Friday, 5 September 2014

Mangsa serangan asid

AYAH kepada dua anak ini menjalani hidup seharian dengan dibelenggu trauma melampau selepas menjadi mangsa serangan asid dilakukan oleh individu tidak dikenali di Rayleigh, Essex. Ketika kejadian, Darren Pidgeon, 27, sedang memandu bersendirian untuk menuju ke pusat bandar kira-kira jam 12 malam.

Kenderaannya tiba-tiba dihampiri dua lelaki bermotosikal dan mengarahkannya memberhentikan kenderaan. Dia kemudiannya membuka tingkap lalu di sembur dengan asid oleh lelaki berkenaan. Dalam kesakitan dia turut dibelasah lelaki terbabit. "Awalnya, saya ingat ia adalah semburan lada tetapi lama-kelamaan saya merasa perit. Saya tidak mampu melawan ketika itu kerana kulit saya mula melecur dan memedihkan. Saya menjerit meminta tolong," katanya.



Menurutnya, kejadian itu benar-benar meninggalkan kesan terhadap hidupnya. "Nasib baik, saya tidak buta cuma parutnya masih kekal. Kini saya kehilangan pekerjaan dan terpaksa meminta bantuan kerajaan," katanya. Polis penyiasat berkata, motif serangan masih belum diketahui dan pihaknya merayu kepada mana-mana individu untuk tampil sebagai saksi kejadian.

Akibat daripada serangan itu, Darren dimasukkan ke hospital selama empat minggu untuk menjalani rawatan cantuman kulit. Darren kini berpindah ke London untuk mendapatkan rawatan kulit dari doktor pakar bagi menjalani pembedahan plastik. "Saya mahu mereka diberkas secepat mungkin kerana perkara sama boleh terjadi kepada orang lain," katanya dalam laporan Dailymail.

Sumber : Sinar Harian

No comments:

Post a Comment