order Fried ikan Dory.Not bad, sedap jugak...Untuk lebih lanjut boleh la gi websitenye The Manhattan FISH MARKET.



Set Fried FIsh Dory (nie portion nye banyak and Michi rasa puas hati harga pun murah RM6.99) not include GST ya with GST dalam RM7.41


Harga boleh refer sini dan juga ada beberapa add on if yang kamu suka.


Member Michi order Salmon grilled but tekak Michi tak rasa nak boleh masuk sebab still lagi ada bau hanyir ikan


Ini pilihan air yang boleh dipilih ya. Terpulang pada tekak masing - masing.


Pilihan Michi semalam adalah Brooklyn SUNSET, tengok picture kat nie okeyy...


More picture..


Nie after Michi makan...nampak tak licin giler nampak sangat daku seorang yang pelahap ha..ha...

Apa-apa pun jom cepat - cepat gi The Mahanttan FISH MARKET yang berdekatan dengan anda secepat mungkin kerana hari ini adalah last promotion ya.




Sunday, 24 May 2015

Hot Water Beg with Magnet..i like it..

Assalamulaikum semua... ok kali nie Michi takde ape nak bercerita cuma tiba-tiba jer nak post satu barang nie...

Baru -baru nie Michi telah meminta kawan Michi untuk belikan Hot Water Bag with Magnet ataupun dikenali sebagai Electrik Bantal Panas Bermagnet. Michi dah lama usha kawan Michi nie guna dan tiba-tiba rasa nak guna juga la kan...

Mana tak nye hari -hari kerje dalam aircond, boleh beku rasanya..guna bantal nie rasa la suam-suam panas sikit kan...



Kelebihan :-

1) Menggalakkan aliran darah, membuang angin dan lain kotoran di darah dan ini akan    menggalakkan pembaikan tisu otot dengan lebih cepat.
2) Melegakan otot letih.
3) Melegakan sakit seperti artritis, otot ketat, senggugut, sakit belakang, bahu, leher dan sakit otot-  otot lain di badan.

* Saiz bantal dalm 6 x 8 x 28cm berat 1.5 KG.
* Harga yang member Michi beli dalam RM30 (untuk regular customer lah) / harga betul dalam       RM38 (boleh di runding) - kat luar tak pasti maybe boleh dapat lagi murah.
* Member Michi beli di IPC level 2 kedai kecik ja berhadapan POPULAR Bookstore.

Semenjak menggunakan bantal nie, alhamdulilah tidur lena jer Michi dan jugak tak berenggang langsung..he..he..oklah kan..lagipun harga mampu milik. Warranty pulak member Michi cakap dalam 3 bulan tapi kena make sure resit kenalah simpan ye.


Dapat sarung bantal, cable untuk charge.


Thursday, 21 May 2015

Resepi simple Fettuccine Carbonara cremy

Alahai...mulut Michi nie..ada jer teringin nak makan sesuatu kali nie. Memandang kan semalam Michi rest day Michi keluar pergi tengok wayang sesorang..almaklumlah bujang layan sorang - sorang pun boleh jadi...pegi mana? jeng jeng..mana lagi kalau bukan Paradigm Mall jew...paling dekat dengan rumah dan yang penting mudah jew nak parking okey.

Next cerita...ok nie bahan - bahan yang Michi usha dekat Tesco yer youolls...dekat hujung - hujung bulan nie dengan budget yang ciput Michi cuma guna bahan - bahan nie jer..kata nak sempoi kan,,,

Bahan - bahan :

1 balang kaca sos Prego Carbonara Cendawan (tengah sale dalam rm6 camtu)
1 packet Fettuccini (jenama kimball dalm rm3 camtu)
1 packet hotdog ayamas (dalm rm3 camtu)
sedikit lada hitam
3 helai daun bay (nie sesaja testing beli yang kering satu packet dalm rm2 jew)
1 ulas bwang putih
1 biji bawang besar bombay
minyak masak or olive oil (Michi guna olive oil)
garam & gula


Cara -cara :

1) Panaskan air dan rebus spageti fettuccine sehingga kembang & toskan.

2) Panaskan kuali, masukkan sedikit olive oil, tumiskan bawang putih dah bawang besar Bombay sehingga layu.

3) Kemudian, masukkan daun bay dan juga hotdog yg dipotong nipis - nipis..tumis agak - agak hotdong macam garing sikit.

