Thursday, 4 September 2014

Dipaksa jilat ludah sebelum dibunuh

Jailpaiguri: Polis di Benggala Barat semalam melancarkan siasatan berhubung dakwaan seorang gadis belasan tahun dirogol dan dibunuh selepas dimalukan jawatankuasa kampung. Menurut laporan, gadis berusia 15 tahun itu mulanya membantah tindakan jawatankuasa berkenaan memukul bapanya kerana gagal membayar pinjaman yang diambilnya untuk membeli jentolak.

Tindakan gadis itu menyebabkan jawatankuasa berkenaan mengalihkan kemarahan mereka kepadanya, termasuk memaksa dia meludah dan menjilat semula. Sebaik kejadian itu, gadis terbabit hilang.

Mayatnya ditemui kelmarin berhampiran landasan kereta api di daerah Jalpaiguri. Seorang lelaki yang menemui mayat itu berkata, pakaian gadis itu terselak hingga ke bahu dan dipercayai diperkosa. Anggota keluarganya membuat laporan polis dengan menamakan 13 orang anggota jawatankuasa kampung berkenaan sebagai suspek.- Agensi

Sumber : Harian Metro

Wanita tak kesal penggal anak

Anguo (China): Seorang ibu yang memenggal kepala anaknya yang berusia 16 bulan dengan pisau memberitahu polis, dia tidak menyesal membunuh kanak-kanak itu. Feng Tai, 31, mengaku dia mulanya mencekik bayi itu sehingga mangsa pengsan di rumah keluarganya sebelum memenggalnya ketika dia masih bernyawa.

“Memang saya membunuhnya dan tidak menyesal. Dia tidak perlu menderita kerana dia sudah bebas,” katanya kepada polis. Abang wanita itu, Feng Tsao, 34, berkata: “Adik saya tertekan sejak melahirkan anak itu dan suaminya bekerja jauh serta jarang balik.

“Keluarga kami membantunya. Keluarga mentuanya juga bantu. Tetapi, dia sering tertekan. “Dia menelefon saya pada tengah malam untuk memberitahu dia membunuh anaknya. Saya mulanya tidak percaya, tetapi apabila tiba di rumahnya, dia menunjukkan kepala anaknya. Sungguh mengerikan.” Polis menemui mayat mangsa tertanam di belakang rumah keluarga itu di bandar Anguo di wilayah Hebei, timur laut China.



“Feng Tai mengaku membunuh anaknya, tetapi dia jelas kelihatan tidak sihat. Kami meneruskan siasatan sementara wanita itu dihantar untuk pemeriksaan psikiatrik,” kata jurucakap polis.

Bercakap menerusi telefon dengan wartawan tempatan, bapa bayi itu. Liu Yen, berkata: “Ia tragedi buruk. Saya tidak ada pilihan lain kecuali bekerja jauh dari keluarga. Saya tahu isteri saya tidak gembira, tetapi kami perlukan wang.” - Agensi

Sumber : Harian Metro

Berpusing macam baju dalam mesin basuh

Pasadena (Amerika Syarikat): Seorang kanak-kanak berusia lima tahun nyaris maut apabila dia terperangkap dalam mesin basuh di sebuah kedai dobi di sini, semalam. Kanak-kanak itu berada dalam mesin yang berpusing pada kelajuan tinggi selama beberapa minit sebelum disedari seorang lelaki.

“Mesin berkenaan berpusing laju dan dia berada di dalamnya. Mujur ada orang yang melihatnya. “Mulanya dia menyangka ia baju atau sesuatu kerana ia bergerak terlalu laju,” kata jurucakap polis, Van Mitchell. Beberapa minit sebelum itu, seorang wanita cuba menggunakan mesin berkenaan, tetapi memaklumkan kepada pengurus mesin itu tidak boleh digunakan.



Polis tidak pasti bagaimana kanak-kanak itu boleh memasuki mesin berkenaan dan terperangkap di dalamnya. Mangsa cedera teruk tetapi selamat dan kini dirawat di hospital di Texas. - AFP

Sumber : Harian Metro

Lelaki mabuk jadi " Superman"

Suqian (China): Seorang lelaki mabuk yang terpaksa berpura-pura menjadi ‘Superman’ bagi menghentikan tindakan seorang kanak-kanak menjerit, ditangkap selepas cedera setelah terjun dari sebuah bangunan apartmen dengan hanya berseluar dalam.

Tang Lei, 25, memberitahu polis di Suqian, dia memecah masuk sebuah rumah di apartmen berkenaan selepas minum bersama beberapa kawan. Katanya, dia menyangka rumah itu kosong. Bagaimanapun, dia terkejut apabila anak tuan rumah itu terjaga. “Untuk memastikan dia tidak menjerit, saya memberitahunya akan terbang pulang ke tempat asal saya. “Dia tidak percaya dan memberitahu saya, ‘jika anda Superman, buktikan anda boleh terbang atau saya akan menjerit.



“Saya tidak mempunyai pilihan. Saya menanggalkan pakaian sehingga tinggal seluar dalam serta berjalan ke tingkap. “Saya lihat ada bumbung di bawah dan yakin saya boleh terjun ke situ,” kata Tang di hospital. Polis kemudian menemuinya dalam keadaan luka. Dia kini berdepan hukuman penjara tujuh tahun jika didapati bersalah atas tuduhan merompak. - Agensi

Sumber : Harian Metro