Friday, 17 October 2014

Bekas pesakit kanser tulang menjadi model

SEORANG bekas pesakit kanser tulang dari Hastings di Timur Essex, England berjaya mendapatkan kontrak sebagai model.

Elesha Turner, 20, dikesan menghidap kanser pada 2013 dan doktor memberi amaran bahawa kakinya mungkin terpaksa dipotong.



Bagaimanapun, kecekalan Turner berjaya menyelamatkan kakinya dan kini beberapa tulang di bahagian paha termasuk lutut terpaksa dibuang dan digantikan dengan titanium.

Elesha berkata, ketika dia mula-mula didiagnosis menghidap kanser, hidupnya umpama sudah berakhir. Namun, selepas melakukan pembedahan hidupnya kembali ceria apabila disahkan bebas dan pulih daripada penyakit itu. "Bukan mudah bagi saya berhadapan dengan situasi ini. Selepas pembedahan, saya terpaksa menunggu selama dua minggu sebelum doktor mengesahkan saya bebas daripada kanser," katanya kepada Daily Mail .

Menurut Elesha, impiannya memang mahu menjadi seorang model namun tidak memiliki ketinggian yang mencukupi.

Tuah gadis cantik ini akhirnya menjelma apabila dia terbaca satu artikel mengenai sebuah syarikat yang mencari model daripada kalangan orang kurang upaya.

"Selepas membaca artikel itu, saya terus menghubungi syarikat itu dan lulus uji bakat. "Kini, saya bakal menjadi penghias dan model kepada kempen syarikat tersebut," katanya.

Kata Elesha lagi, dia mahu menjadi contoh dan inspirasi kepada bekas pesakit kanser untuk menjalani kehidupan seperti insan normal yang lain.

Sumber : Sinar Harian

Trek atas bumbung

SEBUAH sekolah rendah di Tintai di wilayah Zhejiang, China terpaksa membina trek olahraga di atas bumbung kerana kekurangan tanah di sekitar sekolah itu.



Guru Besar sekolah tersebut, Qiu Tianguo berkata, pembinaan trek 200 meter itu adalah untuk memenuhi keperluan 1,600 pelajar untuk subjek pendidikan jasmani lapor Daily Mail.

Bagi memastikan keselamatan pelajar, ia dibina dengan tiga lapisan pelindung di mana lapisan paling luar adalah dinding kaca setinggi 1.8 meter, dan bahagian paling dalam berdekatan trek setinggi 1.2 meter. Selain itu, terdapat juga beberapa kamera pengawasan bagi memantau aktiviti pelajar.

Menurut ketua arkitek Ruan Hao, keadaan atas tanah yang terhad tidak memberi ruang cukup kepada pelajar untuk membuat latihan di luar kelas. Justeru pihaknya memilih untuk mencuba konsep baharu iaitu taman permainan dan trek tidak semestinya berada di atas tanah.

Reka bentuk berkenaan telah mendapat pengiktirafan di seluruh dunia setelah mewakili China ke Pameran Senibina Vanice ke-14 tahun ini.

Sumber : Sinar Harian

Saturday, 11 October 2014

Wanita Surma pakai cakera pikat suami

Di LEMBAH OMO ROVER, Ethiopia wanita dari suku kaum Surma yang menetap di kawasan pedalaman di negara ini, mempunyai cara tersendiri untuk memikat hati suami iaitu dengan mengepit sebuah cakera besi di bahagian bibir bawah mereka.



Amalan tradisi yang dikenali sebagai 'cakera bibir' itu sudah diamalkan sejak 1896 dan hanya akan dilakukan oleh wanita berusia 15 tahun ke atas.

Menurut seorang wanita kaum Surma yang dikenali sebagai Ataye Eligidagne, 20, mereka menggunakan cakera besi tersebut sebagai sebahagian perhiasan diri untuk memikat hati suami.

Cakera berkenaan juga merupakan mas kahwin daripada keluarga sebelah wanita kepada keluarga pengantin lelaki.

"Bagi penduduk tempatan, tradisi ini merupakan maruah mereka, lebih besar cakera yang dipakai, mereka merasa lebih menarik," kata seorang krew stesen penyiaran dari Australia, Abrahem Joffe yang membuat liputan tentang tradisi pelik kaum terbabit. Kata Joffe, cakera besi yang digunakan oleh kaum Surma secara puratanya memiliki ukuran lilit 59.5 sentimeter dan ukuran lebar 19.5 sentimeter.

Bagaimanapun, kerajaan Ethiopia telah bertindak mengharamkan amalan turun-temurun itu baru-baru ini atas alasan keselamatan.

Sumber : Utusan Malaysia

Thursday, 9 October 2014

Cengkerik hidup dalam telinga

Bayangkan jika ada sesuatu benda berada di dalam telinga anda...di India (Villupuram) seorang pesakit yang mengadu mengalami gatal luar biasa terkejut apabila mendapati seekor cengkerik hidup di dalam telinganya.

Doktor di Pusat Kajian Villupram, Tamil Nadu mengeluarkan serangga berukuran dua inci dari telinga lelaki yang dirahsiakan namanya menggunakan penyepit.



Sebaik doktor memasukkan penyepit di dalam telinga, cengkerik itu cuba merangkak lebih dalam, tetapi doktor berjaya menariknya keluar dan pesakit berkenaan dilapor selamat.

Menurut doktor, serangga berkenaan tidak boleh menyengat bahagian dalaman telinga tetapi ia boleh mengakibatkan masalah pendengaran dan keseimbangan badan. - Agensi

Sumber : Harian Metro

Hampir mati tercekik

Kinshaha: Seorang remaja yang berdepan dengan kemungkinan mati tercekik kerana ketumbuhan sebesar biji bola sepak pada rahangnya berjaya di selamatkan selepas menjalani pembedahan.

Grace, 17, dari Republik Demokratik Congo mungkin mati jika ketumbuhan pada tulang rahangnya terus membesar. Ketumbuhan itu membesar dari tengah tulang rahangnya, hasil pembentukan sel yang biasanya membentuk enamel gigi.



Bagaimanapun, Grace boleh bercakap dan makan tetapi tepaksa berhenti sekolah kerana malu. Sebuah hospital kebajikan, Mercy Ships menawarkan bantuan menjalankan pembedahan selama empat jam untuk membuang ketumbuhan itu, rahang bawah dan giginya selepas hospital tempatan gagal membantu.

Grace menderita akibat ketumbuhan itu sejak 10 tahun lalu. “Ia mula bengkak sedikit saja tetapi lama-kelamaan ia membesar. “Kami ke hospital tetapi doktor tidak tahu apa yang hendak dilakukan,” kata Grace. Ibunya, Christine berkata, pihak hospital tempatan hanya bercakap tetapi tidak melakukan apa-apa.

Penderitaan yang dialami Grace itu disiarkan di Internet dan seorang pembaca mengesyorkan dia meminta bantuan Mercy Ships yang mengendalikan hospital kapal terbesar di dunia - Africa Mercy - yang menyediakan perkhidmatan kecemasan secara percuma kepada pesakit yang amat memerlukan.

Kehidupan Grace berubah sama sekali selepas pembedahan itu. Dengan keyakinan baru yang diperolehnya, Grace berharap untuk mengikuti kursus perubatan dan menjadi jururawat supaya dapat membantu mereka yang menghadapi masalah sepertinya pada masa depan.

“Saya ingin bekerja secara sukarela dengan Mercy Ship, untuk membantu orang ramai,” katanya.- AFP

Sumber : Harian Metro

Tapak kaki wanita hadap ke belakang

Chongqing: Seorang wanita yang dilahirkan dengan tangan dan kaki yang luar biasa mengejutkan doktor mengenai perkembangannya.

Walaupun dilahirkan dengan tangan dan kaki menghadap ke belakang, Wang Fang, berjaya menjalani kehidupan normal. Doktor mulanya bimbang Wang tidak akan dapat berjalan dengan baik kerana keadaan kakinya itu.

Bagaimanapun, pelayan restoran yang kini berusia 30-an berkata, dia tidak melihat dirinya cacat.



“Saya boleh berlari lebih laju berbanding rakan saya dan mempunyai kerja tetap sebagai pelayan di restoran milik keluarga. Tiada alasan untuk menganggap saya cacat,” katanya. Dia yang mempunyai anak dengan kaki yang normal berkata: “Saya boleh berjalan seperti orang lain. Saya sama seperti orang lain, kecuali terpaksa memakai kasut terbalik.

Wang bukan satu-satunya orang yang yang berjaya mengatasi kecacatan ganjil. Sebelum ini, Claudio Vieira de Oliveira dari Brazil berjaya menjadi penceramah umum walaupun dilahirkan dengan kepalanya terbalik. - Agensi

Sumber : Harian Metro

Monday, 6 October 2014

Pinjam laju bayar liat

Ini adalah petikan yang Michi dapati dalam Harian Metro hari nie. Memang tak dinafikan zaman kini semua benda yang dibeli ada kalanya terpaksa berhutang dulu ataupun bayar secara ansuran. Boleh berhutang tetapi biarlah benda-benda yang penting sahaja dan pastikan setiap bulan duit akan ditolak untuk membayar hutang tersebut.



Tapi ramai yang bersikap sambil lewa untuk membayar hutang terutamanya kepada rakan-rakan sendiri. Bukan mengata, tetapi hakikatnya memang begitu. Michi pun pernah terkena.Yang paling sedih reason menggunakan nama anak, tak cukup nak beli susulah, lampin lah. Hakikatnya setiap bulan bila usha2 facebook, instgram dan sebagainya sempat pulak pegi melancong dan berjalan-jalan.

Kadang-kadang terasa geram di hati. Empunya badan terpaksa menagih semula wang yang dipinjam rakan.Kepada kawan-kawan yang berhutang sesama kawan fikirkan lah, tak semua kawan senang. Sesudah berhutang dengan kawan-kawan, silalah kembalikan semua wang yang dihutang jangan sampai tahap bermakian dan bergaduh baru nak kasi.

Jadi untuk itu, berfikirlah dulu sebelum berhutang. Rancang perbelanjaan harian dan asingkan sedikit untuk simpanan diwaktu kecemasan.

Nyaris maut kepala tersekat

Fuzhou: Seorang kanak-kanak pengsan dan nyaris maut selepas kepalanya tertersepit pada cermin tingkap kereta.



Kejadian berlaku ketika dia ditinggalkan seorang diri oleh ibunya yang keluar membeli-belah di sini, kelmarin.

Mujur polis cepat tiba dan menyelamatkannya di depan ibunya yang cemas.

Kanak-kanak itu yang boleh berbangga kerana sudah mempunyai lesen untuk melayakkan dirinya menyertai puluhan kanak-kanak lain yang terperangkap akibat kecuaian ibu bapa masing-masing, memberitahu wartawan di hospital, dia tidak sengaja tertekan butang kawalan tingkap ketika dia menjulur kepalanya. - Agensi

Sumber : Harian Metro

Saturday, 4 October 2014

Ditikam bekas kekasih

Di San Pedro Seorang wanita terselamat daripada maut walaupun cedera parah selepas kepalanya ditikam dengan pisau dapur. Alcileide Rodrigues dos Santos, 22, juga mampu menceritakan serangan bekas teman lelakinya itu kepada polis.

Alcileide ditemui polis di San Pedro, Sao Paolo ketika sedang duduk dalam keadaan berlumuran darah dengan pisau masih terpacak pada keningnya. Di sebalik kecederaan ngeri itu, Alcileide masih boleh berkomunikasi dengan lancar dan menceritakan kejadian itu kepada polis.

“Semuanya berlaku dengan pantas. Kami bertengkar dan tiba-tiba dia menikam kepala saya,” katanya. Sementara itu polis berkata, suspek ialah seorang remaja yang pernah menjalin hubungan dengan Alcileide.



Jurucakap polis berkata, suspek dikenali sebagai Roberto Martins dos Anjos, 19.

Pakar perubatan pula berkata, Alcileide bernasib baik kerana tikaman itu tidak menembusi otaknya dan luka yang dialami disifatkan sebagai “tidak dalam”. - Agensi

Sumber : Metro Ahad

Summary : Kepada pasangan - pasangan diluar sana kalau bergaduh banyakkanlah bersabar dan cari penyelesaian sebaik mungkin.

Selamat Hari Raya Aidiladha....(smile & peace <(-_-)> )

Assalamualikum you oalls... Hik..hik selamat hari raya..huk..huk sedey-sedey time gini kene keje jgak.

So borink but it's okey ada kawan-kawan yang sama-sama bekerja hari nie..so memandangkan hari nie hari raya and nak sedapkan hati

Tadaaaaa.... Ada sedikit preparation Michi sediakan untuk kawan-kawan kat opis..ada sedikit jamuan gitu. Michi sediakan Laksam ja.


Resepi ni Michi cuba dari Blogger Kak Azie Kitchen.. Terbaik gitu..Thank Kak Azie.

Birthday Giveaway by Shad

Greetings and Assalamualaikum to all
Jemput Join


Klik Banner untuk Join

Birthday Giveaway by Shad dianjurkan oleh Shad dan disponsor oleh