4) Masukkan sos Prego Carbonara, satu cawan air (agak -agak nak cair or pekat) kemudian masukkan lada hitam dan perasakan degan gram or gula. Kacau sehingga mendidih dan tutup kan api. Siap untuk dihidangkan.


Tadaa.. Michi siap tapau bawa ke tempat keje untuk lunch...

Hotel terbesar di Tanah Suci


Di Jeddah, sebuah hotel yang dijangka terbesar di dunia yang meliputi 10,000 bilik , 70 restoran, pusat membeli - belah dan juga dilengkapi helipad akan dibina di bandar Suci Mekah...alhamdulilah..nampaknya selepas ini banyak lah kemudahan yang disediakan. Diharap, dapatlah memudahkan jemaah - jemah haji pada akan datang.

Projek AS$3.5 bilion (RM13 billion) ini dijangka siap dalam tempoh dua tahun. Hotel yang akan dinamakan Abraj Kudai ini dirancang dibina dikawasan seluas 291,000 meter persegi. Ia juga akan mempunyai suite diraja , surau dan pusat konvensyen di 12 menara berasingan. Tumpuan utama hotel itu ialah kubah utama yang dijangka terbesar dan tertinggi di dunia. Disebabkan tapak hotel ini hanya 1.6 km dari Masjidil Haram, ia dijangka menempatkan jutaam jemaah.

Namun, bagi tetamu yang ingin menginap disini, mereka haruslah memiliki akaun bank yang kukuh kerana sasaran hotel itu adakah golongan yang mampu tinggal di hotel empat bintang di 10 menara dan lima bintang di dua lagi menara. Nampaknya hotel sebegini khas direka untuk orang berkemampuan ja la yer...

Dari segi seni bina, Abraj Kudai kelihatan mirip bagunan 1930 -an. Areen Hospitality yang berpusat di London, diberi kepercayaan untuk mereka bahagian dalamanya.


Sumber : Harian Metro

Rezeki ke 2 mangga harumanis

Malam Selasa yang lepas, selepas balik dari keje la kiranya memandangkan esoknya restday, Michi dok kemas - kemas la bilik. Itu jerlah keje Michi lagi dasyat kalau penyakit MALAS datang seminggu sekali jer kemas bilik..ish..ishh idok la gitu... sebenarnya hari - hari Michi kemas.
Takkan nak jadi gurl - gurl macam tu kot...ieew...paham - paham sendiri jer la you olss..

Tiba - tiba...jeng..jeng..alamak angah call la pulak..cuak nie..ish..ish apehal la plak tiba - tiba call memalam pulak nie..tak penah - penah nak call tiba-tiba call mengejut..ehem Michi pun angkat la phone baru jer bagi salam terus angah tanya tengah buat ape? bz tak? ada kat rumah tak? ok dalam masa 10minit angah sampai..pap..trus letak tepon tak sempat nak tanya da....

Korang jangan risau k....nie bukan pakwe Michi @ boy friend yer....angah nie a.ka abang aku yang number 2...ha..ha..

selepas 10 minit....



Angah call...ok arahan diterima kena turun kebawah sekarang maklumlah Michi nie dok flat jer..hari-hari naik turun tangga ja...

Ghupa - ghupanya rezeki aku malam nie...alhamdulilah  ..thank you angah..love you..muuuahha..kerana teringatkan adikmu perempuan yang sorang nie..kui..kui...


Michi dapat 3 biji mangga Harumanis


Nie yang kena kupas malam tue jugak..nyum-nyum sedap...



Okey kepada penggemar buah Mangga Harumanis nie minggu ini Mara telah mengadakan Karnival Jualan & Pameran Harumanis @ KL di Medan Mara pada 20 hingga 22 Mei 2015. Jom apa lagi marilah kita pergi serbu....











Monday, 18 May 2015

Drama Hidupku, Solatku Matiku

Pada hari malam Sabtu yang lepas, semasa Michi rehat -rehat gitu tiba - tiba housemate Michi baru balik dari kerja bergegas kat TV tukar ke channel Astro Maya HD.

Terkejut jugak Michi, ingatkan nak buat ape rupanya memang dia kejar balik sebab nak tengok satu telemovie nie. Sebelum nie memang Michi ada perasan  iklan untuk telemovie nie maklumlah pelakonya hebat - hebat jugaklah. Jadi Michi tak kisah pun dan sama- sama layan sekali tengok drama nie.


Nie sinopsisnya ; 

Hidupku Solatku Matiku itu menyingkap keperitan hidup dialami oleh Nordin iaiatu watak Sharnaaz dengan tabah. Penyakit kustanya membuatkannya dihina oleh orang kampung.

Sejak dari itu, solat menjadi perisainya. Solat sunat pula menjadi penawarnya bilamana ihsan hati jemaah kampung sebelah tanpa prejudis membenarkannya menjadi sebahagian jemaah mereka.

Bukan itu sahaja, Nordin diuji diberi isteri seperti Lela yang kerap menggegarkan ‘tiang arash’. Namun segalanya ditempuh dengan rela. 


Habis jer telemovie nie, beria - ria air mata Michi mengalir. Sedih - sedih sangat sampai terasa di kalbu sebabnya si Nordin (Sharnaz Ahmad) nie meninggal dunia di masjid tanpa sempat isterinya meminta taubat (Fasha Sandha)..Allahuakbar...lakonan adik Puteri Balqish pun tak kurang hebatnya sebabnye berlakon sebagai anak yang cacat.

Good job kepada pengarah & penerbit yang menerbitkan cerita sebegini, kerana boleh dijadikan iktibar pada yang sesiapa di luar sana.




Kembung goreng masak taucu

Assalamualaikum semua.. hari nie x de ape nak diceritakan, cuma kali ni Michi nak postkan resepi Ikan kembung masak taucu yang Michi sediakan semalam ya.

Punyalah teringin nak makan lepas balik jer dari kerja terus pegi kedai dekat rumah Michi..
Fuh nasib tak tutup lagik..he..he..

Bahan - bahan :

3 ikan kembung sederhana (1 - 2 orang)
sedikit garam
sedikit gula
sedikit serbuk kunyit
1 paket taucu
6 biji cili api (cabai melaka) - diketuk
1 biji bawang besar (Holland / Bombay)
2 biji bawang putih - cincang halus
1 sudu besar tepung jagung
sedikit daun bawang  - hiasan
sedikit minyak masak
sedikit lobak merah (saja Michi letak) - dihiris memanjang
sedikit air (untuk kuah)

Cara -cara :

1) Siang ikan kembung macam biasa ya. Masukkan sedikit garam dan serbuk kunyit dan gaulkan bersama. Goreng sehingga garing dan ketepikan.

2) Gunakan semula minyak yang digorengkan ikan tadi, kalau rasa banyak boleh kurangkan. tumiskan bawang putih yang dicincang halus sehingga naik bau dan masukkan pes taucu.

3) Selepas sebati, masukkan lobak merah dan sedikit air & sedikit bancuhan tepung jagung, kemudian masukkan bawang besar yang dipotong (dibelah enam). Masukkan juga cili padi yang diketuk. Perasakan jugak dengan garam dan gula.

* Di ingatkan gram jagan terlalu banyak ya kerana taucu juga berasa masin. Jadik pandai - pandai lah agak- agak ya.

4) Panaskan sehingga mendidih, terpulang kepada anda untuk lebihkan kuah atau tidak tapi Michi bagi keringkan sikit kuahnya. Angkat dan terus curahkan ke atas ikan kembung yang digoreng tadi..

5) Hiaskan dengan menabur daun bawang.


Dan hasilnya ....


Tadaa....memang sedap...Oleh kerana Michi tengah diet nasi. Michi cuma ratah jer la..he..he..






Sunday, 17 May 2015

Birthday girl today

Yahoo...today is my birthday..erk yang ke berape yer..malu..actually yang ke -28...ahaks dah nak hampir 3 series rupanya ya.

For this time, Michi memang takder pun sambut besday secara besar -besaran pun, if ada pun kawan - kawan akan belikan sebiji kek ataupun ajak lepak makan - makan..Michi cuma merasa sambut besday bila Michi start study di Selangor and KL sahaja. Maklumlah orang kampung memang bab - bab sambut besday nie takde dalam list.


Sekadar dapat wish ja daripada kawan - kawan atau family, tapi Michi bersyukur sangat - sangat sebabnya masa zaman study dulu memang kawan - kawan sanggup sambut besday belikan sebiji kek dan kongsi bersama - sama. Setiap yang mana sebulan tue ada dua @ 3 orang yang sama bulan kitaorang akan pilih satu hari dan sambut sama -sama.

Memang sangat indah masa tue kan....

Semalam Michi tak sangka ada orang tue nak kasi hadiah. Memang happy sangat - sangat lah..sebabnya Michi bukannya jenis memilih hadiah tambah - tambah meminta.Tapi dah orang nak belanja Michi pilih jer la yang berkenan di hati....ngeh..ngeh..


Tadaaa...cantik kan..ahaks puji hadiah sendiri...bagi Michi walaupun sekecil / sebesar / semurah @ semahal valuenya sangat tinggi...dapat pulak daripada orang yang kita sayang pulak tue kan ...so hargai lah yer kawan -kawan..Terima Kasih An..


Michi memang gemar bracelet berantai macam nie berbanding gelang yang besar.


So kepada kawan - kawan yang wish dekat FB ker / wassup ker. Terima kasih banyak-banyak ya....Semoga kalian berbahagia selalu...


Saturday, 16 May 2015

SEGMEN : blogwalking sebelum Ramadhan bersama Ayuinsyirah



Wah..segmen untuk Ramadhan sudah dibuka daripada Cikgu Ayu..marilah sama - sama kita join untuk mengeratkan silaturrahim date tamat sebelum 8/6/2015 ya.. sebelum 10pm.

Enjoy di Icescape Ice Rink (IOI Putrajaya)

Wah....nervous - nervous. Setelah sekian lama teringin nak main ice sketing akhirnya si An nie ajak main. Alang - alang ajak main dengan relanya main ja la..bukan ape Michi rasa dah tua sangat nak main benda - benda gini (ha2 budget dah tua ya). Mana taknya yang ramai dok luncur - luncur terdiri daripada kanak - kanak dah remaja and budak Uni.

Oleh kerana minat dengan aktiviti macam gini, Michi rasa macam excited la pulak plus pulak ada orang nak belanja kan..


Nie picture kaunter tiket. Alamak terambil gambar couple nie la pulak..he2


Nie harga price untuk main aktiviti nie. If nak berjimat, Michi cadangkan lebih baik bawa sarung tangan sendiri if ada dan juga stokin siap - siap. Fuh nasib baik Michi ada bawa stokin..


 Nie kasut yang Michi dan si An pakai


Budak - budak sangat friendly. Michi rasa masa start nak luncur tue dah jatuh banyak kali sampai sakit bontot..ha2..ada budak siap tanya kakak ok ker siap tolong ajar lagik gitu..malu den bab jatuh pulak dah macam buah nangka la pulak..ha2..





Nie picture kasut Michi la ye..ha2 tetiba nak eksen sikit...



Apa - apun the best la..lain kali boleh ajak housemate main Ice Sketing nie lagi..

Melahap di Penyet Express IOI Putrajaya

Assalamualakum you olss...aik camner pulak Michi terfikir nak buat tajuk entri cam tue yer..ha2...oklah direct to the point jer lah yer..

Semalam Michi pegi IOI Putrajaya sesaja jalan - jalan degan somebody nie..kiranya nie kali ke -2 la dengan orang nie..he2  Michi panggil dia An jer..konon - konon satu hari nie dia akan belanja Michi la kan sempena ape? nanti Michi akan ceritakan pada next entri yer...

Selepas berdansa sekejap, eh berdansa pulak..ha3...lepas main ais keating kat IOI Putraya perut pun dah terasa lapar bebenor..oleh kerana sebelum nie Michi penah makan dekat foodcourt level paling atas Michi rasa macam x best la pulak sedap kurang sedap.

Jadiknya, Michi ajak si An nie gi makan dekat Express Penyet. Alang - alang dah teringin nak makan ayam penyet kitaorang pun pegi ja la makan kat situ.


Antara menu - menu yang disediakan.


Nie set Michi pilih Set C Lele Penyet (Catfish) / si An pulak order Set A Ayam Penyet (Chicken). Picture before makan yer.


Nie air Milo Dinasour and Happy Soda (tak pastila pulak kenapa nama air letak nama macam tue)


Nie picture after makan..nampak tak betapa pelahapnyer Michi..lincin makan sedap sampai menjilat jari...OMG (tak buat ok..kat rumah jer boleh buat) ha..ha.. Si An pon ckap kata sedap.


Harga nie ha tengok resit, bagi Michi untuk dua orang oklah berbaloi - baloi lagipun memang sedap pun..



Kat mana nak cari? nie Michi sertakan alamat dan juga cawangan - cawangnya. 

Michi bagi rate 9/10 bintang. Kepada sesaper yang berjalan di IOI Mall boleh la singgah yer..tak rugi pun mencuba.Thank to An sebab belanja makan lunch kali nie...la..la..la..