Monday, 1 September 2014

RM31,800 untuk bebaskan ikan Sturgeon

Heilongjiang (China): Seorang wanita menggemparkan media sosial apabila membelanjakan 60,000 yuan (RM31,800) supaya dia boleh membebaskan ikan sturgeon.

Ikan itu, spesies yang diancam kepupusan ditangkap seorang nelayan, Bai Weijie. “Ikan itu sungguh kuat. Saya tidak pernah tangkap ikan sebesar itu,” kata Bai Weijie. Ikan berkenan berukuran dua meter panjang dan berat 537 kilogram.



Kakitangan perikanan yang dimaklumkan mengenai penangkapan itu berkata, ia ikan betina sturgeon jenis Huso Dauricius yang boleh hidup sehingga 38 tahun. Sebaik mendengar mengenainya, wanita berkenaan Dai Hongjuan, membeli ikan itu dari Bai dengan harga 60,000 yuan dan melepaskannya di sungai berhampiran.


“Saya tidak pernah melihat ikan sebesar itu. Saya melakukannya hanya untuk membantu menyeimbangkan ekologi dan melindungi hidupan liar. Saya tak minta sebarang ganjaran,” katanya. Huso Dauricus juga digelar ‘panda gergasi dalam air’ dan dikatakan ikan air tawar terbesar di dunia. - Agensi

Summary :

Ikan ini memang ikan yang di ancam kepupusan dan juga sukar ditemui.Ikan Sturgeon Bintang (nama saintifik: Acipenser stellatus), juga di kenali sebagai Uzun Burun (Turki:hidung panjang) dan Drakul, ialah spesies ikan sturgeon yang hidup di lembangan Laut Hitam, Laut Azov, dan Laut Caspian, tetapi jarang ditemui di Laut Adriatik.

Ikan ini boleh mencapai 220 sentimeter (melebihi 7 kaki) panjangnya, dan sehingga 80 kilogram (lebih kurang 180 paun) beratnya. Usia maksimum yang dilaporkan untuk spesies ini ialah 27 tahun.

Sumber : Harian Metro

Sorok jam Rolex dalam kemaluan

Las Vegas: Tiga wanita ditahan di sini selepas mereka mencuri dua jam Rolex dan menyorokkannya di dalam kemaluan mereka. Polis berkata, ketiga-tiga wanita itu mulanya memasuki bilik dua tetamu sebuah hotel di Las Vegas, memberi arak dan melakukan aksi seks dengan mangsa sebelum cuba melarikan diri bersama-sama jam mahal itu.



Bagaimanapun, Bryanna Warren, 23, Trinity Kennard, 23 dan Charmella Triggs ditangkap selepas CCTV dalam lif di hotel kasino Encore merakam dua wanita itu menyembunyikan jam berkenaan di dalam kemaluan masing-masing. Menurut laporan polis, kejadian bermula dengan Bryanna dan Charmella berfoya-foya bersama-sama seorang pelancong warga India di bar hotel berkenaan. Mereka kemudian minum di biliknya apabila disertai seorang lagi rakan lelaki terbabit. Wanita itu kemudian mempelawa rakan mereka, Trinit ke bilik itu.

Polis berkata, seorang wanita itu menanggalkan pakaian seorang lelaki berkenaan dan melakukan aksi seks padanya di bilik berasingan menyebabkan lelaki berkenaan menanggalkan jam Rolexnya yang berharga £7,500 (RM39,240). Pada masa sama, seorang lagi wanita melayan tetamu lain, menyebabkan dia juga menanggalkan jam Rolexnya yang berharga £2,500 (RM13,000). Menurut polis, seorang mangsa itu menyedari jamnya diambil dan ketiga-tiga wanita itu melarikan diri ke arah lif dengan lelaki berkenaan mengejar mereka. Seorang wanita itu mengeluarkan pistol dan mengancam menembaknya.

Ketika berada di dalam lif, dua wanita itu dirakam menyelak baju mereka, mencangkung dan memasukkan jam ke dalam kemaluan masing-masing. Polis menahan wanita itu di luar lif selepas pengawal keselamatan dimaklumkan oleh mangsa. Jam itu ditemui ketika pemeriksaan menyeluruh dilakukan ke atas mereka.

Summary : Macam - macam idea betullah diorng nie...

Sumber : Harian Metro

Leadra manusia paling tertua di dunia

Mexico City: Seorang wanita Mexico menjadi manusia paling tua masih hidup semalam apabila meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke 127. Peminat coklat, Leandra Becerra Lumbreas dilahirkan pada 31 Ogos 1887, berusia 27 tahun apabila Perang Dunia Kedua meletus dan 82 tahun apabila lelaki pertama di dunia menjejakkan kaki di bulan.

Rahsia Leandra hidup lama ialah dengan amalan pemakanan yang baik, mengunyah coklat dan tidur selama beberapa hari ketika sudah lanjut usia, kata keluarganya. Leandra dilapor menyertai perang ketika Revolusi Mexico pada 1910-1917 dan menjadi pemimpin Adelitas, kumpulan bersenjata wanita.



Bekas tukang jahit yang berasal dari Zapopan, barat Mexico, sudah kehilangan lima anak dan beberapa daripada 20 cucunya - yang terbaru pada 2013 apabila anaknya 90 tahun meninggal dunia. Dia juga memiliki 73 cicit dan 55 piut. Leandra 12 tahun lebih tua daripada Misao Okawa, orang yang diiktiraf paling tua hidup di dunia ketika ini, menurut Buku Rekod Dunia Guinness. Pihak berkuasa Mexico kini berusaha menyediakan sijil kelahiran baru selepas wanita itu hilang sijil asal 50 tahun lalu ketika berpindah rumah. Cucunya, Miriam Alvear memberitahu akhbar tempatan El Horizonte, walaupun sudah pekak dan rabun, Leandra masih menghiburkan keluarganya dengan cerita seperti yang terdapat dalam buku sejarah.

Satu-satu barangan yang boleh mengingatkannya mengenai kisah lampau ialah sudu perak yang dibuat pada 1847, sepasang subang emas, cincin dan jam saku yang dilakar dengan gambar kereta api. “Dia sentiasa berjuang. Dia masih menjahit sehingga dua tahun lalu. Dia tidak pernah berhenti melakukan kerja. Mungkin itu yang menyebabkan dia hidup lama,” kata Miriam. -Agensi

Summary : Semoga nenek ini sihat selalu.

Sumber : Harian Metro