Sunday, 27 March 2016

TRIP TO LOMBOK (DAY 1 - 01/03/2016)

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulilah...setelah berkurun lamanya baru sekarang Michi dapat mengupdate cerita mengenai  perjalan trip backpacker pada tahun ini. Tanpa membuang masa you ollss boleh lah refer dibawah yea.

Untuk perjalanan kali ini, Michi macam biasalah akan membeli tiket flight seawal setahun sebelumnya. Kali ini Michi dan kawan - kawan sekerja memilih perjalan ke LOMBOK. Tiket flight kami beli last year dapatlah harga murah return RM211 + RM 16 (processing credit card) . Total price tiket seorang adalah RM 227..murah kan...ehem..ehem....yea.

Day 1 (01/03/2016 - Tuesday)

03:00 am
- Berkumpul di Midvalley & seterusnya bergerak ke Terminal Bas Selatan.

03:30
- Sampai TBS terus parking kereta di Level 5 (alhamdulilah harga parking murah RM4 p/entry)
  refer link nie Terminal Bas Selatan.
- Terus membeli tiket bas ke KLIA 2 dengan harga RM10 seorang.

04.10am
- Bergerak ke KLIA2 yang mengambil masa kira-kira 1 jam perjalanan. Time nie korang nak tidur ke ape ker terpulanglah.

05.10am
- Sampai di KLIA2 terus menuju ke kiosk untuk check in tiket. Untung kalau trip backpacker sebabnya tak payah lah susah-susah nak check in beg bagai.
- Seterusnya kami menuju ke foodcourt untuk menjamah sarapan pagi (Michi ambik set roti boom + cofee RM7.40) dan jugak menunaikan solat subuh.

07:00am
- Bertolak masuk menuju ke platform L6 kerana flight akan berlepas pada pukul 8.35am.

08:30am
- Naik flight dan berlepas ke LOMBOK dijangka akan mendarat sekitar 11.30am waktu Malaysia.

12.40pm
- Selamat mendarat di Airport LOMBOK tetapi terpaksa menambah masa dalam 40 minit kerana cuaca tidak mengizinkan untuk mendarat. Bedebar2 rasanya Michi time tue sebab kapal terbang terpaksa berpusing - pusing dahulu di awangan.

- Oleh kerana terlalu lapar Michi terpaksa membeli roti boy yang berharga 10,000 rupiah untuk mengalas perut.

01.35pm
- Bergerak ke luar airport menuju ke tempat teksi. Diingatkan jangan ambik teksi yang bermeter yer. Nanti korang akan dicaskan kaw2 punya.
- Selepas deal dengan driver kami memilih untuk menaiki Avanza dengan harga 300,000 rupiah untuk dihantar ke Jeti Bangsal.
- Rupanya setelah melalui bandar Mentaram kami akan melalui kawasan gunung dan berbukit - bukit seperti jalan ke Cameron Higland, tetapi ketika melepasi gunung berbukit anda akan dapati view pemandangan yang sangat cantik, begitu jugak keindahan sawah padinya.


03:10pm
- Kami sampai di Jeti Bangsal dan terus menuju ke kaunter untuk membeli tiket bot ke Gili Trawangan. Kami decide memilih Long boat sebab budget dan jugak untuk merasai menaiki boat dgn orang ramai.

1) Speed Boat

2) Long boat (public Boat) - memuatkan sekitar 40 orang dan berharga 22,500 seorang. Mengambil masa kira-kira 40 minute sebab perlahan biasalah kan.


03:35pm
- Bot mula bergerak ke Gili Trawangan.

04:10pm
- Kami semua selamt sampai ke Gili Trawangan dan terus menuju ke Hotel penginapan. Lebih kurang dalam 10 minit perjalanan sebab kami x braper tau sangat locationye. Tapi alhamdulilah, korang boleh tanya ja kat area situ kalau tersesat pun mereka akan bagitau hotel tempat yang anda menginap.

- Rupa-rupanya dah ada owner menunggu kedatangan kami di depan jalan menuju ke hotel.

- Check in dan berehat serta bersiap sedia untuk keluar makan malam.

05.40pm
- Kami bergerak menuju ke kedai makan di Cafe Hijau (20,000 (nasi + lauk) +  20,000 (air oren) + 5,000 (mineral water)

07:00pm
- Berjalan - jalan di sekitar lorong untuk mencari pakage untuk aktiviti keesokkan harinya.
(Bercadang untuk snowkeling sahaja).

07:45pm
- Pulang ke hotel untuk berehat kerana terlalu kepenatan.

09:00pm
- Kami keluar semula untuk cuci-cuci mata. Tapi yang kurang menariknya keaadaan suasana di sini adalah dipenuhi pelancong-pelancong asing serta restauran eklusif yang dipenuhi pub-pub.

- Bagi Michi adalah tidak sesuai untuk membawa kanak - kanak kesini.



Total Cost :

1) Tiket Flight - RM 227
2) Breakfast - RM7.40
3) Tiket Bus KLIA2  - RM10
4) Roti Boy - RPH 10,000
5) Transport ke Jeti Bangsal - RPH 300,000 / 7 person = RPH 43,000
6) Tiket Long boat




<br>
</br>


TRIP TO LOMBOK (DAY 2 - 02/03/2016)
TRIP TO LOMBOK (DAY 3 - 03/03/2016)
TRIP TO LOMBOK (DAY 4 - 04/03/2016)

Sunday, 18 October 2015

Lirik lagu : Rindu Padamu (Yasin)

ASSALAMUALAIKUM

Dikala keseorangan sambil mendegar lagu ini terasa sesuatu di dalam lubuk hatiku....Aku hanya mampu bertawakal, dan berserah kepada Nya...hanyalah dia yang mengetahui....AMIN...


LIRIK LAGU :-

Rindu PadaMU

Tiada sehari yang berlalu,
Tanpa ku mengingati Mu,

Rindu.. pada Mu,
Ku sentiasa mendambakan,
Kasih dan sayangmu,

Semalam aku bermimpi,
Di dalam hujan ku berlari,
Berlari, mencari, memanggil - manggil
nama Mu,
Nama Mu yang sempurna,
Ku harap, dan ku berdoa,
Semoga dapat.. bersua dengan Mu.

** Tiada kata yang dapat kugambarkan,
Perasaan yang.... ku alami...,

Cintaku ini, tiada ber belah bahagi,
Cinta yang suci dan abadi.

Arduwuillahirahmani... arju la tinsani,
Fi Qulil Aw Qotil nafsi wa fuadi,
Lakaya maliki.

Apakah aku di terima,
Atau kau akan membiarkan saja,
Kerana ku berdosa,
Jangan biar ku terhina,
Ku merayu pada Mu.

** repeat

Tiada kata yang dapat kugambarkan,
Perasaan yang.... ku alami...,

Cintaku ini, tiada ber belah bahagi,
Cinta yang suci dan abadi.

Ohh...

** repeat

Tiada kata yang dapat kugambarkan,
Perasaan yang.... ku alami...,

Cintaku ini, tiada ber belah bahagi,
Cinta yang suci dan abadi.






Sekian ......