Thursday, 25 September 2014

Guru ganas diburu

SEKUMPULAN murid dari sebuah sekolah ditemui berlumuran darah di bilik guru seni selepas dipukul oleh salah seorang guru berkenaan. Menurut DailyMail, guru yang dikenali sebagai Lei Mingxing itu dipercayai masih bersembunyi di hutan berhampiran Ankang, wilayah Shaanxi kerana diburu polis.



Guru Besar sekolah yang hanya mempunyai 22 murid itu ternyata terkejut dengan tindakan guru terbabit. "Ketika saya melalui bilik guru berkenaan saya terdengar murid-murid itu menangis. Apabila saya ke bilik guru itu, alangkah terkejutnya apabila terlibat murid-murid itu berada di atas lantai dengan berlumuran darah," katanya. Menurutnya, guru seni itu berkhidmat di sekolah itu sejak bertahun-tahun adalah seorang yang baik dan tidak pernah melakukan sebarang tindakan ganas.

Kini, polis melancarkan gerakan besar-besaran untuk memburu seorang guru berkenaan selepas mencederakan empat murid hingga patah tulang tengkorak dengan menggunakan buku teks. Sejurus kejadian itu, kesemua kanak-kanak berkenaan dikejarkan ke hospital di Ankang.

Sementara itu, Ketua Polis Deng Mingshan yakin pemburuan guru tersebut bakal berakhir selepas anggota penyiasat dapat menjejaki kenderaan guru berkenaan yang melalui sebuah kawasan hutan.

Sumber : Sinar Harian

Kaki Jadi Tiang

Seorang lelaki tempatan memenangi hak untuk membawa pulang kakinya yang dipotong dan dijadikan tiang lampu hiasan. Leo Bonten, 53, kemudian mengiklankan lampu itu di laman eBay untuk dijual dengan harga permulaan €100,000 (RM 417,177). Bagaimanapun, iklan itu digugurkan kerana ia melanggar polisi laman berkenaan yang mengharamkan penjualan anggota badan manusia.

Kaki Bonten terpaksa dipotong kerana dijangkiti kuman selepas ia patah dalam satu kemalangan pada Julai 2012. Dalam kejadian itu, rakannya cuba menolak Bonten ke dalam kolam renang namun dia tergelincir dan rakan itu jatuh ke atasnya menyebabkan kakinya mengalami keretakan serius.



Selepas menjalani beberapa pembedahan, dia dijangkiti kuman di bahagian penyambung lutut yang memakan tulangnya. Menjelang Jun 2014, kaki kanannya yang dijangkiti kuman terpaksa dipotong selepas ia tidak lagi berfungsi. Sebaik berbincang dengan doktor mengenai perkara itu, dia mendapat idea untuk menjadikan kakinya tiang lampu. Ideanya itu mengundang pertikaian besar mengenai pemilik kepada anggota yang sudah dipotong dan kebenaran dari segi undang-undang untuk membenarkan Bonten menyimpannya.

Kebiasaannya, anggota badan yang dipotong diserahkan kepada pihak hospital yang menjalankan pembedahan itu dan mereka bertanggungjawab melupuskannya. Ia melanggar undang-undang jika kakitangan hospital tidak melupuskan anggota yang dipotong. Bonten tidak dapat menerima syarat itu dan ketika ditemubual dia berkata: “Kaki saya adalah harta saya. Seorang lelaki tempatan memenangi hak untuk membawa pulang kakinya yang dipotong dan dijadikan tiang lampu hiasan. Leo Bonten, 53, kemudian mengiklankan lampu itu di laman eBay untuk dijual dengan harga permulaan €100,000 (RM 417,177).

Bagaimanapun, iklan itu digugurkan kerana ia melanggar polisi laman berkenaan yang mengharamkan penjualan anggota badan manusia. Kaki Bonten terpaksa dipotong kerana dijangkiti kuman selepas ia patah dalam satu kemalangan pada Julai 2012. Dalam kejadian itu, rakannya cuba menolak Bonten ke dalam kolam renang namun dia tergelincir dan rakan itu jatuh ke atasnya menyebabkan kakinya mengalami keretakan serius. Selepas menjalani beberapa pembedahan, dia dijangkiti kuman di bahagian penyambung lutut yang memakan tulangnya.

Menjelang Jun 2014, kaki kanannya yang dijangkiti kuman terpaksa dipotong selepas ia tidak lagi berfungsi. Sebaik berbincang dengan doktor mengenai perkara itu, dia mendapat idea untuk menjadikan kakinya tiang lampu. Ideanya itu mengundang pertikaian besar mengenai pemilik kepada anggota yang sudah dipotong dan kebenaran dari segi undang-undang untuk membenarkan Bonten menyimpannya.

Kebiasaannya, anggota badan yang dipotong diserahkan kepada pihak hospital yang menjalankan pembedahan itu dan mereka bertanggungjawab melupuskannya. Ia melanggar undang-undang jika kakitangan hospital tidak melupuskan anggota yang dipotong. Bonten tidak dapat menerima syarat itu dan ketika ditemubual dia berkata: “Kaki saya adalah harta saya.

Sumber : Harian Metro

Simple Giveaway & Blogwalking by YANA PINK BLOSSOM




Assalamualaikum w.b.t.


Klik BANNER untuk join

SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by Yana Pink Blossom secara rasminya bermula pada 23 September 2014, jam 11.00 pagi dan akan berakhir pada 30 September 2014, jam 11.59 malam, 1 minggu sahaja. Tujuan utama giveaway ini adalah memudahkan Yana untuk blogwalking ke bloggerista semua yer. Kita boleh berbalas kunjungan sesama peserta. Semua bloggerista dijemput join giveaway ni.


HADIAH : 
WANG TUNAI RM10 x 5 pemenang

*Pemenang akan dipilih melalui random.org


SYARAT-SYARAT :
1. WAJIB follow blog Yana Pink Blossom
                                               2. WAJIB like Fanpage 
3. Buat entri bertajuk Simple Giveaway & Blogwalking by YANA PINK BLOSSOM
4. Copy Coding dan paste di ruang HTML entri anda
5. Tinggalkan URL entri korang di SINI
6. Siap & Good Luck (^^,)



Sunday, 21 September 2014

1st GIVEAWAY RM400 ++ BY ASYA AMIN

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

Antara Hadian2nya adalah:-

1. RM 100 x 1

2. Dress labuh x 2 - By 7teencollection

3. Beats MP3 Player x 6

4. Gelang Mutiara x 1- By Blogger Miss Boo

5. 1 Shirt ( Short/Long sleeves) x 1

Sila lah KLIK SINI untuk join..Gud Luck

MiniGiveaway #3 by Ayie Atiqah

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Jom ramai-ramai meriahkan Minigieaway by Ayie Atiqah...boleh KLIK DISINI.

Giveaway September by Karya Mahirah

Assalamualaikum
[Sila Tekan Banner Diatas Untuk Join]


GA September by Karya Mahirah dianjurkan oleh Karya Mahirah dan di sponsor oleh:

Unta 6.8 juta

Fuh mahalnya harga unta sekarang ya...

Riyadh: Seekor unta baru-baru ini dijual dengan harga SR8 juta (RM6.8 juta) di sini, antara yang tertinggi pernah dicatatkan di negara itu.



Unta muda itu dijual oleh tuannya, Alian Rashid Al Tuhaimi kepada Saleh Brak Al Rashidi, dua pemilik ladang unta terkenal di Arab Saudi. Laporan akhbar Sabq, unta itu dari baka yang sukar didapati.

“Ia mendapat harga paling tinggi tahun ini dan antara yang paling tinggi dibayar untuk seekor unta Arab Saudi,” lapor akhbar itu.

Urusan jual beli itu dilakukan menjelang pertandingan ratu cantik unta yang akan diadakan di negara itu bulan depan. - Agensi

Sumber : Mingguan Metro

Ketagih makan daging kucing

Andernach (Jerman): Seorang lelaki Vietnam di Jerman yang mengaku membunuh, memanggang dan memakan kucing jirannya hairan mengapa dia menjadi sasaran kemarahan pencinta haiwan.

“Apa salahnya makan kucing,” kata Tran Qui selepas dia ditahan kerana memanggang seekor kucing bernama Mungo milik seorang pesara tempatan.



Kini, pemilik kucing di Andernach di Rihneland terpaksa mengurung haiwan peliharaan masing-masing selepas Qui disyaki membunuh dan memakan 30 kucing yang hilang sejak beberapa bulan lalu. Seorang jurucakap polis berkata: “Dia memasak haiwan itu di luar rumah. Mungkin sudah menjadi budaya Asia memakan daging kucing. Tetapi di Jerman, ia tidak boleh diterima.”

Seorang penduduk, Christina Sarwatka berkata, 30 kucing hilang baru-baru ini. “Saya tidak akan biarkan kucing saya keluar lagi. Saya bimbang dia akan dimakan oleh lelaki itu,” katanya.

Qui, bapa lima anak, tinggal di bandar itu sejak dua tahun lalu dan berkata, dia merindui ‘masakan Vietnam.’ “Kerana itu saya masak daging kucing dan memakannya,” katanya.- Agensi

Sumber : Mingguan Metro

Saturday, 20 September 2014

Penyelam Mesir pecah rekod dunia

KAHERAH - MESIR. Rekod Dunia Guinness semalam mengumumkan penyelam Mesir sebagai penyelam air laut paling dalam di dunia selepas berjaya menyelam pada kedalaman 332.35 meter.



Ahmed Gabr mula menyelam sekitar pukul 10.30 pagi (waktu tempatan) semalam, dan menamatkan selaman pada pukul 12.20 pagi hari ini selepas hampir 14 jam berada di dalam air lapor Ahram Online.

Pengiktirafan disampaikan wakil Guinness di Timur Tengah Talal Omar, di atas kapal MV Aeolos. Sebelum ini, rekod dipegang Nuno Gomes dari Afrika Selatan yang menyelam pada kedalaman 318.25 meter pada tahun 2005.

Sumber : Sinar Harian

Friday, 12 September 2014

Segmen : Bloglist September by MOMMYLIZZ

Assalamualaikum....Salam Ukhwah...

Sesiapa yang singgah di blog Michi bolehlah sama-sama kita join Segmen daripada MOMMULIZZ. Sila KLIK SINI untuk join sama-sama.

1. Buat 1 entry bertajuk SEGMEN : BLOGLIST SEPTEMBER by MOMMYLIZZ

2. Follow blog mommy : MommyLizz.com

3. Like Page : MommyLizz Health and Beauty Care

4. Tinggalkan link anda dalam ruangan komen & bagitau mommy anda dalam kategori apa GIRL , BOY , atau BLOGSHOPPE

TARIKH TUTUP : 15 SEPT 2014

SELAMAT MENCUBA....

Segmen : 2nd Giveaway & Blogwalking By Cikna136

Assalamualikum & Selamat Sejahtera...

Apa khabar semua..minta maaf saya baru belajar berjinak-jinak dengan blog.Kalau ada salah dan silap tolong lah komen2 ya..ini adalah kali ke-3 saya masuk pertandingan Giveaway.Apa-apa pun saya nak cuba jugak ..hee..salam perkenalan Cikna136..

Kepada yang lain meh la join sekali.



1) Syarat

- follow blog & insta - buat n3 & back link - klik iklan (cover duit pos) - komen & tag 3 kawan

2) Hadiah

- baucer kfc x 1pemenang - bookmark x 2pemenang - sticker x 3pemenang - bloglist x 10pemenang

3) Hadiah istimewa (blogwalking@komen)

- sticker+naturgo mask x 1pemenang

Kepada Kawan sesiapa nak join silalah: KLIK DISINI

Cungkil mata anak dengan sudu

Mexico City: Sebuah keluarga dipenjara semalam kerana mencungkil mata seorang kanak-kanak berusia lima tahun dengan sudu ketika melakukan pemujaan setan.



Dalam kejadian itu, Fernando Caleb Alvarado Rios diarah menutup mata oleh ibunya di depan datuk, neneknya serta ibu dan bapa saudaranya sambil mereka menari mengelilinginya dan memuja syaitan.

Tetapi apabila Rios terlalu takut untuk melakukan apa yang disuruhnya, ibunya, Maria del Carmen Garcia mengambil sudu dan mencungkil mata kanak-kanak itu bersama-sama anggota keluarganya yang lain.

Mereka ditangkap apabila jiran yang mendengar bacaan mantera yang kuat dari rumah keluarga itu dan melihat kanak-kanak itu menjerit kesakitan. Semalam, dua tahun selepas kejadian pada Mei 2012 itu, sebuah mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun ke atas setiap tertuduh. Seorang saksi berkata: “Kami mendengar jeritan dan mengetuk pintu rumah itu.

Sumber : Harian Metro

Thursday, 11 September 2014

Bank Negara lelong wang kertas

Berita terbaik kepada pengemar-pengemar wang kertas. Bank Negara Malaysia akan mengadakan jualan lelong wang kertas ringgit Malaysia siri istimewa pada 27 September 2014 (Sabtu) ini bertempat di Auditorium Sasana Kijang.



Tujuan jualan utama lelong ini adalah untuk memeberikan peluang sama rata kepada orang ramai untuk memperolehi wang kertas bernombor siri istimewa yang menjadi rebutan dan juga untuk mengalakkan minat dan pemahaman yang lebih baik tentang numistik di kalangan orang ramai.

Jom apa lagi marilah kita beramai-ramai melihat dengan lebih dekat lagi mengenai wang kertas ringgit Malaysia. Untuk maklumat lanjut bolehlah melayari laman web www.mnp.com.my

Sumber : Sinar Harian

Bayi 1 mata meninggal dunia

Beni Suef: Seorang bayi yang dilahirkan dengan satu mata dan hidung di dahi di sebuah hospital di Mesir namun meninggal dunia 15 minit selepas dilahirkan.



Menurut laporan akhbar tempatan semalam, bayi berkenaan dilahirkan secara pembedahan di sebuah hospital di bandar Beni Suef dan doktor menyifatkan ia sebagai kes yang amat jarang berlaku.

Di samping itu, akhbar tempatan semalam, melaporkan bayi berkenaan mempunyai satu mata di tengah-tengah mukanya dan hidung yang terkeluar seperti paku di atas mata berkenaan. - Agensi

Summary : Subahanallah...

Sumber : Harian Metro

Bapa bunuh 5 anak, buang mayat dalam beg sampah

Raleigh (Amerika Syarikat): Seorang bapa mengaku membunuh lima anaknya dan membuang mayat mereka dalam beg sampah di tepi jalan. Menurut jurucakap polis, Timothy Ray Jones, 32, mengaku melakukan pembunuhan terbabit dan membawa mereka ke tempat kejadian.

Kanak-kanak berkenaan yang berumur antara dua dan lapan tahun dilapor hilang oleh ibu mereka di rumah mereka di Carolina Selatan Isnin lalu. Mayat mereka ditemui disumbat ke dalam beg sampah kira-kira 80 kilometer di Alabama keesokannya.

Jones bagaimanapun tidak mendedahkan motif pembunuhan itu walaupun mengaku melakukannya kepada polis di Mississippi.

“Saya mempunyai dua anak dan saya tidak boleh bayangkan apa yang difikirkan oleh lelaki itu sewaktu melakuan perbuatan ini. Sungguh kejam,” kata jurucakap syerif Smith County, Charlie Crumpton. Jones berkongsi hak penjagaan anak bersama bekas isterinya.

Kini, bapa lima anak berkenaan dipenjara di Raleigh, Mississippi selepas ditahan Sabtu lalu atas kesalahan memandu ketika mabuk. Anggota polis yang memeriksa keretanya menemui bahan kimia yang digunakan untuk membuat dadah methamphetamine. Selain itu, cecair peluntur, asid hidroklorik, darah dan kemungkinan apa yang dipercayai cecair badan. - Agensi

Summary : Anak adalah permata, jagalah ia sebaiknya...

Sumber : Harian Metro

Lidah paling panjang

(Monterey): Nick Stoeberl, 22, artis dan pelawak dari bandar di California ini tidak pernah bosan berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai pemilik lidah terpanjang di dunia sejak dua tahun lalu.

Awal tahun ini, Guinness World Records akhirnya mengukur lidahnya dan mengisytiharkan lidah Stoeberl sepanjang 3.97 inci (10.08 sentimeter) dari pangkal hingga ke hujungnya. Ia bermakna dia mengatasi rekod dicatatkan Stephen Taylor, 52, warga Britain yang lidahnya 3.86 inci (9.8sm).



Stoeberl memilih masa yang tepat memasuki Buku Guinness World Records Edisi 2015 - koleksi ke-60, mula dijual semalam. - Agensi

Summary : Akhirnya tercapai jugak cita-cita pemuda ini ya...

Sumber : Harian Metro

Lot parkir RM3.16 juta

New York: Pemaju sebuah kondominium di kejiranan SoHo di sini menawarkan lot parkir yang lebih mahal berbanding sebuah rumah sederhana mewah di Dallas atau Seattle - AS$1 juta (RM3.16 juta).



Akhbar New York Times melaporkan, 10 parkir bawah tanah di 42 Jalan Crosby itu jauh lebih mahal daripada apartmen di atasnya. Lot parkir berkenaan akan dijual dengan harga antara kira-kira AS$5,000 (RM16,000) dan AS$6,666 (RM21,300) setiap kaki persegi.

Apartmen tiga bilik diatasnya berharga sekitar AS$8 juta (RM25.6 juta) hingga AS$10 juta (RM32 juta) atau kira-kira AS$3,100 (RM9,900) setiap kaki persegi. Ketua Pegawai Esekutif syarikat pemaju itu, Shaun Osher berkata, kawasan parkir di SoHo amat terhad dan pihaknya bersedia untuk menjadi pendahulu dalam menetapkan harga mahal bagi tempat letak kereta. - Agensi

Summary : Hu..hu...dimalaysia kalau wang sebanyak boleh membantu ramai orang..

Sumber : Harian Metro

Lena selepas mencuri

Sarasota (Florida): Seorang pencuri ditangkap selepas polis menemuinya tertidur di atas katil di rumah mangsa. Polis sempat merakam gambar dia terlena sebelum mengejutkannya.



Dion Davis, 29, ditemui tertidur di atas katil di sebuah rumah di Sarasota County oleh seorang pembantu rumah yang kemudian menelefon polis. Di sebelahnya ialah beg plastik berisi barang kemas milik tuan rumah yang diambilnya sebelum dia tertidur. Apabila polis tiba, mereka merakam gambar Davis dengan menggunakan telefon bimbit masing-masing.

Davis kelihatan benar-benar lena sehinggakan tindakan polis itu gagal menyedarkannya. Davis yang menyifatkan dirinya sebagai ‘Juruteknik Kelengkapan Keselamatan’ dalam Facebooknya ditahan dan dituduh merompak.

Pembantu rumah itu memberitahu polis, dia tiba untuk membersihkan rumah berkenaan dan mendapati tingkap dapur terbuka serta Davis lena di atas katil. Polis berkata, pencuri berkenaan sebelum itu menyelongkar laci dan almari di seluruh rumah berkenaan untuk mencari barang berharga.- Agensi

Sumber : Harian Metro

Wednesday, 10 September 2014

Marahkan suami buang anak

GARA -gara tindakan tidak berhati perut meninggalkan anak kembarnya di koridor sebuah blok pangsapuri di timur laut Romania, seorang wanita berdepan tuduhan melakukan kekejaman terhadap kanak-kanak dan hilang hak penjagaan anak-anaknya.



Mihaela Boghian, 32, didakwa meninggalkan Antonia dan Iasmina, 8 bulan, di bandar Piatra Neamt kerana mendapat kerja sebagai pemetik buah di sebuah ladang di Britain. Bapa kanak-kanak itu, Marius Boghian, 35, yang bekerja di Jerman berkata, dia bergegas ke Romania selepas menonton berita di televisyen yang memaparkan wajah anak kembarnya itu.

“Saya selalu menonton berita di Romania menerusi internet, dan ketika wajah anak saya dipaparkan, saya terkejut. Saya cuba hubungi isteri tetapi tidak dapat. Kemudian saya menghubungi polis dan mereka mengesahkan itu memang bayi saya,” katanya. Difahamkan menurut laporan Daily Mail, suspek bertindak meninggalkan bayinya kerana tidak berpuas hati dengan jumlah wang dikirim Marius untuk penjagaan anak-anak dan berasa terbeban.

Pengarah Penjagaan Kanak-kanak Tempatan, Cristina Pavaluta berkata, suspek dikatakan telah menyedari kesilapannya, dan inginkan kembali anak kembarnya itu. Namun, kanak-kanak itu akan kekal di bawah jagaan bapanya dengan dipantau pekerja sosial sehingga siasatan selesai.

Sumber : Sinar Harian

Cacat bukan penghalang

JIKA melihat kepada keadaan fizikalnya dengan leher terlipat ke belakang, pasti tiada siapa menyangka insan istimewa ini sebenarnya adalah seorang akauntan dan penceramah awam.

Nyata, kecacatan Claudio Vieira de Oliveira, 37, dari Monte Santo, Brazil yang menderita penyakit arthrogryposis iaitu keadaan menyebabkan sendi melengkung di beberapa kawasan badan ketika dilahirkan bukanlah penghalang untuk dia mengecap kejayaan sama seperti manusia normal lain. Selepas dilahirkan, pasukan perubatan memberitahu ibu Claudio yang dia tidak akan mampu untuk terus hidup. Namun, Claudio membuktikan sangkaan mereka meleset dan dia masih hidup sehingga ke hari ini.



Ketika berusia lapan tahun, Claudio mula berjalan menggunakan lutut dan keluarganya terpaksa menukar lantai rumah supaya dia boleh bergerak tanpa mencederakan dirinya. “Sejak kecil, saya cuba berdikari dan tidak terlalu bergantung dengan orang lain. Saya belajar menghidupkan televisyen dan radio, mengambil telefon bimbit, melayari internet dan menggunakan komputer,”katanya.

Claudio memegang pen menggunakan mulut, mengendalikan telefon dan tetikus dengan bibir serta mempunyai kasut khas yang memudahkan pergerakannya ketika berada di luar rumah. Sikap berdikarinya menyaksikan dia berjaya di sekolah dan universiti sehingga melayakkannya bergelar akauntan dari State University of Feira de Santana.

“Saya tidak melihat diri saya berbeza dengan orang lain. Saya lebih yakin untuk tampil di khalayak ramai dan saya boleh katakan bahawa saya seorang penceramah awam antarabangsa yang profesional dan turut menerima jemputan dari seluruh dunia,”katanya kepada Mail Online.

Sumber : Sinar Harian

Ketagih makan lilin

SESETENGAH orang mempunyai tabiat menggigit kuku yang dianggap tidak sihat kerana boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Tetapi, kembar berumur 50 tahun dari Bradford, England ini mempunyai ketagihan pelik akibat masalah gangguan makanan atau Pica yang menyebabkan mereka cenderung memakan bahan tertentu.



Adele mendakwa dia gemar memakan lilin sejak berumur lapan tahun dan ia langsung tidak mendatangkan kesan buruk kepada kesihatannya. Kembarnya, Anita memberitahu dia mengalami Pica ketika hamil kira-kira 24 tahun lalu.

"Saya mula mengidam objek yang berbau seperti tiket bas lama dan akhirnya menemui bau sama pada buku terpakai. Rasanya juga lebih enak seperti memakan bar coklat," katanya. Ahli psikologi, Marcia Karp memaklumkan terdapat banyak faktor yang menyebabkan seseorang ketagih untuk mengambil 'makanan' pelik sepanjang hidup mereka.

"Sebagai contoh, Pica mungkin dialami sesetengah wanita hamil dan kadang-kadang disebabkan oleh defisit mineral," jelasnya kepada DailyMail.

Sumber : Sinar Harian

Bunuh anjing dalam mesin basuh

Hong Kong: Polis semalam melancarkan siasatan berhubung kes penderaan haiwan selepas seorang lelaki memuat naik gambar ke Internet yang menunjukkan dia membunuh seekor anjing dengan memerangkapnya di dalam mesin basuh.

Gambar itu yang dimuatnaik oleh lelaki yang menamakan dirinya Jacky Lo menunjukkan seekor anjing kecil cuba memanjat keluar dari mesin basuh itu sementara satu lagi menunjukkan haiwan berkenaan bergelut untuk mengelak dirinya daripada lemas ketika mesin itu berpusing.



‘Lo’ berkata dia memuat naik gambar itu untuk menunjukkan ‘cara paling pantas untuk memandikan anjing.’ Menjawab satu soalan oleh seorang pengguna yang bertanya sama ada dia membunuh haiwan itu, ‘Lo’ menjawab dalam ruang komen di bawah gambar itu: “Ya. Ia sudah mati.

Anda mahu melihatnya?” Hampir 20,000 pengguna Internet di Hong Kong menandatangani petisyen menerusi online menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap lelaki itu. - Agensi

Sumber : Harian Metro

Ibu sumbat dua mayat bayi dalam peti sejuk

Serville (Sepanyol): Seorang wanita akan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh selepas dua mayat anak yang baru dilahirkannya ditemui di dalam peti beku. Kedua-duanya ditemui berbungkus dalam plastik oleh bapa mereka ketika membersihkan peti berkenaan.

Satu mayat itu dipercayai disimpan di dalam peti itu sekurang-kurangnya sejak 18 bulan lalu. Polis berkata, kedua-dua bayi itu dilahirkan hidup tetapi dibunuh. Wanita berkenaan mengaku melahirkan bayi pertama di dalam tab mandi tetapi mendakwa keguguran.

Wanita itu berkata, dia menyembunyikan kehamilannya daripada pengetahuan suami kerana bimbang lelaki berkenaan berang disebabkan mempunyai anak yang ramai. Selepas mayat itu ditemui, polis melancarkan gerakan mencari di sekeliling rumah pasangan itu, termasuk di laman dan telaga.

Wanita itu yang hanya dikenali sebagai Sara LH berkata, dia meletakkan mayat anaknya di dalam peti beku itu kerana tidak sanggup untuk berpisah dengan mereka.

Sumber : Harian Metro

Lawak bodoh dikecam

Riyadh: Seorang lelaki dipercayai warga Saudi meletakkan seorang bayi di dalam periuk yang penuh dengan sayur-sayuran sebelum menggunakan sudip untuk mengacau peiuk berkenaan. Sambil mengacau dia berkata: “Ini yang akan kami makan malam ini.”



Rakaman video itu yang disiarkan media tempatan menujukkan bayi itu yang hanya berusia empat bulan, dimasukkan ke dalam periuk itu dan kemudian ditutup sebelum di tempatkan di atas dapur. Kemudian kedengaran suara seorang wanita yang menyuruhnya berhenti berbuat demikian.

Akhbar Sabq yang melaporkan kejadian itu bagaimanapun tidak menyebut di mana rakaman itu dibuat dan tidak dapat dipastikan sama ada lelaki itu bergurau atau serius.

Bagaimanapun, pembaca mengecam tindakan lelaki itu serta menggesa pihak berkuasa menjejaki dan menghukumnya. Seorang pembaca menulis: “Hati sebahagian besar manusia kini sudah keras seperti batu. Semoga Allah tidak mengampunkan dosanya.” - Agensi

Sumber : Harian Metro

Monday, 8 September 2014

Tuah tangkap udang kara Albino

Maine (Amerika Syarikat): Dua penangkap udang membuat tangkapan luar biasa apabila menjerat sepasang udang kara albino dalam dua kejadian berasingan di Owls Head.

Akhbar Portland Press Herald melaporkan dalam kejadian pertama Bret Philbrick menangkap haiwan berkenaan pada Khamis lalu manakala seorang lagi, Joe Bates membuat tangkapan itu beberapa hari sebelumnya.



Udang kara albino amat jarang ditemui, malah kemungkinan melihatnya dijangka hanya satu dalam sejuta. Dua udang kara itu kini disimpan di Owls Head Lobster Co. Seekor akan di hantar ke Akuarium Negeri Maine dan satu lagi ke Brooks Trap Mill.

Kedua-duanya masih tidak cukup besar mengikut saiz yang diperuntukkan undang-undang dan dalam keadaan biasa sepatutnya dimasukkan semula ke laut.

Bagaimanapun, Peronda Marin memberikan pengecualian dalam kes itu. Bates turut berjaya melakukan satu lagi tangkapan satu dalam sejuta pada Isnin lalu, iaitu udang kara kuning. - AP

Sumber : Harian Metro

Saturday, 6 September 2014

Tak boleh tahan !!

Mumbai: Seorang suami terpaksa merayu kepada hakim supaya meluluskan permohonannya untuk bercerai dengan isteri gara-gara tidak terdaya memuaskan kehendak batin wanita terbabit. Lelaki itu memberitahu mahkamah di Mumbai isterinya sering ‘membulinya’ untuk mengadakan hubungan seks secara berterusan sejak mereka berkahwin pada April 2012. Menurut laporan media semalam, lelaki berkenaan mendakwa isterinya turut memaksa dia melakukan pelbagai cara untuk memuaskan dirinya, termasuk aksi luar tabii. “Apabila saya cuba menolak permintaan melampau berkenaan, dia mula mendera sehingga akhirnya saya terpaksa akur permintaan itu,” kata lelaki terbabit.

Dalam keterangannya, lelaki terbabit mendakwa sikap melampau isterinya kian menjadi-jadi sejak dia mengalah. Pada ketika tertentu, kata lelaki itu, isterinya membeli ubat tenaga batin dan memaksanya mengambil bahan berkenaan. “Dia juga memaksa saya meminum arak untuk menambah nafsu,” katanya.

Lelaki itu memberitahu mahkamah, dia mengalami tekanan kerana suasana di rumah tidak sedikit pun membantunya selepas kepenatan bekerja. Katanya, dia bekerja secara syif. Untuk menguatkan tuntutannya, lelaki terbabit mendedahkan pada 2012 dia mengalami masalah kesihatan dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital. Isterinya pula enggan menemani, sebaliknya pulang ke rumah kakaknya.

Dua minggu kemudian apabila si suami pulih sedikit, isterinya pulang dengan kemahuan sama dan enggan mengambil kira keadaan kesihatannya. “Kini saya uzur terus dan tidak boleh berehat,” katanya ketika ditemui. Kesabaran lelaki itu berakhir ekoran insiden pada Oktober tahun lalu. Selepas menjalani pembedahan membuang apendiks nasibnya tidak berubah dan terpaksa berdepan dengan tuntutan melampau si isteri.- Agensi

Sumber : My Metro Ahad

Gambar selfie menang Anugerah selfie dunia

Preston: Sekeping gambar selfie di hari perkahwinan membawa tuah kepada pasangan Andrew Robinson dan Sally Rose apabila mereka diiktiraf sebagai pememang Anugerah Selfie Dunia. Gambar berkenaan dirakam pasangan terbabit ketika mereka memeterai perkahwinan di sebuah gereja di Treales, Lancashire.

Kata Robinson, ia bermula dengan sekadar rakaman gambar suatu keseronokan, tetapi juruukur binaan, itu nyata amat teruja selepas menyedari ada pertandingan selfie di Internet. “Saya memutuskan untuk mengambil selfie setelah mendapat kelulusan daripada paderi dengan menggunakan ‘pengapit lelaki’ saya, iPhone,” katanya. Dia kemudian menghantar penyertaannya.



Sally - jururawat di Hospital Royal Preston - berkata, dia bukan penggemar media sosial dan tidak tahu langsung suaminya menghantar penyertaan. Pasangan itu bertemu ketika di bangku sekolah lagi dan bertunang selama dua tahun di Menara Empire State.

Gambar selfie pasangan ini dimuatkan dalam ruangan perkahwinan Lancashire Evening Post Julai lalu. Pertandingan berkenaan dianjurkan Mobiles.co.uk dan menerima hadiah telefon pintar pilihan sendiri, selain piala kristal yang terukir dengan selfie mereka. - Agensi

Sumber : My Metro Ahad

Mini GA September Cash RM300 by Emas Putih

As-Salam

[Siala nak join sila tekan banner di atas]

Mini GA September Cash RM300 ini di anjurkan oeh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih ,  Anagurls , Aimisyafiqah , Julia , Dyba , Tarmizi Mizi , Angah Judin , Amir Zahari , Nisa Ahmad , Halim Brothers 

Giveaway Blogwalking Bersama Mamaniza.com


Assalamualaikum

Dengan ini, dilancarkan Giveaway Blogwalking Bersama Mamaniza.com

Bermula 9 pagi 1 September dan akan tamat pada 12 malam 10 September 2014

Tujuan giveaway ini :  Untuk memperkenalkan blog-blog baru dalam dunia blogging serta dapat juga menambah rakan-rakan baru dalam list follower anda. 

Sila FOLLOW BLOG mereka :


Sila LIKE PAGE mereka :


Sila FOLLOW IG mereka :
[nor_farihan] [aimimiddleton] [shidaradzuan] [ct aman] [huda] [asha]

Senarai Hadiah :
Goodie Beg - 40 pemenang (Mama)
Top up RM 10 - 9 pememang
Top up RM 5 - 5 pemenang
Wang Tunai RM 30 - 2 pemenang
Dish Wash Concentrate Shaklee - 1 pemenang
Potrait - 2 pemenang
Novel - 1 pemenang
Shawl - 5 pemenang
Fridge Magnet + Bookmark LE - 3 pemenang
Button Bagde + Bookmark LE - 2 pemenang
Agent Dorship Sophie - 20 pemenang
Brooch - 2 pemenang
Header Blog - 1 pemenang
Keychain - 1 pemenang
Buku Motivasi - 1 pemenang
Coin Purse dan Bookmark - 3 pemenang

Nota : Diharap semua peserta dapat memenuhi syarat yang ditetapkan, dan enjoy blogwalking oke!

Friday, 5 September 2014

10 Masjid tercantik di dunia

1) Masjidil Haram, Makkah, Arab Saudi



Masjidil Haram, Makkah, Arab Saudi adalah masjid terbesar di dunia terletak di kota suci Makkah dan berada di sekitar Kaabah. Masjid ini merupakan tempat paling suci bagi umat Islam dan sebagai penunjuk arah kiblat. Ketika ini, luas Masjidil Haram ialah 39.6 hektar termasuk ruang solat luar dan dalam. Ketika musim Haji, ia mampu menampung sehingga 4 juta Jemaah.

2) Masjid Nabawi



Masjid kedua terbesar di dunia selepas Masjidil Haram dan kedua paling suci bagi umat Islam. Salah satu tempat paling penting pada masjid ini adalah Kubah Hijau di mana ia menempatkan makam Nabi Muhammad SAW.

3) Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis, Palestin



Majid Al-Aqsa bermaksud masjid paling jauh, dan ia merupakan tempat suci bagi kota lama Baitulmaqdis. Bagi umat Islam, masjid ini adalah masjid ketiga paling suci selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

4) Masjid Zahir, Kedah, Malaysia



Dibina pada 1912 dan dibiayai Tunku Mahmud iaitu anak Sultan Tajuddin Mukarram Shah. Di sini juga terletaknya makam pahlawan Kedah yang maut ketika mempertahankan negeri itu dari Siam pada 1981. Seni binanya diilhamkan dari Masjid Azizi di Langkat, utara Sumatera di Indonesia. Terdapat lima kubah melambangkan rukun Islam.

5) Masjid Sultan Omar Ali Saifudin, Brunei



Masjid Sultan Omar Ali Saifudin, Brunei adalah masjid diraja Kesultanan Brunei terletak di Bandar Seri Begawan. Masjid ini diklasifikasikan sebagai masjid paling hebat di rantau Asia Pasifik dan menjadi antara tarikan utama pelancong. Bagi masyarakat tempatan, masjid ini adalah mercu tanda negara mereka.

6) Masjid Taj’ul, Bhopal, India



Terletak di Bhopal, India, masjid ini adalah salah satu masjid terbesar di Asia. Pada sebelah petang, ia digunakan sebagai sekolah agama.

7) Masjid Baiturrahman, Banda Aceh, Indonesia



Dahulu, masjid ini adalah masjid Kesultanan Aceh. Apabila Belanda menyerang Banda Aceh pada 1873, masjid ini dibakar dan Belanda membina sebuah masjid baharu sebagai pengganti. Kubah pertama masjid disiapkan pada 27 Disember 1883, dan tiga lagi kubah ditambah pada 1935. Kini, ia dikembangkan kepada lima kubah pada 1959 hingga 1968.

8) Masjid Sultan, Singapura



Terletak di Muscat Street dan North Bridge Road di Kampung Glam Rochor. Sejak ia dibina, masjid ini tidak banyak berubah. Hanya penambahbaikan kecil sahaja dilakukan di ruang utama pada 1960 dan ruang tambahan dibina pada 1993. Pada 14 Mac 1975, ia diiktiraf sebagai monumen kebangsaan.

9) Masjid Faisal, Islamabad, Pakistan



Ia masjid terbesar di selatan timur dan selatan Asia serta keempat terbesar di dunia. Pada 1986 hingga 1993, ia merupakan masjid terbesar di dunia sebelum selesainya pembinaan Masjid Hassan II di Casablanca, Maghribi dan pembesaran Masjidil Haram serta Masjid Nabawi pada 1990-an.

10) Masjid Qol Shariff, Rusia



Ia adalah salah satu masjid terkenal di Rusia. Nama masjid ini diambil sempena nama Imam Qol Shariff pada abad keenam.

Summary : Subahanallah...cantik sungguh masjid...

Sumber : Sinar Harian

Mangsa serangan asid

AYAH kepada dua anak ini menjalani hidup seharian dengan dibelenggu trauma melampau selepas menjadi mangsa serangan asid dilakukan oleh individu tidak dikenali di Rayleigh, Essex. Ketika kejadian, Darren Pidgeon, 27, sedang memandu bersendirian untuk menuju ke pusat bandar kira-kira jam 12 malam.

Kenderaannya tiba-tiba dihampiri dua lelaki bermotosikal dan mengarahkannya memberhentikan kenderaan. Dia kemudiannya membuka tingkap lalu di sembur dengan asid oleh lelaki berkenaan. Dalam kesakitan dia turut dibelasah lelaki terbabit. "Awalnya, saya ingat ia adalah semburan lada tetapi lama-kelamaan saya merasa perit. Saya tidak mampu melawan ketika itu kerana kulit saya mula melecur dan memedihkan. Saya menjerit meminta tolong," katanya.



Menurutnya, kejadian itu benar-benar meninggalkan kesan terhadap hidupnya. "Nasib baik, saya tidak buta cuma parutnya masih kekal. Kini saya kehilangan pekerjaan dan terpaksa meminta bantuan kerajaan," katanya. Polis penyiasat berkata, motif serangan masih belum diketahui dan pihaknya merayu kepada mana-mana individu untuk tampil sebagai saksi kejadian.

Akibat daripada serangan itu, Darren dimasukkan ke hospital selama empat minggu untuk menjalani rawatan cantuman kulit. Darren kini berpindah ke London untuk mendapatkan rawatan kulit dari doktor pakar bagi menjalani pembedahan plastik. "Saya mahu mereka diberkas secepat mungkin kerana perkara sama boleh terjadi kepada orang lain," katanya dalam laporan Dailymail.

Sumber : Sinar Harian

Thursday, 4 September 2014

Dipaksa jilat ludah sebelum dibunuh

Jailpaiguri: Polis di Benggala Barat semalam melancarkan siasatan berhubung dakwaan seorang gadis belasan tahun dirogol dan dibunuh selepas dimalukan jawatankuasa kampung. Menurut laporan, gadis berusia 15 tahun itu mulanya membantah tindakan jawatankuasa berkenaan memukul bapanya kerana gagal membayar pinjaman yang diambilnya untuk membeli jentolak.

Tindakan gadis itu menyebabkan jawatankuasa berkenaan mengalihkan kemarahan mereka kepadanya, termasuk memaksa dia meludah dan menjilat semula. Sebaik kejadian itu, gadis terbabit hilang.

Mayatnya ditemui kelmarin berhampiran landasan kereta api di daerah Jalpaiguri. Seorang lelaki yang menemui mayat itu berkata, pakaian gadis itu terselak hingga ke bahu dan dipercayai diperkosa. Anggota keluarganya membuat laporan polis dengan menamakan 13 orang anggota jawatankuasa kampung berkenaan sebagai suspek.- Agensi

Sumber : Harian Metro

Wanita tak kesal penggal anak

Anguo (China): Seorang ibu yang memenggal kepala anaknya yang berusia 16 bulan dengan pisau memberitahu polis, dia tidak menyesal membunuh kanak-kanak itu. Feng Tai, 31, mengaku dia mulanya mencekik bayi itu sehingga mangsa pengsan di rumah keluarganya sebelum memenggalnya ketika dia masih bernyawa.

“Memang saya membunuhnya dan tidak menyesal. Dia tidak perlu menderita kerana dia sudah bebas,” katanya kepada polis. Abang wanita itu, Feng Tsao, 34, berkata: “Adik saya tertekan sejak melahirkan anak itu dan suaminya bekerja jauh serta jarang balik.

“Keluarga kami membantunya. Keluarga mentuanya juga bantu. Tetapi, dia sering tertekan. “Dia menelefon saya pada tengah malam untuk memberitahu dia membunuh anaknya. Saya mulanya tidak percaya, tetapi apabila tiba di rumahnya, dia menunjukkan kepala anaknya. Sungguh mengerikan.” Polis menemui mayat mangsa tertanam di belakang rumah keluarga itu di bandar Anguo di wilayah Hebei, timur laut China.



“Feng Tai mengaku membunuh anaknya, tetapi dia jelas kelihatan tidak sihat. Kami meneruskan siasatan sementara wanita itu dihantar untuk pemeriksaan psikiatrik,” kata jurucakap polis.

Bercakap menerusi telefon dengan wartawan tempatan, bapa bayi itu. Liu Yen, berkata: “Ia tragedi buruk. Saya tidak ada pilihan lain kecuali bekerja jauh dari keluarga. Saya tahu isteri saya tidak gembira, tetapi kami perlukan wang.” - Agensi

Sumber : Harian Metro

Berpusing macam baju dalam mesin basuh

Pasadena (Amerika Syarikat): Seorang kanak-kanak berusia lima tahun nyaris maut apabila dia terperangkap dalam mesin basuh di sebuah kedai dobi di sini, semalam. Kanak-kanak itu berada dalam mesin yang berpusing pada kelajuan tinggi selama beberapa minit sebelum disedari seorang lelaki.

“Mesin berkenaan berpusing laju dan dia berada di dalamnya. Mujur ada orang yang melihatnya. “Mulanya dia menyangka ia baju atau sesuatu kerana ia bergerak terlalu laju,” kata jurucakap polis, Van Mitchell. Beberapa minit sebelum itu, seorang wanita cuba menggunakan mesin berkenaan, tetapi memaklumkan kepada pengurus mesin itu tidak boleh digunakan.



Polis tidak pasti bagaimana kanak-kanak itu boleh memasuki mesin berkenaan dan terperangkap di dalamnya. Mangsa cedera teruk tetapi selamat dan kini dirawat di hospital di Texas. - AFP

Sumber : Harian Metro

Lelaki mabuk jadi " Superman"

Suqian (China): Seorang lelaki mabuk yang terpaksa berpura-pura menjadi ‘Superman’ bagi menghentikan tindakan seorang kanak-kanak menjerit, ditangkap selepas cedera setelah terjun dari sebuah bangunan apartmen dengan hanya berseluar dalam.

Tang Lei, 25, memberitahu polis di Suqian, dia memecah masuk sebuah rumah di apartmen berkenaan selepas minum bersama beberapa kawan. Katanya, dia menyangka rumah itu kosong. Bagaimanapun, dia terkejut apabila anak tuan rumah itu terjaga. “Untuk memastikan dia tidak menjerit, saya memberitahunya akan terbang pulang ke tempat asal saya. “Dia tidak percaya dan memberitahu saya, ‘jika anda Superman, buktikan anda boleh terbang atau saya akan menjerit.



“Saya tidak mempunyai pilihan. Saya menanggalkan pakaian sehingga tinggal seluar dalam serta berjalan ke tingkap. “Saya lihat ada bumbung di bawah dan yakin saya boleh terjun ke situ,” kata Tang di hospital. Polis kemudian menemuinya dalam keadaan luka. Dia kini berdepan hukuman penjara tujuh tahun jika didapati bersalah atas tuduhan merompak. - Agensi

Sumber : Harian Metro

Monday, 1 September 2014

RM31,800 untuk bebaskan ikan Sturgeon

Heilongjiang (China): Seorang wanita menggemparkan media sosial apabila membelanjakan 60,000 yuan (RM31,800) supaya dia boleh membebaskan ikan sturgeon.

Ikan itu, spesies yang diancam kepupusan ditangkap seorang nelayan, Bai Weijie. “Ikan itu sungguh kuat. Saya tidak pernah tangkap ikan sebesar itu,” kata Bai Weijie. Ikan berkenan berukuran dua meter panjang dan berat 537 kilogram.



Kakitangan perikanan yang dimaklumkan mengenai penangkapan itu berkata, ia ikan betina sturgeon jenis Huso Dauricius yang boleh hidup sehingga 38 tahun. Sebaik mendengar mengenainya, wanita berkenaan Dai Hongjuan, membeli ikan itu dari Bai dengan harga 60,000 yuan dan melepaskannya di sungai berhampiran.


“Saya tidak pernah melihat ikan sebesar itu. Saya melakukannya hanya untuk membantu menyeimbangkan ekologi dan melindungi hidupan liar. Saya tak minta sebarang ganjaran,” katanya. Huso Dauricus juga digelar ‘panda gergasi dalam air’ dan dikatakan ikan air tawar terbesar di dunia. - Agensi

Summary :

Ikan ini memang ikan yang di ancam kepupusan dan juga sukar ditemui.Ikan Sturgeon Bintang (nama saintifik: Acipenser stellatus), juga di kenali sebagai Uzun Burun (Turki:hidung panjang) dan Drakul, ialah spesies ikan sturgeon yang hidup di lembangan Laut Hitam, Laut Azov, dan Laut Caspian, tetapi jarang ditemui di Laut Adriatik.

Ikan ini boleh mencapai 220 sentimeter (melebihi 7 kaki) panjangnya, dan sehingga 80 kilogram (lebih kurang 180 paun) beratnya. Usia maksimum yang dilaporkan untuk spesies ini ialah 27 tahun.

Sumber : Harian Metro

Sorok jam Rolex dalam kemaluan

Las Vegas: Tiga wanita ditahan di sini selepas mereka mencuri dua jam Rolex dan menyorokkannya di dalam kemaluan mereka. Polis berkata, ketiga-tiga wanita itu mulanya memasuki bilik dua tetamu sebuah hotel di Las Vegas, memberi arak dan melakukan aksi seks dengan mangsa sebelum cuba melarikan diri bersama-sama jam mahal itu.



Bagaimanapun, Bryanna Warren, 23, Trinity Kennard, 23 dan Charmella Triggs ditangkap selepas CCTV dalam lif di hotel kasino Encore merakam dua wanita itu menyembunyikan jam berkenaan di dalam kemaluan masing-masing. Menurut laporan polis, kejadian bermula dengan Bryanna dan Charmella berfoya-foya bersama-sama seorang pelancong warga India di bar hotel berkenaan. Mereka kemudian minum di biliknya apabila disertai seorang lagi rakan lelaki terbabit. Wanita itu kemudian mempelawa rakan mereka, Trinit ke bilik itu.

Polis berkata, seorang wanita itu menanggalkan pakaian seorang lelaki berkenaan dan melakukan aksi seks padanya di bilik berasingan menyebabkan lelaki berkenaan menanggalkan jam Rolexnya yang berharga £7,500 (RM39,240). Pada masa sama, seorang lagi wanita melayan tetamu lain, menyebabkan dia juga menanggalkan jam Rolexnya yang berharga £2,500 (RM13,000). Menurut polis, seorang mangsa itu menyedari jamnya diambil dan ketiga-tiga wanita itu melarikan diri ke arah lif dengan lelaki berkenaan mengejar mereka. Seorang wanita itu mengeluarkan pistol dan mengancam menembaknya.

Ketika berada di dalam lif, dua wanita itu dirakam menyelak baju mereka, mencangkung dan memasukkan jam ke dalam kemaluan masing-masing. Polis menahan wanita itu di luar lif selepas pengawal keselamatan dimaklumkan oleh mangsa. Jam itu ditemui ketika pemeriksaan menyeluruh dilakukan ke atas mereka.

Summary : Macam - macam idea betullah diorng nie...

Sumber : Harian Metro

Leadra manusia paling tertua di dunia

Mexico City: Seorang wanita Mexico menjadi manusia paling tua masih hidup semalam apabila meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke 127. Peminat coklat, Leandra Becerra Lumbreas dilahirkan pada 31 Ogos 1887, berusia 27 tahun apabila Perang Dunia Kedua meletus dan 82 tahun apabila lelaki pertama di dunia menjejakkan kaki di bulan.

Rahsia Leandra hidup lama ialah dengan amalan pemakanan yang baik, mengunyah coklat dan tidur selama beberapa hari ketika sudah lanjut usia, kata keluarganya. Leandra dilapor menyertai perang ketika Revolusi Mexico pada 1910-1917 dan menjadi pemimpin Adelitas, kumpulan bersenjata wanita.



Bekas tukang jahit yang berasal dari Zapopan, barat Mexico, sudah kehilangan lima anak dan beberapa daripada 20 cucunya - yang terbaru pada 2013 apabila anaknya 90 tahun meninggal dunia. Dia juga memiliki 73 cicit dan 55 piut. Leandra 12 tahun lebih tua daripada Misao Okawa, orang yang diiktiraf paling tua hidup di dunia ketika ini, menurut Buku Rekod Dunia Guinness. Pihak berkuasa Mexico kini berusaha menyediakan sijil kelahiran baru selepas wanita itu hilang sijil asal 50 tahun lalu ketika berpindah rumah. Cucunya, Miriam Alvear memberitahu akhbar tempatan El Horizonte, walaupun sudah pekak dan rabun, Leandra masih menghiburkan keluarganya dengan cerita seperti yang terdapat dalam buku sejarah.

Satu-satu barangan yang boleh mengingatkannya mengenai kisah lampau ialah sudu perak yang dibuat pada 1847, sepasang subang emas, cincin dan jam saku yang dilakar dengan gambar kereta api. “Dia sentiasa berjuang. Dia masih menjahit sehingga dua tahun lalu. Dia tidak pernah berhenti melakukan kerja. Mungkin itu yang menyebabkan dia hidup lama,” kata Miriam. -Agensi

Summary : Semoga nenek ini sihat selalu.

Sumber : Harian Metro