Thursday, 11 September 2014

Bank Negara lelong wang kertas

Berita terbaik kepada pengemar-pengemar wang kertas. Bank Negara Malaysia akan mengadakan jualan lelong wang kertas ringgit Malaysia siri istimewa pada 27 September 2014 (Sabtu) ini bertempat di Auditorium Sasana Kijang.



Tujuan jualan utama lelong ini adalah untuk memeberikan peluang sama rata kepada orang ramai untuk memperolehi wang kertas bernombor siri istimewa yang menjadi rebutan dan juga untuk mengalakkan minat dan pemahaman yang lebih baik tentang numistik di kalangan orang ramai.

Jom apa lagi marilah kita beramai-ramai melihat dengan lebih dekat lagi mengenai wang kertas ringgit Malaysia. Untuk maklumat lanjut bolehlah melayari laman web www.mnp.com.my

Sumber : Sinar Harian

Bayi 1 mata meninggal dunia

Beni Suef: Seorang bayi yang dilahirkan dengan satu mata dan hidung di dahi di sebuah hospital di Mesir namun meninggal dunia 15 minit selepas dilahirkan.



Menurut laporan akhbar tempatan semalam, bayi berkenaan dilahirkan secara pembedahan di sebuah hospital di bandar Beni Suef dan doktor menyifatkan ia sebagai kes yang amat jarang berlaku.

Di samping itu, akhbar tempatan semalam, melaporkan bayi berkenaan mempunyai satu mata di tengah-tengah mukanya dan hidung yang terkeluar seperti paku di atas mata berkenaan. - Agensi

Summary : Subahanallah...

Sumber : Harian Metro

Bapa bunuh 5 anak, buang mayat dalam beg sampah

Raleigh (Amerika Syarikat): Seorang bapa mengaku membunuh lima anaknya dan membuang mayat mereka dalam beg sampah di tepi jalan. Menurut jurucakap polis, Timothy Ray Jones, 32, mengaku melakukan pembunuhan terbabit dan membawa mereka ke tempat kejadian.

Kanak-kanak berkenaan yang berumur antara dua dan lapan tahun dilapor hilang oleh ibu mereka di rumah mereka di Carolina Selatan Isnin lalu. Mayat mereka ditemui disumbat ke dalam beg sampah kira-kira 80 kilometer di Alabama keesokannya.

Jones bagaimanapun tidak mendedahkan motif pembunuhan itu walaupun mengaku melakukannya kepada polis di Mississippi.

“Saya mempunyai dua anak dan saya tidak boleh bayangkan apa yang difikirkan oleh lelaki itu sewaktu melakuan perbuatan ini. Sungguh kejam,” kata jurucakap syerif Smith County, Charlie Crumpton. Jones berkongsi hak penjagaan anak bersama bekas isterinya.

Kini, bapa lima anak berkenaan dipenjara di Raleigh, Mississippi selepas ditahan Sabtu lalu atas kesalahan memandu ketika mabuk. Anggota polis yang memeriksa keretanya menemui bahan kimia yang digunakan untuk membuat dadah methamphetamine. Selain itu, cecair peluntur, asid hidroklorik, darah dan kemungkinan apa yang dipercayai cecair badan. - Agensi

Summary : Anak adalah permata, jagalah ia sebaiknya...

Sumber : Harian Metro

Lidah paling panjang

(Monterey): Nick Stoeberl, 22, artis dan pelawak dari bandar di California ini tidak pernah bosan berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai pemilik lidah terpanjang di dunia sejak dua tahun lalu.

Awal tahun ini, Guinness World Records akhirnya mengukur lidahnya dan mengisytiharkan lidah Stoeberl sepanjang 3.97 inci (10.08 sentimeter) dari pangkal hingga ke hujungnya. Ia bermakna dia mengatasi rekod dicatatkan Stephen Taylor, 52, warga Britain yang lidahnya 3.86 inci (9.8sm).



Stoeberl memilih masa yang tepat memasuki Buku Guinness World Records Edisi 2015 - koleksi ke-60, mula dijual semalam. - Agensi

Summary : Akhirnya tercapai jugak cita-cita pemuda ini ya...

Sumber : Harian Metro

Lot parkir RM3.16 juta

New York: Pemaju sebuah kondominium di kejiranan SoHo di sini menawarkan lot parkir yang lebih mahal berbanding sebuah rumah sederhana mewah di Dallas atau Seattle - AS$1 juta (RM3.16 juta).



Akhbar New York Times melaporkan, 10 parkir bawah tanah di 42 Jalan Crosby itu jauh lebih mahal daripada apartmen di atasnya. Lot parkir berkenaan akan dijual dengan harga antara kira-kira AS$5,000 (RM16,000) dan AS$6,666 (RM21,300) setiap kaki persegi.

Apartmen tiga bilik diatasnya berharga sekitar AS$8 juta (RM25.6 juta) hingga AS$10 juta (RM32 juta) atau kira-kira AS$3,100 (RM9,900) setiap kaki persegi. Ketua Pegawai Esekutif syarikat pemaju itu, Shaun Osher berkata, kawasan parkir di SoHo amat terhad dan pihaknya bersedia untuk menjadi pendahulu dalam menetapkan harga mahal bagi tempat letak kereta. - Agensi

Summary : Hu..hu...dimalaysia kalau wang sebanyak boleh membantu ramai orang..

Sumber : Harian Metro

Lena selepas mencuri

Sarasota (Florida): Seorang pencuri ditangkap selepas polis menemuinya tertidur di atas katil di rumah mangsa. Polis sempat merakam gambar dia terlena sebelum mengejutkannya.



Dion Davis, 29, ditemui tertidur di atas katil di sebuah rumah di Sarasota County oleh seorang pembantu rumah yang kemudian menelefon polis. Di sebelahnya ialah beg plastik berisi barang kemas milik tuan rumah yang diambilnya sebelum dia tertidur. Apabila polis tiba, mereka merakam gambar Davis dengan menggunakan telefon bimbit masing-masing.

Davis kelihatan benar-benar lena sehinggakan tindakan polis itu gagal menyedarkannya. Davis yang menyifatkan dirinya sebagai ‘Juruteknik Kelengkapan Keselamatan’ dalam Facebooknya ditahan dan dituduh merompak.

Pembantu rumah itu memberitahu polis, dia tiba untuk membersihkan rumah berkenaan dan mendapati tingkap dapur terbuka serta Davis lena di atas katil. Polis berkata, pencuri berkenaan sebelum itu menyelongkar laci dan almari di seluruh rumah berkenaan untuk mencari barang berharga.- Agensi

Sumber : Harian Metro