Thursday, 28 August 2014

Jakarta: Jumlah rokok dihisap penduduk Indonesia jika digabungkan boleh melampaui keluasan Pulau Jawa. Ahli sosiologi Universiti Indonesia, Imam Prasodjo berkata sejumlah 244 juta batang rokok pada 2006 didarab dengan panjangnya 9 sentimeter, ia menghasilkan rantaian sejauh 21.9 juta kilometer.



“Yang menarik, jarak antara Jakarta dan Surabaya adalah 668 kilometer. “Jumlah panjang rokok dihisap penduduk Indonesia selama setahun sama dengan perjalanan antara kedua-dua lokasi itu sebanyak 32.9 kali,” katanya. - Agensi

Summary : Ini baru pengiraan di Indonesia. Kalau diseluruh dunia....comfirm Michi rasa lagi banyak.

Sumber : Harian Metro

Pantang maut sebelum ajal

Beijing: Seorang lelaki terselamat walaupun selepas kepalanya ditembusi batang besi tebal ketika dia melakukan kerja di rumah lamanya. Lelaki yang hanya dikenali sebagai Ho dilapor cuba membersihkan rumah berkenaan di Leye, wilayah Guangxi apabila batang besi itu jatuh dari atas, menembusi dahi dan keluar menerusi bahagian kiri rahangnya. Ho, 50, berjaya diselamatkan selepas menjalani pembedahan kecemasan di sebuah hospital. Pasukan perubatan yang dipanggil untuk merawat Ho terkejut melihat kecederaan yang dialami dan pada masa sama hairan dia bukan saja masih hidup tetapi sedar sepenuhnya.

Keadaan HO sebelum pasukan perubatan tiba

Ho dikejarkan ke hospital berhampiran. Doktor bagaimanapun terpaksa meminta bantuan bomba yang datang membawa bersama mereka alat untuk memotong sebahagian besar besi berkenaan. Mereka kemudian memindahkannya ke sebuah hospital lebih besar, tempat pembedahan kecemasan yang lebih rumit dijalankan bagi mengeluar baki besi yang masih berada dalam kepalanya. Kakitangan hospital berkata, Ho kini semakin pulih dan dianggap tidak lagi dalam bahaya. Ujian sinar-X yang dilakukan sebelum pembedahan menunjukkan batang besi padu itu menembusi bahagian kanan dahinya dan keluar menerusi bahagian bawah pipi kirinya. Andai besi berkenaan tertusuk pada sudut yang berbeza, walaupun sedikit, ia pasti menembusi otak atau mata Ho yang akan menyebabkan dia cedera parah atau mati. Dalam kejadian lain di selatan China, seorang wanita putus kepala selepas kereta yang dipandu anaknya merempuh pembahagi jalan raya.- Agensi

Summary : Walaupun nampak tragis, nasib menyebelahi pesakit.Dimana - mana sahaja boleh berlakunya kemalangan.

Sumber : Harian Metro

Ular peneman Hidup

Jakarta: Kebiasaan seorang budak lelaki yang hanya mahu ditemani ular ketika tidur mengejutkan ramai orang dan menjadikan rumah mereka di Malimongan, Makassar tumpuan ramai. Bagi Dhiaz Ahmad Zidan, 2, teman paling disenangi untuk melelapkan mata ialah ular sawa seberat 40 kilogram yang dilayannya seperti patung mainan.

Selain itu, ada 28 ular lain yang menjadi haiwan peliharaan ibu bapanya, Fatimah, 36, dan Yudhi Pramono, 38. Pada ketika lain Dhiaz menjadikan ular berkenaan sebagai peneman untuk bermain-main. Kata Yudhi, setiap kali Dhiaz mahu tidur budak itu akan gelisah jika tiada ular menjadi peneman.



“Hanya selepas dia puas bermain dengan ular, barulah haiwan itu saya simpan di dalam sangkar,” katanya. Jika tidak dilayan begitu, kata Yudhi, Dhiaz akan menangis. Katanya, kebiasaan tidur ditemani ular mula terjadi sejak Dhiaz berusia 2 bulan. “Kebiasaan itu menyebabkan jiran tetangga takut atau geli,” katanya. Selain ular sawa Yudhi dan Fatimah turut membela beberapa ular jenis lain termasuk yang berbisa. ‘Teman’ paling akrab Dhiaz ialah ular sawa sepanjang 4.25 meter yang berusia 14 tahun. Yudhi menjadikan ular ditemuinya di beberapa daerah di Indonesia sebagai koleksi. Kata Yudhi hobi membela ular itu diwarisi daripada neneknya. “Bagi kami, ular ini seperti sebahagian daripada keluarga,” katanya.- Agensi

Summary : Kalau lah Michi rasanya lari langkah seribu bila berdekatan dengan ular. Inikan pulak kanak-kanak sekecil ini yang telah diajar untuk mendekati ular...hu2...

Sumber : Harian Metro

Abang "hidup" semula

Salvador (Brazil): Seorang lelaki yang datang ke bilik mayat sebuah hospital di sini untuk menyiapkan upacara pengebumian abangnya terkejut melihat beg mayat abangnya bergerak. Valdelucio Goncalves, 54, sebelum ini disahkan mati oleh doktor akibat masalah pernafasan dan organ yang gagal berfungsi.



Keluarganya dimaklumkan mengenai kematiannya sebelum mayatnya dihantar ke bilik mayat di sebuah hospital di Salvador, timur laut Brazil. Dua jam kemudian, adik Goncalves, Walterio dibenarkan masuk ke bilik mayat berkenaan untuk membuat persediaan bagi mengebumikannya. Tetapi ketika dia mendekati beg mayat itu, ia mula bergerak. “Saya memanggil jururawat yang kemudian membuka beg itu dan mendapati abang saya masih hidup,” katanya. - AFP

Summary : Dari Allah kau datang, kepadaNya jua engkau kembali....

Sumber : Harian Metro

Mati didera kerana biskut

Riyadh: Seorang wanita mendera anak tirinya yang berusia lapan tahun hingga mati semata-mata kerana biskut. Polis menahan wanita berkenaan, Kolthoum, selepas doktor mengesahkan anak tirinya, Roua, mati kerana cedera terus akibat didera. Abang Roua, Ahmed, 11, juga dipukul wanita itu selepas mencuri biskut tetapi dia berjaya diselamatkan selepas dikejarkan ke hospital. Di hospital, Ahmed berkata, dia dan adiknya mengambil beberapa keping biskut disebabkan tidak boleh tidur kerana lapar.



Keesokannya, ibu tiri mereka menyerbu bilik mereka selepas mendapati biskut itu hilang. Wanita itu mengarahkan kedua-dua beradik itu mengelilingi kawasan belakang rumah tanpa memakai kasut ketika panas terik. Ahmed dan Roua kemudian diarah berdiri satu kaki tetapi kanak-kanak perempuan itu tidak berdaya lalu rebah. - Agensi

Summary : Hanya kerana biskut, sanggup mendera anak tiri sendiri. Kenapelah manusia tidak boleh berfikir dan bersabar.

Sumber : Harian Metro

Gambar selfi paling berani

Hong Kong: Tiga pelajar membawa kegiatan selfie ke tahap ekstrim baru apabila merakam video di puncak bangunan kelima tertinggi di Hong Kong - The Centre. Video yang disiarkan menerusi YouTube menunjukkan ketiga-tiga remaja belasan tahun itu berada di atas menara terkenal setinggi 346 meter itu dengan panorama bandar raya Hong Kong di belakang mereka. Jurugambar Daniel Lau menggunakan ‘tongkat selfie’ dengan kamera yang dilengkapi lensa sudut lebar untuk merakam aksi mereka yang menggerunkan itu. Dua rakannya, Andrew Yeo dan AS, dilihat memakan pisang pada permulaan klip video yang ditonton lebih 450,000 kali sejak dimuat naik minggu lalu.

 



Trend merakam selfie secara ekstrim meledak sejak beberapa bulan lalu, khususnya di Russia dengan kumpulan yang dikenali sebagai ‘skywalker’ merakam gambar mereka memanjat bangunan, kren dan kawasan binaan untuk merakam gambar dan menyiarkannya di Internet. Mereka melakukannya tanpa mengguna sebarang peralatan keselamatan. Bagaimanapun, kegilaan itu mengundang maut. Sepasang suami isteri yang ‘merakam selfie’ di tebing tanah tinggi di barat Portugal minggu lalu mati selepas terjatuh dengan disaksikan anak mereka. - Agensi


Summary : Bagi Michi memang tak salah nak ber selfi tetapi kalau gini caranya...menempah maut gayanya. 


Sumber : Harian Metro

Wanita Bunuh Harimau

Rudraprayag (India): Seorang wanita berusia 54 tahun membunuh seekor harimau bintang dengan hanya mengguna peralatan kebun selepas haiwan itu menyerangnya ketika dia dalam perjalanan pulang dari ladang. Kamla Devi yang cedera selepas bertarung selama kira-kira sejam dengan haiwan itu berhampiran kampungnya di daerah Rudraprayag, Uttarakhand Ahad lalu, kini dirawat di hospital. Ibu satu anak itu hanya mengguna sabit dan penyodok kecil untuk melawan harimau bintang berkenaan sebelum berjalan kira-kira setengah kilometer untuk mendapatkan bantuan. Dia mengalami luka yang dalam dan patah di tiga bahagian tubuhnya serta kehilangan banyak darah sebelum tiba di hospital. Haiwan itu kemudiannya ditemui mati berhampiran kampungnya, Koti Bodna.



Pakar hidupan liar, Lakhpat Rawal berkata, dia terkejut dengan masa bertarung yang begitu lama. “Harimau bintang biasanya akan berundur jika mendapati mangsanya kuat. Biasanya, serangan itu hanya mengambil masa tidak lebih 10 minit. “Mungkin harimau bintang itu terlalu tua atau terlalu muda dan tidak berpengalaman. “Mungkin juga haiwan itu terdorong untuk terus menyerang dengan harapan untuk membunuh wanita itu selepas melihat terlalu banyak kecederaan pada tubuh mangsa,” katanya. Kamla yang kematian suami 30 tahun lalu bagaimanapun memberitahu media tempatan, dia masih ingat keseluruhan kejadian dan tempoh masa ia berlaku. Kakitangan perubatan berkata, walaupun keadaan wanita itu stabil, dia terpaksa menjalani lebih 100 jahitan memandangkan luka yang dalam pada kepala dan kakinya. Dia juga dirawat kerana patah tulang tangan kanan dan kiri.- Agensi

Summary : Subhanallah.. semoga wanita tersebut berada dalam keaadaan yang sihat. Kalau Michi comfirm sudah tidak terdaya melawan binatang tersebut. Ajal maut di tangan tuhan.

sumber: Harian Metro