Monday, 1 September 2014

RM31,800 untuk bebaskan ikan Sturgeon

Heilongjiang (China): Seorang wanita menggemparkan media sosial apabila membelanjakan 60,000 yuan (RM31,800) supaya dia boleh membebaskan ikan sturgeon.

Ikan itu, spesies yang diancam kepupusan ditangkap seorang nelayan, Bai Weijie. “Ikan itu sungguh kuat. Saya tidak pernah tangkap ikan sebesar itu,” kata Bai Weijie. Ikan berkenan berukuran dua meter panjang dan berat 537 kilogram.



Kakitangan perikanan yang dimaklumkan mengenai penangkapan itu berkata, ia ikan betina sturgeon jenis Huso Dauricius yang boleh hidup sehingga 38 tahun. Sebaik mendengar mengenainya, wanita berkenaan Dai Hongjuan, membeli ikan itu dari Bai dengan harga 60,000 yuan dan melepaskannya di sungai berhampiran.


“Saya tidak pernah melihat ikan sebesar itu. Saya melakukannya hanya untuk membantu menyeimbangkan ekologi dan melindungi hidupan liar. Saya tak minta sebarang ganjaran,” katanya. Huso Dauricus juga digelar ‘panda gergasi dalam air’ dan dikatakan ikan air tawar terbesar di dunia. - Agensi

Summary :

Ikan ini memang ikan yang di ancam kepupusan dan juga sukar ditemui.Ikan Sturgeon Bintang (nama saintifik: Acipenser stellatus), juga di kenali sebagai Uzun Burun (Turki:hidung panjang) dan Drakul, ialah spesies ikan sturgeon yang hidup di lembangan Laut Hitam, Laut Azov, dan Laut Caspian, tetapi jarang ditemui di Laut Adriatik.

Ikan ini boleh mencapai 220 sentimeter (melebihi 7 kaki) panjangnya, dan sehingga 80 kilogram (lebih kurang 180 paun) beratnya. Usia maksimum yang dilaporkan untuk spesies ini ialah 27 tahun.

Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment