Sunday, 7 December 2014

Bila adanya restoran paling mahal didunia

Di PARIS (Perancis) dimana terdapat sebuah restoran yang bernama Alain Ducasse at Plaza Athénée yang bertapak di Hotel Plaza Athenee, Perancis mungkin merupakan restoran paling mahal di dunia.

Pada tahun 2000 restoran ini telah dibuka dan memiliki memiliki sentuhan lima bintang ini akan memberi pelbagai kejutan kepada pelanggan yang mengunjungi restoran ini.



Wau terbaik..keistimewaanya jugak kerana mempunyai susun atur dan ukiran perabotnya yang dicipta khas untuk memberi kelainan kepada pengunjung restoran. Selain itu, Alain Ducasse at Plaza Athénée turut menawarkan menyajikan masakan Perancis kontemporari yang terbaik kepada pelanggannya.

Pelanggan yang datang ke restoran tersebut boleh memesan makanan dengan harga minima RM1,063.07 bagi hidangan ala carte. Oittt.. mahalnye boleh buat belanja makan sebulan he2...

Sedikit informasi mengenai Hotel Plaza Athenee, hotel ini merupakan hotel bertaraf lima bintang yang dibuka sejak tahun 1911 dan pernah diubahsuai pada tahun 2013 dan kos membaik pulih hotel penuh sejarah ini dikatakan memakan kos sehingga 2 bilion Euro.

Sumber : Sinar Harian

1 comment: