Saturday, 30 August 2014

Usaha selamat bayi dua muka

New Delhi: Doktor di sini, dilapor berusaha menyelamatkan bayi yang dilahirkan dengan dua muka dan satu badan. Menurut laporan akhbar metro.co.uk, bayi itu yang dilahirkan 22 Ogos lalu mempunyai dua mulut, dua hidung dan empat mata, tetapi hanya satu badan. Kes itu jarang berlaku, hanya satu dalam setiap 100,000 kelahiran dan dinamakan pertindihan kraniofasial.



Hanya 36 kes kelahiran seumpama itu dilaporkan berlaku di dunia setakat ini, kata laporan itu dan tidak ada yang hidup. Doktor yang merawat bayi itu dipetik sebagai berkata, bayi berkenaan dalam keadaan tenat dan mereka berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkannya. - Agensi

Summary : Semoga bayi tersebut dalm keadaan yang baik.

Sumber : Harian Metro

Ratu cantik songlap

Yangon, Myanmar: Seorang ratu cantik Myanmar yang digugurkan gelarannya kerana didakwa biadab serta menipu semalam dilaporkan menghilang bersama tiara bernilai antara AS$100,000 (RM315,200) dan AS$200,000 (RM630,400). May Myat Noe dimahkotakan sebagai Ratu Dunia Asia Pasifik di Seoul, Korea Selatan pada Mei lalu. Namun, pengarah media penganjur berpangkalan di Seoul, David Kim berkata, ratu cantik berusia 18 tahun itu memang mengecewakan sejak awal.



Kata Kim, selepas memenangi gelaran itu penganjur mengatur perjanjian nyanyian dan video untuk May. “Kami mahu ubah penampilan dia supaya lebih jelita,” katanya. Justeru, tidak lama kemudian penganjur menghantar May yang memiliki ketinggian 1.7 meter itu ke sebuah hospital untuk menjalani pembedahan buah dada.

Ketika itulah, kata Kim, masalah bermula. “May membawa ibunya ke Seoul dan lawatan asal mereka selama 10 hari menjadi tiga bulan dengan penganjur menanggung kos tambahan,” katanya. Penganjur juga menanggung kerugian apabila tiket penerbangan pulangnya hangus begitu saja apabila May tidak muncul seperti sepatutnya.

Sumber pula melaporkan May pulang ke Yangon menaiki pesawat lebih awal daripada diurus penganjur. May dimaklumkan mengenai penarikan balik gelarannya awal minggu ini dan diarah menyerahkan mahkota dimenanginya. Kata Kim, semua orang tahu May bukan lagi ratu selepas penganjur membatalkan kemenangannya. - AP

Summary : Macam - macam ragam manusia

Sumber : Harian Metro

Sumbat itik dalam mulut pencuri

Guangxi (China): Dua remaja yang ditangkap mencuri itik di sebuah kampung di sini dipaksa melutut dan mulut mereka disumbat dengan haiwan itu oleh penduduk tempatan sebagai cara menghukum mereka. Selepas menyedari apa yang dilakukan remaja itu, sekumpulan penduduk kampung enggan memanggil polis, sebaliknya bertindak mengajar pencuri terbabit.



Mulanya mereka memaksa remaja itu, kedua-duanya berusia 14 tahun, untuk memohon maaf dengan melutut di tepi jalan dengan itik disumbat pada mulut mereka Seorang penduduk yang begitu marah, mengikat kaki dua lagi itik untuk setiap remaja itu dan menggantungnya pada leher mereka. Penduduk menyifatkan remaja terbabit sebagai pemalas yang hanya menghabiskan masa minum arak dan merokok. Mereka juga didakwa sering mencuri. bagi menampung hidup mereka. Gambar tindakan penduduk kampung itu tersebar di media sosial China semalam.

Summary : Ganasnya manusia zaman sekarang...hu..hu..

Sumber : Harian Metro

Belah perut , curi bayi

Mexico City: Seorang wanita mengaku menikam seorang ibu yang hamil lapan bulan sebelum membelah perut mangsa untuk mencuri anak dalam kandungannya. Maria Rodriguez, 29, dari wilayah Tepic, memberitahu polis, dia mengambil keputusan membunuh Nadia Avila dan mencuri bayi yang dikandungnya selepas menipu keluarganya bahawa dia hamil. Menurut polis, dia kini berdepan dengan tuduhan membunuh bayi berkenaan dan ibunya.

Ketika menceritakan tindakannya itu, Maria berkata, dia mulanya memukul mangsa hingga pengsan selepas mempelawa Nadia ke rumahnya dengan alasan untuk memberikan baju bayi. “Apabila saya menekup mulutnya, dia menggigit saya. Saya mengikat tangannya ke belakang untuk mempertahankan diri. Tetapi, ketika itu saya belum membunuhnya. “Dia menjerit, meminta saya membiarkannya. Saya memukulnya lagi hingga dia pengsan.



“Kemudian saya melondehkan seluarnya dan menikam perutnya. “Dia bergerak sedikit. Saya membelah perutnya dan mengambil anak itu secepat mungkin kerana tidak mahu dia mati. “Tetapi saya gagal mengambil bayi berkenaan. Saya melakukannya secara paksa dan berjaya tetapi dia mati,” kata Maria. Maria memberitahu polis, dia terlalu inginkan bayi, tetapi tidak tahu untuk memberitahu keluarganya yang dia tidak hamil. “Sebelum ini haid saya lewat dan memeriksa darah, tetapi keputusannya negatif. Saya begitu perlukan anak dan semua anggota keluarga menyangka saya hamil. Tetapi saya hanya memperdayakan mereka dan akhirnya, tidak tahu untuk memberitahu keadaan sebenar.

“Tetapi, apabila melihat Nadia yang sarat mengandung, terlintas di hati saya, inilah peluang saya. Saya tidak mengenalinya langsung dan hanya dua kali melihatnya. “Saya memutuskan untuk mencuri kandungannya,” kata Maria. Dia ditangkap selepas memanggil pasukan perubatan untuk membawa mayat bayi yang dikeluarkannya dari perut mangsa supaya boleh memberitahu keluarganya bahawa dia keguguran. “Bagaimanapun, pasukan perubatan mula mengesyaki sesuatu apabila wanita itu tidak membenarkan mereka memasuki rumahnya,” kata jurucakap polis. Maria melarikan diri apabila pasukan perubatan mendesak untuk memeriksanya. Bagaimanapun, dia berjaya dikesan dan ditahan selepas suami Nadia, Juan Hernandez membuat laporan mengenai kehilangan isterinya. - Agensi

Summary : Manusia sanggup melakukan apa sahaja, ngeri rasanya..

Sumber : Harian Metro