Thursday, 11 September 2014

Bapa bunuh 5 anak, buang mayat dalam beg sampah

Raleigh (Amerika Syarikat): Seorang bapa mengaku membunuh lima anaknya dan membuang mayat mereka dalam beg sampah di tepi jalan. Menurut jurucakap polis, Timothy Ray Jones, 32, mengaku melakukan pembunuhan terbabit dan membawa mereka ke tempat kejadian.

Kanak-kanak berkenaan yang berumur antara dua dan lapan tahun dilapor hilang oleh ibu mereka di rumah mereka di Carolina Selatan Isnin lalu. Mayat mereka ditemui disumbat ke dalam beg sampah kira-kira 80 kilometer di Alabama keesokannya.

Jones bagaimanapun tidak mendedahkan motif pembunuhan itu walaupun mengaku melakukannya kepada polis di Mississippi.

“Saya mempunyai dua anak dan saya tidak boleh bayangkan apa yang difikirkan oleh lelaki itu sewaktu melakuan perbuatan ini. Sungguh kejam,” kata jurucakap syerif Smith County, Charlie Crumpton. Jones berkongsi hak penjagaan anak bersama bekas isterinya.

Kini, bapa lima anak berkenaan dipenjara di Raleigh, Mississippi selepas ditahan Sabtu lalu atas kesalahan memandu ketika mabuk. Anggota polis yang memeriksa keretanya menemui bahan kimia yang digunakan untuk membuat dadah methamphetamine. Selain itu, cecair peluntur, asid hidroklorik, darah dan kemungkinan apa yang dipercayai cecair badan. - Agensi

Summary : Anak adalah permata, jagalah ia sebaiknya...

Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment