Thursday, 4 September 2014

Dipaksa jilat ludah sebelum dibunuh

Jailpaiguri: Polis di Benggala Barat semalam melancarkan siasatan berhubung dakwaan seorang gadis belasan tahun dirogol dan dibunuh selepas dimalukan jawatankuasa kampung. Menurut laporan, gadis berusia 15 tahun itu mulanya membantah tindakan jawatankuasa berkenaan memukul bapanya kerana gagal membayar pinjaman yang diambilnya untuk membeli jentolak.

Tindakan gadis itu menyebabkan jawatankuasa berkenaan mengalihkan kemarahan mereka kepadanya, termasuk memaksa dia meludah dan menjilat semula. Sebaik kejadian itu, gadis terbabit hilang.

Mayatnya ditemui kelmarin berhampiran landasan kereta api di daerah Jalpaiguri. Seorang lelaki yang menemui mayat itu berkata, pakaian gadis itu terselak hingga ke bahu dan dipercayai diperkosa. Anggota keluarganya membuat laporan polis dengan menamakan 13 orang anggota jawatankuasa kampung berkenaan sebagai suspek.- Agensi

Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment